BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Edar arak percuma di Jonker Walk

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
239354.jpg

Penganjur Pasar Malam Jonker Walk didakwa mengadakan aktiviti pemberian minuman keras secara percuma di depan sebuah gereja, Sabtu lalu.

MELAKA TENGAH - Tindakan penganjur pasar malam Jonker Walk, di sini, yang didakwa membenarkan aktiviti pengedaran minuman alkohol secara percuma, Sabtu lalu, tidak seharusnya berlaku.

ADUN Kota Laksmana, Low Chee Leong berkata, perbuatan itu bukan sahaja dikritik, namun seolah-olah tiada nilai sensitiviti agama lebih-lebih lagi diadakan di depan pekarangan sebuah gereja di kawasan berkenaan.

Menurutnya, tindakan itu telah menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama memandangkan insiden terbabit berlaku ketika cuti persekolahan dan menjadi tumpuan lokasi pelancongan termasuk kehadiran pengunjung Melayu.

"Saya kritik perbuatan pihak penganjur pasar malam Jonker Walk yang dilihat hanya mementingkan kutipan bayaran tanpa mengambil kira nilai sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini, khusus di Melaka.

"Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) harus mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur dengan menarik balik lesen penganjuran," katanya.

Sementara itu, Pas negeri turut menyelar penganjuran berkenaan di kawasan tumpuan pelancong dan dianggap telah mencalarkan imej Melaka sebagai negeri pelancongan yang terkenal.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek berkata, kerajaan negeri sepatutnya bersikap lebih tegas dalam menangani perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama baik negeri ini yang berlaku di kawasan terbuka dan tumpuan ramai.

"Saya difahamkan promosi percuma minuman keras telah diadakan berhadapan dengan gereja Methodist, dan ianya sangat tidak menghormati sensitiviti penganut ajaran Katolik.

"Kami menggesa Ketua Menteri, serta kerajaan PH termasuk Exco yang terlibat tidak bersikap lepas tangan atau membiarkan ia berlaku demi memelihara dan menjaga sensitiviti masyarakat," katanya.

Mohon KM Melaka Islam beri perhatian!

Pemberian arak percuma di Jonker Walk, Melaka adalah suatu yang tidak bertanggungjawab. Ini juga telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengunjung yang rata-rata Islam. Satu lagi, tak rasa janggal ke buat depan gereja yang juga tidak menggalakkan penganutnya meminum alkohol? Ini menunjukkan tiada sensitiviti dan rasional penganjur.

Siapa yang lulus benda ni?

54518164_2216357288615036_5487862885864439808_n.jpg

55840550_2372127919677918_6189814791486308352_n.jpg

55478024_2372127979677912_7370502301884088320_n.jpg

https://www.sinarharian.com.my/arti...-percuma-di-bandar-Melaka-tidak-patut-berlaku!
 
Melaka akan ambil tindakan undang-undang

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur kegiatan mengedar minuman keras secara percuma di kawasan Jonker Walk.


Datuk Bandar MBMB Mansor Sudin berkata kegiatan yang berlangsung pada hujung minggu lalu dilakukan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.

"Hasil aduan yang diterima, lima orang pegawai MBMB hari ini telah menjalankan siasatan ke lokasi terbabit.

"Siasatan majlis telah dilakukan pada jam 10.30 pagi di lokasi. Berdasarkan makluman kegiatan tersebut berlaku di hadapan Tamil Methodist Church, Jalan Kubu, Melaka dan seterusnya kegiatan tersebut berterusan ke bangunan Gan Boon Leong, Jalan Kubu, Melaka.

"Siasatan mendapati kegiatan minum arak secara percuma itu diadakan sempena program promosi “Taster Carlsberg” di hadapan Tamil Methodist Church, Jalan Kubu.

"Promosi berkenaan tidak mendapat sebarang kebenaran dari MBMB serta Pejabat Daerah Melaka Tengah. Sehubungan itu, MBMB akan mengambil tindakan undang-undang kepada penganjur kerana telah mengadakan kegiatan promosi arak di Pasar Malam Jonker Walk tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Tiada sensitiviti agama

Menurut Mansor tindakan akan dikenakan berdasarkan Undang-undang Kecil Pasar Malam/ Sehari.

"Tindakan yang sama juga boleh dikenakan kepada pemegang lesen kedai atau individu yang mengendalikan aktiviti tersebut.

"Pihak penganjur Pasar Malam Jonker Walk didapati telah melanggar syarat lesen yang ditetapkan oleh MBMB.

"Tindakan undang-undang akan diambil di bawah Undang-undang Kecil 5(2), Pasar Malam/ Sehari, MBMB 2010," katanya.

Terdahulu hari ini, Sinar Harian memetik Adun Kota Laksamana Low Chee Leong berkata kegiatan pengedaran arak percuma di bandar Melaka tidak patut berlaku, lebih-lebih lagi dibuat di pekarangan sebuah gereja.

Low berkata kegiatan itu seolah-olah tiada nilai sensitiviti agama serta boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama memandangkan insiden terbabit berlaku ketika cuti persekolahan dan menjadi tumpuan lokasi pelancongan termasuk kehadiran pengunjung Melayu.

"Saya kritik perbuatan pihak penganjur pasar malam Jonker Walk yang dilihat hanya mementingkan kutipan bayaran tanpa mengambil kira nilai sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini, khusus di Melaka.

"Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) harus mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur dengan menarik balik lesen penganjuran," katanya. - MK

ab75b3c303afdef897c518f2fedfc079.jpeg

KENYATAAN MEDIA KHAS
25 MAC 2019

1. Kegiatan minum arak secara percuma yang tular di media sosial baru-baru ini adalah dirujuk.

2. Hasil aduan yang diterima, lima orang pegawai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) hari ini telah menjalankan siasatan ke lokasi terbabit.

3. Siasatan majlis telah dilakukan pada jam 10.30 pagi di lokasi. Berdasarkan makluman kegiatan tersebut berlaku di hadapan Tamil Methodist Church, Jalan Kubu, Melaka dan seterusnya kegiatan tersebut berterusan ke bangunan Gan Boon Leong , Jalan Kubu, Melaka.

4. Siasatan mendapati kegiatan minum arak secara percuma itu diadakan sempena program promosi “Taster Carlsberg” di hadapan Tamil Methodist Church, Jalan Kubu.

5. Perjumpaan dengan Pengerusi Pertubuhan Jawatankuasa Pengurusan Jonker Walk, juga telah dibuat bagi mendapatkan maklumat sebenar.

6. Hasil perjumpaan menjelaskan bahawa , penganjur promosi “Taster Carlsberg” tersebut telah mendapat kebenaran daripada Pertubuhan Jawatankuasa Pengurusan Jonker Walk untuk promosi pada tarikh 23/03/2019 dan 24/03/2019.

7. Siasatan lanjut mendapati promosi berkenaan tidak mendapat sebarang kebenaran dari MBMB serta Pejabat Daerah Melaka Tengah.

8. Sehubungan itu, MBMB akan mengambil tindakan undang-undang kepada penganjur kerana telah mengadakan kegiatan promosi arak di Pasar Malam Jonker Walk tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

9. Tindakan yang sama juga boleh dikenakan kepada pemegang lesen kedai atau individu yang mengendalikan aktiviti tersebut.

10. Pihak penganjur Pasar Malam Jonker Walk didapati telah melanggar syarat lesen yang ditetapkan oleh MBMB.

11. Tindakan undang-undang akan diambil di bawah Undang-undang Kecil 5(2), UUK Pasar Malam/Sehari, MBMB 2010 .

YBhg. Tuan Haji Mansor bin Sudin
Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

#MBMB
#MelakaBerwibawa
#PintarHijauBersih

setawout percuma...pala bana lah

zaman dulu setawout ni boleh masuk iklan tv lagi...
 
Wah mcm2 skang ye..
 
Lantak la nak jadi apa...

Sekarang masa untuk kita tengok dajjal2 kecil nie beraya bila diberi peluang...
 
terang2 sebelah jata negara kt papan tanda tu
 
Back
Top
Log in Register