Dunia mula salur bantuan

CG Sponsors




izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120

mayat lelaki dengan sebahagian badannya tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Port-au-Prince, kelmarin. – afp

WASHINGTON 14 Jan. - Pasukan penyelamat, anjing pengesan, peralatan dan bekalan sedang menuju ke Haiti melalui udara dan laut hari ini sebagai tindak balas global, ekoran gempa bumi kuat di negara berkenaan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mendahului usaha-usaha antarabangsa mengarahkan operasi ketenteraan dan awam ketika kerajaan-kerajaan lain dan kumpulan bantuan menyumbangkan dana bantuan.

Kebanyakan ibu kota di negara Caribbean itu diselubungi runtuhan bangunan akibat gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter yang melanda negara ini, kelmarin.

Lapangan terbang, bagaimanapun masih beroperasi membolehkan bantuan antarabangsa disalurkan melalui udara dan laut.

"Saya telah mengarahkan pentadbiran saya untuk bertindak pantas dan agresif dalam usaha menyelamatkan mangsa yang masih terselamat," kata Obama ketika pakar tentera dan awam mula mendarat di Haiti dan pesawat AS melakukan operasi mencari.

Sementara itu, Perdana Menteri Haiti, Jean-Max Bellerive berkata, usaha kini tertumpu untuk menyelamatkan sebanyak mungkin nyawa.

Douglas Fraser, ketua Pusat Pemerintah AS di Selatan memberitahu wartawan kapal induk membawa pesawat USS Carl Vinson kini dalam perjalanan dan dijangka tiba hari ini, sementara banyak lagi kapal pemusnah dan kapal Pengawal Pantai turut dalam perjalanan.

Dalam pada itu, bekas Presiden AS, Bill Clinton yang kini merupakan wakil khas di Haiti turut melancarkan dana gempa bagi membantu mangsa.

Bank Dunia pula memberi jaminan akan menyediakan bantuan tambahan sebanyak AS$100 juta (RM333 juta) kepada Haiti, negara yang telah lama berhadapan dengan kekacauan, jenayah, pergolakan politi dan bencana alam. - AFP
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register