BTC USD 84,018.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Gencatan senjata berkuatkuasa di Yaman10 April ini

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Gencatan senjata akan berkuatkuasa di seluruh Yaman pada 10 April depan dan disusuli pusingan baharu rundingan damai kira-kira seminggu kemudian.

Wakil Khas PBB, Ismail Ould Cheikh Ahmed dalam satu sidang media di New York memaklumkan pihak bertelagah di di negara bergolak itu telah sebulat suara untuk melaksanakan gencatan senjata pada tarikh ditetapkan sebelum rundingan damai berlangsung di Kuwait pada 18 April depan.

Sebelum ini, rundingan damai tajaan PBB yang disertai wakil kerajaan dan pemberontak gagal mencapai kata putus manakala gencatan senjata yang berkuatkuasa pada 15 Disember berakhir 2 Januari lalu selepas gabungan Arab diketuai Riyadh didakwa melakukan perlanggaran beberapa kali sepanjang tempoh itu.

Lebih 6,000 dilaporkan terkorban dalam operasi ketenteraan yang dilancarkan Mac tahun lalu sebagai usaha untuk membebaskan Sanaa yang berada di bawah cengkaman pemberontak Houthi selepas negara itu terjerumus dalam konflik perang saudara pada September 2014.- Press TV

imageAA_zpsqccjpt3s.jpg
 
Rusia hantar tentera khas

DAMSYIK - SYRIA. Rusia telah menggerakkan kumpulan unit khas di Syria untuk melakukan peninjauan dan tugas lain di negara bergolak itu, menurut komander kanan tentera, kelmarin.

Komander Kontinjen Rusia di Damsyik, Kolonel Jeneral Alexander Dvornikov turut mengesahkan penghantaran pasukan tempur untuk operasi darat di negara tersebut.

"Saya tidak akan berdolak dalik mengenai perkara itu. Mereka sememangnya ditugaskan untuk meninjau situasi, memberikan maklumat sasaran sebelum serangan udara dilancarkan," katanya.

Menurutnya lagi, pasukan yang berperanan sebagai penasihat itu juga akan membantu rakan mereka untuk merancang dan melancarkan misi serta belajar mengendalikan kelengkapan ketenteraan.

Difahamkan, pasukan berkemahiran tinggi diperlukan untuk melakukan misi peninjauan itu bagi membolehkan mereka mengumpul maklumat mengenai sasaran tersembunyi menerusi pengawasan udara dan satelit. - Press TV


imageaadd_zpsodfchx5e.jpg
 
Lebih 400 penyerang IS siap sedia

BRUSSELS - BELGIUM. Kumpulan IS didakwa mempunyai rangkaian terdiri daripada lebih 400 anggota terlatih bersiap sedia untuk melancarkan gelombang serangan menyasarkan bandar Eropah selepas Brussels menjadi sasaran keganasan terbaharu di rantau itu.

Ketua bersama Suruhanjaya Mengesan Rangkaian IS, Nathalie Goulet berkata, mereka menunggu arahan untuk melancarkan serangan mengikut kaedah, masa dan tempat yang sesuai untuk pembunuhan beramai-ramai.

"Mereka menerima latihan strategi pertempuran, bahan letupan, teknik pemantauan dan antipengawasan untuk 'operasi keganasan'. Strategi mereka juga telah berubah yang mana satu unit khas telah ditubuhkan," jelas laporan tersebut lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Belgium kini sedang memburu suspek keempat.

Hasil siasatan awal mendapati beg pakaiannya yang sarat dengan bahan letupan gagal meletup ketika kejadian.

Suspek ketiga, Najim Laachraoui yang merupakan pakar menghasilkan bom juga kini diburu polis. - Press TV


imagesas_zpshu4yfvyr.jpg
 
AS sahkan menteri kewangan IS maut

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) berjaya membunuh orang nombor dua IS minggu ini, sekali gus diunjur melemahkan keupayaan kumpulan militan itu menjalankan operasi di Syria, Iraq dan luar negara, kata Setiausaha Pertahanannya, Ashton Carter semalam. "Kami secara sistematik menghapuskan Kabinet IS," kata Carter kepada media merujuk pembunuhan awal bulan ini ke atas Omar al-Shishani, lelaki dikenali sebagai "Omar the Chechen", yang dikenali sebagai menteri pertahanan IS.

Pembunuhan terbaru itu "akan menyekat keupayaan mereka menjalankan operasi di dalam dan luar Iraq serta Syria," kata Carter merujuk kepada Abd ar-Rahman Mustafa al-Qaduli, dikenali sebagai Haji Imam.

Katanya, al-Qaduli berkhidmat sebagai menteri kewangan IS dan menjadi dalang sesetengah komplot asing. "Momentum kempen ini jelasnya memihak kepada kami," katanya yang enggan mengatakan jika al-Qaduli terbunuh akibat serangan dron atau serbuan pengeboman membabitkan pesawat di Iraq atau Syria. -AFP

Ashton_Carter_26a.transformed_zps7oadrg0e.jpg
 
30 terbunuh pengebom letup diri di padang bola

HILLA: Sekurang-kurangnya 30 orang terkorban dan 65 cedera apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri di padang bola pada ketika piala diserahkan kepada pemenang selepas kejohanan bola sepak tempatan di selatan Baghdad pada Jumaat, kata polis dan pegawai perubatan. Dalam insiden itu, kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab melakukan serangan yang menyebabkan pembunuhan beramai-ramai di atas padang bola yang mana sebelum itu penyokong, pegawai dan pasukan keselamatan berkumpul selepas permainan tamat.

"Mereka baru menyampaikan trofi kepada pemenang apabila pengebom berani mati tiba-tiba meletupkan dirinya di tengah kehadiran penonton," kata kapten polis dari perkampungan, Al-Asriya yang memberitahu AFP. Perkampungan Al-Asriya terletak berhampiran bandar Iskandariyah iaitu kira-kira 40 kilometer dari selatan ibu negara . - AFP.

letupanbola.transformed_zpssdesdlhe.jpg
 
Macedonia penjara 6 orang sertai kumpulan jihad

SKOPJE: Macedonia menjatuhkan hukuman penjara ke atas enam lelaki termasuk seorang imam antara lima hingga tujuh tahun kerana menyertai kumpulan jihad di Iraq dan Syria, kata pihak berkuasa mahkamah, pada Jumaat. Rexhep Memishi seorang imam masjid dekat sini, dituduh menjadi ketua kepada kumpulan terbabit dan disabit "menjadi sebahagian daripada tentera asing" dan dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun.

Selebihnya dipenjara antara lima hingga setengah tahun atas kesalahan yang sama. Semua mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan. Kumpulan terbabit adalah antara 11 warga Macedonia yang dituduh mempunyai rangkaian sebagai sebahagian daripada operasi antarabangsa pada 25 Ogos 2015 ketika polis menyerbu lokasi dekat sini dan di tempat lain. "Perbicaraan lima suspek yang mengaku tidak bersalah akan diteruskan," kata kenyataan mahkamah. - AFP

skopje.transformed_zpspwozdeqt.jpg
 
Tentera Bashar mara di Palmyra

Beirut: Tentera Syria dilapor mara dalam pertempuran sengit dengan kumpulan pengganas Daish di bandar purba Palmyra, semalam, dalam serangan yang akan memberi peluang kepada askar yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad itu menguasai kawasan lebih besar di timur Syria.

Penguasaan terhadap Palmyra yang ditawan Daish pada Mei tahun lalu akan menandakan kejayaan paling besar Presiden Bashar al Assad sejak Russia campur tangan dalam perang saudara di negara itu September lalu.

Jet Russia masih meneruskan serangan untuk membantu tentera Bashar dan sekutunya ketika mara dalam serangan terhadap bandar padang pasir itu walapun Moscow baru-baru ini mengumumkan ia mengundurkan sejumlah besar tenteranya dari negara itu.

Seorang anggota komando Russia mati dalam pertempuran berhampiran Palmyra minggu lalu, menunjukkan pembabitan Kremlin di Syria adalah lebih serius daripada yang dinyatakannya.

Agensi berita rasmi Syria, SANA melaporkan, tentera negara itu dan sekutunya menawan lebih banyak kawasan tinggi di sekitar bandar berkenaan.

Kumpulan pemerhati hak asasi Syria pula berkata, pertempuran sengit terus berlaku di pinggir Palmyra.

Pengarahnya Rami Abdulrahman berkata, pertempuran juga berlaku di tapak runtuhan era Roman yang terletak di barat daya Palmyra, tempat tentera Syria tidak boleh bergantung pada bantuan udara kerana bimbang kerosakan lebih teruk akan berlaku di tapak purba itu.

26hmpalmyra.transformed_zps37n1jchf.jpg
 
Keluarga kecam hukuman terhadap Karadzic

THE HAGUE 25 Mac – Ahli keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai Srebrenica menyifatkan hukuman penjara selama 40 tahun terhadap bekas pemimpin politik Serbia Bosnia, Radovan Karadzic sebagai amat lambat dijatuhkan, dan terlalu ringan untuk jenayah kemanusiaan yang dilakukannya.

Penjenayah perang itu dikenakan hukuman demikian atas kesalahan membunuh 8,000 lelaki dan kanak-kanak lelaki oleh Tribunal Jenayah Perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Beberapa orang balu dari sebuah keluarga berkata, hukuman penjara seumur hidup pun tidak dapat menebus kembali kesalahan Karadzic, 71, dan memberi mereka keadilan yang dikehendaki.

Seorang wanita, Bida Smajlovic yang kehilangan suami berkata, Karadzic membunuh terlalu ramai kanak-kanak dan dia mungkin panjang umur sehingga boleh bebas dari penjara.

“Di mahkamah semalam, dia nampak sihat dan berpenampilan kemas, sedangkan saya menanggung penderitaan sepanjang hidup,” katanya.

Seorang lagi balu bernama Sajma Smajlovic berkata, dia menangis teresak-esak melihat Karadzic di televisyen kerana terlalu marah.

“Saya juga terpaksa mengambil ubat penenang sejurus hukuman diumumkan,” katanya.

Balu ketiga, Vasva Smajlovic pula berkata, tiada hukuman yang setimpal boleh dikenakan terhadap jenayah dilakukan Karadzic.

“Hukuman terbaik adalah bunuh saja dia serta-merta dan mayatnya dibiarkan mereput. Biar dunia saksikan,” katanya berang. – AFP


imagedd_zpsratx9azh.jpg
 
Tentera Nigeria bebas 800 tebusan Boko Haram

LAGOS – Tentera Nigeria membebaskan lebih 800 orang yang ditawan oleh militan Islam, Boko Ha*ram di beberapa buah kampung di timur laut negara itu, kata pihak tentera kelmarin.

Semua tebusan itu diselamatkan di negeri Borno dengan 520 orang dibebaskan di kampung Kusumma pada Selasa lalu selepas pertempuran dengan militan-militan Boko Haram. Sejumlah 309 tebusan lagi diselamatkan dari 11 kampung lain yang dikuasai kumpulan militan terbabit.

“Askar-askar yang berani menghapuskan saki baki pengganas Boko Ha*ram yang bersembunyi di kawasan awam Kala Balge,” kata jurucakap tentera, Sani Usman dalam satu kenyataan sambil menambah, 22 pengganas itu terbunuh.

Menurut Sani, antara barangan milik kumpulan militan itu yang dirampas termasuk senjata api, kapak dan sebuah motosikal.

Operasi ketenteraan itu dijalankan pada hari sama Boko Haram menculik 16 wanita termasuk dua kanak-kanak perempuan di negeri jiran Borno, Ada*mawa.

“Kami menerima laporan tentang penculikan 14 wanita dan dua kanak-kanak perempuan oleh sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai pemberontak Boko Haram berhampiran kampung Sabon Garin Madagali,” kata jurucakap polis Adamawa, Othman Abubakar.

Boko Haram dilapor menculik beribu-ribu wanita dan remaja perempuan termasuk lebih 200 pelajar perempuan di bandar Chibok, Borno dua tahun lalu.

Sekurang-kurangnya, 17,000 orang terbunuh sejak Boko Haram melancarkan pemberontakan pada 2009 untuk menuntut sebuah kerajaan Islam di timur laut Nigeria. – AFP

du_01.1_zpstf9jkvg0.jpg
 
Back
Top
Log in Register