BTC USD 83,836.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Ribuan pertahan agama Islam

DHAKA - BANGLADESH. Lebih 3,000 penunjuk perasaan menyertai protes anjuran kumpulan Touhidi dan Hefajat-e-Islam di sini, kelmarin sebagai mengutuk petisyen yang mahu menggugurkan Islam sebagai agama rasmi di negara itu.

Kumpulan protes itu turut berhimpun di luar Masjid Baitul Mukarram di Dhaka selepas solat Jumaat bagi membantah tindakan undang-undang itu yang dijangka dipertimbangkan oleh Mahkamah Tinggi pada hari ini.

Jurucakap penganjur menegaskan perhimpunan tersebut diadakan bagi menghantar mesej kepada pihak berkuasa bahawa Muslim di negara tersebut tidak akan bertoleransi terhadap sebarang langkah yang bertujuan untuk membatalkan Islam sebagai agama rasmi.

Agensi AP melaporkan petisyen tersebut difailkan oleh kumpulan berpengaruh di negara itu berikutan lebih 90 peratus daripada 160 juta populasi penduduk di negara itu adalah beragama Islam manakala Buddha dan Hindu adalah dua agama minoriti utama.

Berdasarkan sejarah, bekas pemerintah tentera, H M Ershad mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi di Bangladesh pada 1988.

Pada 2011, Perdana Menteri, Sheikh Hasina mempromosikan sekularisme sebagai tunggak Perlembagaan pada 2011, namun mengekalkan Islam sebagai agama rasmi. - Press TV


image_zpspitngw8x.jpg
 
Angka korban serangan bom Lahore 72

LAHORE: Angka korban akibat pengebom bunuh diri kini meningkat 72 orang, termasuk kanak-kanak, di sebuah taman yang sesak dengan pengunjung bersempena cuti Hari Easter semalam. Lebih 200 lagi cedera apabila terkena bahan letupan sarat bebola besi dekat taman permainan kanak-kanak di taman riadah dekat Lahore, mengakibatkan berpuluh mati atau cedera. Pegawai kanan polis, Haider Ashraf mengesahkan jumlah korban setakat ini 72 orang, dengan sekurang-kurangnya lapan daripadanya kanak-kanak.

"Penganut Kristian bukan sasaran utama serangan ini kerana majoriti yang mati beragama Islam," katanya. Pegawai pentadbiran atasan Lahore, Muhammad Usman pula memberitahu mangsa yang cedera 233 orang. Lewat semalam, pegawai penyelamat menganggarkan bilangan yang cedera melebihi 300 orang. Terdahulu, Usman berkata pengebom itu meletupkan dirinya berhampiran kawasan permainan kanak-kanak dekat dengan buaian." Sekolah dan institusi kerajaan yang lain dibuka walau kerajaan mengumumkan tiga hari berkabung di wilayah Punjab, ibu negara Lahore, kata Pesuruhjaya Abdullah Sumbal.

Serpihan puak Taliban Pakistan mengaku melakukan serangan itu, menurut laman web Express Tribune. "Kami mengaku bertanggungjawab menyerang penganut Kristian kerana mereka meraikan Hari Easter," kata seorang jurucakap Jamaatul Ahrar yang dipetik sebagai berkata. Bagaimanapun polis hari ini masih tidak dapat mengesahkan dakwaan itu. - AFP

laho28.transformed_zpsspm3sdet.jpg
 
Tentera Syria kuasai semula Palmyra

PALMYRA 27 Mac - Tentera Syria yang dibantu tentera Rusia hari ini me*rampas semula kota purba bersejarah Palmyra daripada penguasaan kumpulan militan IS, antara kejayaan besar menentang pergerakan pengganas itu di Syria.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, jet tempur Rusia melancarkan lebih 40 serangan udara menyasarkan 158 kawasan pengganas di wilayah itu dalam masa 24 jam bermula malam kelmarin.

“Selepas pertempuran sengit dilancarkan pada waktu malam, pasukan tentera berjaya menguasai semula kedua-dua tapak wa*risan purba dan kawasan-kawasan kediaman di Palmyra.

“Pasukan tentera semakin yakin dan kini bersiap sedia untuk melancarkan serangan sete*rusnya di wilayah Raqqa,” jelas kementerian berkenaan.

Dalam pada itu, Pengarah Badan Pemantau Hak Kemanusiaan Syria, Rami Abdel Rahman berkata, sekurang-kurangnya 400 anggota kumpulan militan IS terbunuh dalam serangan tersebut yang juga kekalahan terbesar kumpulan itu sejak ditubuhkan pada tahun 2013.

“Insiden itu turut menjadi kekalahan simbolik IS seperti yang berlaku di Kobane, sebuah bandar di sempadan Turki apabila pemberontak Kurdis berjaya menawan semula bandar yang dikepung oleh kumpulan militan tersebut selama beberapa bulan,” katanya.

Kumpulan militan IS yang menakluk Palmyra sejak Mei tahun lalu dilaporkan berundur ke bandar Sukhnah dan Deir Ezzor di timur negara ini.

Palmyra merupakan tapak warisan sejarah yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) yang menghubungkan Empayar Rom dengan Parsi dan pernah menjadi tarikan 150,000 pelancong setiap tahun.

Selepas menawan bandar tersebut, kumpulan militan IS memusnahkan beberapa monumen serta tugu-tugu terkenal yang disifatkan UNESCO sebagai jenayah perang dan boleh dihukum oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Rampasan semula bandar itu menjadi kejayaan besar kepada kerajaan Presiden Bashar al-Assad, yang kini menguasai kawasan padang pasir sehingga ke sempadan Iraq. – AFP


image_zpsfqvcanoj.jpg
 
Kuwait usir rakyat Lubnan

KUWAIT CITY - KUWAIT. Kerajaan Kuwait membatalkan visa penduduk terhadap lebih 60 individu Lubnan berikutan dakwaan mereka mempunyai kaitan dengan gerakan Hezbollah di Beirut.

Menurut laporan akhbar al-Qabas, kesemua yang akan dihantar pulang boleh tinggal di Kuwait di bawah visa penduduk sementara selama satu hingga dua bulan sehingga mereka menerima yuran kewangan dan membuat persiapan diperlukan.

Bagaimanapun, di antara kumpulan itu terdapat individu yang diklasifikasikan sebagai bahaya dan hanya mempunyai 48 jam untuk meninggalkan negara tersebut.

"Keputusan pengusiran adalah termasuk dalam bidang kuasa Menteri Dalam Negeri Sheikh Mohammad al-Khalid, dan sebarang pembatalan hanya boleh dibuat dengan kelulusannya," menurut laporan memetik penolong setiausaha dalaman kewarganegaraan dan hal ehwal pasport, Mejar Jeneral Mazen al-Jarah sebagai berkata.

Beberapa hari lalu, akhbar terbabit turut melaporkan kerajaan Kuwait akan menghantar pulang sekurang-kurangnya 11 rakyat Lubnan dan tiga warga Iraq atas tuduhan sama.

Langkah itu dibuat selepas Majlis Kerjasama Teluk mengisytiharkan gerakan berkenaan sebagai organisasi pengganas pada awal bulan ini. - Press TV


image_zpsbieyfjoy.jpg
 
10 warga Indonesia dijadikan tebusan Abu Sayyaf

JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia berkata 10 warganya menjadi tebusan selepas kapal mereka dirampas di perairan Filipina. Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, pemilik bot tunda dan tongkang arang batu yang dirampas menerima dua panggilan telefon kononnya daripada kumpulan militan Abu Sayyaf, yang menuntut wang tebusan. Tidak dapat dipastikan bila kejadian berlaku tetapi pemilik kapal berkata beliau mula dihubungi pada Sabtu.

Kenyataan kementerian itu juga merujuk kumpulan penculik itu sebagai lanun. Abu Sayyaf, yang termasuk dalam senarai organisasi pengganas Amerika Syarikat di Filipina terkenal dengan pengeboman, peras ugut dan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan di wilayah selatan yang tidak menentu. Walaupun mengancam keselamatan, difahamkan kumpulan itu semakin lemah berikutan serangan pasukan Filipina yang disokong AS sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AP

Abu_Sayyaf29x.transformed_zpskktujbah.jpg
 
Egypt Air: Perampas Bebaskan Semua Kecuali Empat Warga Asing, Kru

KAHERAH: Perampas membebaskan kesemua penumpang di dalam pesawat Egypt Air kecuali empat warga asing dan kru.

Terdahulu, syarikat penerbangan itu menulis di Twitter dengan memaklumkan lima warga asing dan kru masih berada dalam pesawat, selepas rundingan dengan perampas yang mengarahkan pesawat tersebut diterbangkan ke lapangan terbang Larnaca.

Pesawat Egypt Air bagi penerbangan domestik dari Alexandria ke Kaherah dirampas pada Selasa dan mendarat di Cyprus, kata pegawai Mesir dan stesen radio Cyprus.

Dilaporkan seramai 55 penumpang dan tujuh kru menaiki pesawat itu.

Dilaporkan terdapat bom di dalam pesawat tersebut.

Sementara itu, Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang menaiki pesawat berkenaan.

hijack%20egyptair_zpstdxzywod.jpg
 
AS mungkin boikot minyak Arab Saudi

WASHINGTON – Pendahulu calon Presiden dari Parti Republikan, Donald Trump berkata beliau akan mempertimbangkan supaya Amerika Syarikat (AS) menghentikan pembelian minyak daripada Arab Saudi melainkan negara itu menyediakan tentera untuk menentang kumpulan Islamic State (IS).

Trump membuat kenyataan tersebut kepada akhbar New York Times ketika ditemu ramah mengenai dasar luar AS sekiranya dipilih sebagai presiden.

“Jawapannya ialah kemungkinannya ya,” katanya.

Trump berkata, AS perlu mendapat pulangan daripada negara-negara yang dilindunginya termasuk melalui sumber asli seperti Arab Saudi yang merupakan pengeluar minyak utama dunia.

“Malah, tanpa kita, Arab Saudi tidak akan wujud lebih lama lagi. Kita tidak mendapat pulangan untuk perkhidmatan yang besar iaitu memberi perlindungan kepada pelbagai negara. Kini, Arab Saudi merupakan salah satu daripadanya,” jelas Trump.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan mengenai siapa yang memberi nasihat untuk menghentikan pembelian minyak itu. – REUTERS

du_01.1_zpsg0bxaadu.jpg
 
Kos kahwin anak jutawan RM3.9b

MOSCOW - RUSIA. Majlis perkahwinan anak kepada jutawan Rusia, Said Gutseriev, 28 dengan pelajar berusia 20 tahun, Khadija Uzhakhovs di Moscow minggu lalu dilaporkan menelan belanja sehingga USD$ 1b (RM3.9b).

Majlis tersebut dihiburkan oleh penyanyi terkenal Jennifer Lopez dan Enrique Iglesias dan diadakan di sebuah restoran mewah di sini.

Pengantin turut mengenakan gaun perkahwinan yang dianggarkan bernilai USD$25,000( RM98, 177) yang diimport khas dari Paris dan mempunyai berat 11 kilogram.

Pasangan itu diraikan oleh 600 tetamu yang dijamu dengan masakan eropah dan sushi serta kek perkahwinan lapan tingkat yang dihiasi bunga merah jambu.

Jutawan Mikhail Gutseriev adalah seorang Muslim kelahiran Kazakhstan yang mempunyai kekayaan bernilai USD$6.2b (RM24.3b), menurut majalah Forbes.

Pengantin lelaki, Said dilahirkan pada tahun 1988 dan mendapat pendidikan di Harrow dan Universiti Oxford dalam bidang arkeologi dan geologi manakala pengantin perempuan merupakan pelajar tahun pertama di Moscow State University dalam bidang perubatan dan pergigian


imageww_zpscyoghaom.jpg
 
Tajikistan pasang pengesan logam, CCTV di 70 masjid

DUSHANBE: Negara bekas jajahan Soviet, Tajikistan bercadang memasang pengesan logam dan kamera pengawasan di lebih 70 masjid di ibu kota ini berikutan kebimbangan kerajaan berhubung serangan pengganas. Sumber kerajaan memaklumkan, langkah itu bertujuan "mengesan kumpulan yang bersolat di masjid, terutama mengenal pasti pengikut potensi mazhab Salafi." "Salafi bermaksud berkelakuan megah ketika bersolat di masjid dan boleh dibezakan dengan janggut dan pakaian," katanya merujuk kepada pengikut ultra-konservatif Sunnah.

Seorang jurucakap pentadbiran bandar ini berkata, semua peranti itu dipasang oleh pihak jawatankuasa masjid. Kerajaan sekular di negara Asia Tengah itu, yang meminta bantuan Russia untuk jaminan keselamatan, dikenali kerana retorik anti-Islam dan dasarnya. Tajikistan ketika ini sedang membicarakan anggota kumpulan pembangkang Parti Pembaharuan Islam Tajikistan (IRPT) atas beberapa tuduhan termasuk cubaan menggulingkan perlembagaan dan menganjurkan kumpulan jenayah. -AFP

cctvmesji.transformed_zps8yh6rx9s.jpg
 
Parti antipendatang Jerman desak haramkan masjid

BERLIN: Parti antipendatang, Alternatif for Germany (AfP) menuntut pembinaan dan fungsi masjid dihentikan atas alasan Islam bukan untuk negara itu.

Cabang parti itu di Lower Bavaria merangka dokumen dasar baru yang mencadangkan penutupan semua masjid yang beroperasi atau dalam pembinaan di Jerman, lapor kumpulan media Redaktionsnetzwerk Deutschland (RND).

Dalam dokumen setebal 45 muka surat itu, 'The Courage to take Responsibility', menjelaskan keperluan pengharaman itu dengan berkata Islam melanggar Perlembagaan dan bukan untuk Jerman, menambah kebebasan beragama di Jerman perlu ada had munasabah.

Apabila Artikel 4 yang menggariskan kebebasan itu, tiada siapa menyangka ada agama yang menggalakkan keganasan dan mahu menguasai dunia, menurut dokumen berkenaan.

"Masjid bukan saja mempromosikan solat wajib tetapi menyebarkan ajaran Islam bertujuan menepis arahan perundangan," dakwa dokumen itu.

Pada masa sama, dokumen kontroversi itu mendakwa al-Quran dipenuhi dengan 'pembohongan dan penipuan' dan Islam sudah menguasai 57 daripada 190 negara di dunia.

Pemimpin AfD di Bavaria, Petr Bystron, memberitahu kumpulan penerbitan RND, ia tidak menyokong manifesto itu walaupun sedar rang berkenaan bertembung dengan banyak cadangan balas dalam parti berkenaan.

31afp.transformed_zpszh7zoyrg.jpg
 
Back
Top
Log in Register