BTC USD 84,140.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Pocong bantu kempen keselamatan jalan raya

Padang: Sekumpulan anggota polis di daerah Padang Pariaman memakai kostum pocong dan pontianak sebagai kempen kesedaran keselamatan jalan raya.

Kumpulan itu yang lengkap dengan solekan mengerikan berdiri di tepi jalan raya sambil memegang sepanduk meminta pemandu mematuhi undang-undang jalan raya.

Jurucakap polis Padang Pariaman, Aris Chai berkata, aksi pocong ini memberi mesej kepada pengguna mengenai kadar kemalangan maut yang tinggi di daerah itu.

“Kami mahu memberi amaran kepada pemandu supaya mereka tidak menjadi seperti pocong ini (mayat).

“Kami juga mahu mengingatkan pengguna jalan raya supaya menyayangi nyawa mereka,” katanya.

Dia berkata, pihaknya sudah beberapa kali menggunakan kostum pocong dalam kempen keselamatan jalan raya dan ia berjaya menarik perhatian pengguna. - Agensi


22hmpocong.jpg.transformed_zpsvish7zot.jpg
 
Greece mula berkas pelarian

ATHENS - GREECE. Pihak berkuasa Greece telah menahan ratusan migran yang tiba di negara itu di bawah sebahagian daripada kandungan perjanjian pelarian antara Turki dan Kesatuan Eropah (EU) yang mula berkuat kuasa, Ahad lalu.

Kelmarin, jurucakap kerajaan memaklumkan lebih 1,600 pelarian dihantar ke pusat tahanan di Pulau Aegean, di mana permohonan mereka akan disemak semula.

Difahamkan, perjanjian kontroversi itu telah memberi tekanan kepada pihak berkuasa di Pulau Lesbos kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan sistem baharu itu sementara menunggu bantuan dari negara EU.

Pesuruhjaya Imigresen EU, Dimitris Avramopoulos berkata, pelaksanaannya meletakkan tekanan besar kepada Athens, namun kerajaan tersebut bersetuju untuk mengendalikan proses berkenaan.

Di bawah perjanjian itu, Ankara dipertanggungjawabkan untuk mengambil semula pelarian tanpa dokumen sah dari Athens dan EU akan menerima ribuan pemohon suaka warga Syria secara terus dari Turki. - Press TV

image_zpswceb7mfa.jpg
 
Belgium siarkan imej tiga suspek pengeboman Lapangan Terbang Brussels

BRUSSELS: Pihak berkuasa Belgium hari ini mengeluarkan imej tiga orang suspek yang diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai ada kaitan dengan letupan di Lapangan Terbang Brussels yang mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa pada Selasa, lapor agensi berita Belga.

Paparan kabur imej terbabit dikatakan disiarkan oleh pihak polis Belgium atas permintaan Pendakwaraya Belgium, antara lain menampilkan ketiga-tiga mereka sedang menolak troli dengan beg pakaian ketika melalui pusat pemeriksaan.

Dua daripada mereka berambut hitam manakala seorang lagi memakai topi.

81458661741_BrusselsAirport_zpsr7c2vf75.jpg
 
10 maut rusuhan pilihan raya di Bangladesh

DHAKA: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam rusuhan semalaman di sini ketika proses pengundian bagi pilihan raya tempatan dijalankan, kata polis hari ini. Tujuh orang ditembak mati oleh pasukan keselamatan ketika rusuhan berkenaan.

"Majistret mengarahkan tembakan itu dan pegawai melepaskan tembakan ke arah ribuan orang yang menyerang kami dengan parang, batu dan kayu. "Tiga orang mati serta merta dan dua lagi ketika dalam perjalanan ke hospital," kata ketua polis daerah bandar Mathbnaria, Walid Hossain. Polis berkata, lima lagi mati dalam rusuhan berasingan di seluruh negara. - AFP

24raliey.transformed_zpsxrtjevm2.jpg
 
Suspek IS Serangan Bom Di Brussels Diburu

POLIS melancarkan operasi memburu secara besar-besaran terhadap seorang suspek militan Negara Islam (IS) yang melarikan diri dari Lapangan Terbang Brussels selepas dua letupan bom di terminal pada Selasa.

Serangan berani mati itu mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang dan mencederakan ramai yang lain.

Kumpulan militan IS mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan bom berkenaan.

Polis mengeluarkan waran untuk menjejaki lelaki berkenaan yang dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kelihatan menolak troli bagasi melalui kawasan daftar masuk bersama dua suspek lain, beberapa minit sebelum letupan berlaku pada pukul 8 pagi (3 petang waktu Malaysia) Selasa.

Orang ramai berusaha memadamkan kebakaran akibat letupan di terminal lapangan terbang Brussels.

Lelaki yang disyaki sebagai salah seorang suspek berpakaian kot putih dan topi hitam. Dua lagi suspek berpakaian hitam dan memakai sarung tangan hitam di tangan kiri masing-masing.

Menurut Datuk Bandar Zaventem, Francis Vermeiren, bom berkenaan dikatakan disembunyi di dalam beg mereka yang didaftarkan masuk hanya beberapa minit sebelum letupan berlaku.

"Mereka datang dengan menaiki teksi dan membawa beg yang disimpan bom.

"Mereka meletakkan beg-beg mereka di atas troli, di mana dua daripadanya mempunyai bom yang berjaya diletupkan. Mereka juga meletakkan bom ketiga di atas troli tetapi gagal meletup."

Keadaan di dalam terminal lapangan terbang Brussels selepas dibom.

Kedua-dua lelaki meletupkan diri mereka sementara suspek ketiga dipercayai telah melarikan diri keluar dari kawasan terminal.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada suspek bergegas ke stesen kereta api bawah tanah Maelbeek untuk melakukan satu lagi letupan yang mengakibatkan 20 orang maut.

Letupan di stesen itu berlaku selepas kira-kira 70 minit serangan bom di terminal lapangan terbang. - Mail Online

isbom_zpsadz4iwqv.jpg
 
Gadis sokong Daish

Sydney: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun didakwa semalam kerana mengumpul dana untuk menyokong aktiviti kumpulan militan Daish, kata polis Australia yang turut memberi amaran terhadap trend terbaru remaja terbabit dalam aktiviti seumpama itu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis New South Wales, Catherine Burn, remaja terbabit ditahan pagi semalam bersama seorang lelaki berusia 20 tahun di Guildford, pinggir bandar Sydney.

“Kami mendakwa mereka terbabit mengumpul dana untuk dihantar ke luar negara bagi membantu Daish dalam aktivitinya.

“Remaja perempuan itu tiada rekod jenayah atau di bawah pengawasan kami, tetapi ia amat membimbangkan apabila melihat semakin ramai remaja terbabit dalam aktiviti yang tidak sepatutnya ini,” kata Catherine.

Sementara itu, lelaki berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Milad Atai dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membiayai keganasan.

Dia tidak dibenarkan jaminan dan dijadualkan menghadiri satu lagi perbicaraan di Sydney hari ini.

Menurut Polis Persekutuan Australia, remaja perempuan itu berdepan hukuman maksimum 25 tahun penjara jika didapati bersalah.

Catherine tidak menyatakan berapa banyak dana yang berjaya mereka kumpulkan, tetapi berkata terdapat beberapa orang di negara ini mengumpul dana untuk membiayai keganasan dan menghantarnya ke luar negara.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Persekutuan bagi keselamatan negara Michael Phelan berkata, pengumpulan dana itu tiada kaitan dengan sebarang perancangan serangan di Australia selain menegaskan tiada ancaman langsung kepada orang ramai.


23hmboy.jpg.transformed_zps1afecgdl.jpg
 
Baitulmaqdis akan jadi ibu negara Israel – Donald Trump -

WASHINGTON 22 Mac – Pendahulu pemilihan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi Parti Republikan, Donald Trump menyatakan, beliau akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan negara AS ke sana.

Jutawan selebriti itu berkata demikian sebelum beliau berucap di hadapan kumpulan pelobi pro-Israel, AIPAC, di sini, semalam meskipun Trump sebelum ini menyatakan akan le*bih neutral dalam konflik Israel-Palestin.

“Tidak ada individu yang lebih pro-Israel berbanding saya. Kita perlu melindungi Israel, Israel sangat penting buat kami,’’ katanya.

Israel menganggap Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya, namun kebanyakan negara termasuk AS enggan memin*dahkan kedutaan mereka di wilayah itu ketika status dan kawasan sempadannya masih dipertikaikan.

Palestin juga melihat bandar itu sebagai ibu negara dan sebarang perjanjian damai yang bakal dicapai perlu mengiktiraf perkara berkenaan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke sana, Trump berkata; ‘Ya, saya akan lakukannya.’’

“Hakikatnya saya mahu kedutaan itu dipindahkan, saya mahu melihatnya di Baitulmaqdis,’’ katanya.

Palestin menganggap ban*dar yang turut dianggap suci kepada penganut Islam, Kristian, dan Yahudi sebagai ibu negara mereka dan sebarang perjanjian damai antara kumpulan berkenaan perlu memasukkan satu perjanjian tentang kedaulatan Baitulmaqdis.

Semasa perang 1967, tentera *Israel menawan kawasan Baitulmaqdis Timur dan memaksa pe*ngunduran tentera Jordan serta menguasai beberapa kawasan dihuni penduduk Arab. – AFP

image_zps11j0ffky.jpg
 
Suspek letupan di Brussels ditahan

BRUSSELS - BELGIUM. Suspek utama serangan pengeboman di Brussels , Belgium, telah ditahan dalam satu serbuan di bandar Anderlecht, semalam, menurut laporan media tempatan.

Akhbar DH melaporkan, Najim Laachraoui, 25, diburu pihak polis selepas dia dilihat bersama pengebom berani mati di Lapangan Terbang Zaventern.

Terdahulu, polis Belgium mengenal pasti pasangan adik beradik Khalid dan Brahim El Bakraoui sebagai penyerang setelah gambar mereka dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) lapangan terbang sebelum serangan dijalankan.

Difahamkan, Khalid menyewa di sebuah apartmen di bandar Forest dengan menggunakan nama palsu.

Susulan serangan yang menggemparkan Eropah dan seluruh dunia itu, pihak berkuasa kini mengkaji semula keselamatan di lapangan terbang dan pengangkutan awam bagi mengelakkan sebarang kejadian sama berulang. - Agensi

 
Operasi buru Santoso dilanjut

Jakarta: Operasi bersama tentera dan polis memburu suspek pengganas paling disyaki di Indonesia diteruskan, kata Ketua Polis Negara Jeneral Badrodin Haiti.

Bercakap kepada wartawan selepas majlis memberi penghormatan kepada 13 anggota tentera yang terbunuh dalam misi memburu itu, Badrodin berkata, operasi yang dinamakan Operasi Tinombala itu dilanjutkan hingga Mei.

Sejak dilancarkan beberapa bulan lalu dengan membabitkan pasukan elit tentera dan polis, usaha menangkap Ketua Mujahidin Indonesia Timur (MIT), Santoso, di kawasan pergunungan dan hutan tebal di Poso, Sulawesi Tengah, masih belum berjaya.

Santoso terkenal kerana keganasannya terhadap anggota keselamatan dan menjadi orang buruan sejak lebih lima tahun lalu.

Upacara memberi penghormatan terakhir kepada 13 anggota tentera itu yang diadakan di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma itu turut dihadiri Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Mangsa terbunuh dalam nahas helikopter Ahad lalu ketika dalam penerbangan ke Poso, tempat Santoso dipercayai bersembunyi.

Sekurang-kurangnya 2,500 anggota polis dan tentera dikerah memburu suspek pengganas itu dan pengikutnya sejak Januari lalu.

Menurut Badrodin, operasi bersama itu mengepung kawasan berhampiran daerah Lembah Napu. Sebahagian pengikut Santoso dipercayai berada di situ walaupun yakin ketua MIT itu tidak berada di lokasi sama.

Sementara itu, Gatot Nurmantyo berkata, helikopter tentera yang terhempas Ahad lalu bukan ditembak oleh pengikut Santoso.

24hmsantoso_cropped.transformed_zpsz8w5cq2z.jpg
 
Indonesia bakal larang pakai pakaian agama lain

JAKARTA - INDONESIA. Usaha Majlis Ulama Indonesia (MUI) bakal melarang umat Islam berpakaian melambangkan agama lain bertujuan memelihara kesucian agama tersebut yang dianuti kira-kira 88 peratus populasi penduduk di negara itu.

Menurut ketua bahagian fatwa Huzaemah Tahido Yanggo, pertubuhan Islam itu kini sedang menyediakan fatwa untuk mewajarkan larangan tersebut, yang dijangka diumumkan bulan depan.

Katanya, pasukan MUI telah menemui hadis sahih yang boleh digunakan sebagai asas undang-undang untuk inisiatif tersebut.

"Hadis berkenaan diperiksa MUI dan ia mengesahkan bahawa umat Islam diharamkan untuk memakai sebarang jenis pakaian memaparkan simbol agama lain seperti pekerja runcit yang menyarung kostum Santa Claus untuk sambutan Hari Natal.

"Hadis menyebut; untuk kamu, agama kamu dan untuk saya, agama saya. Ia adalah asas undang yang membuktikan orang Islam tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan agama mereka," katanya.

MUI berkata, memakai pakaian agama lain terutamanya menjelang perayaan agama berkenaan secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada kepercayaan mereka. - Jakarta Post


image_zps0bgipujp.jpg
 
Back
Top
Log in Register