BTC USD 83,564.2 Gold USD 4,170.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

49 negara bincang isu Palestin

Jakarta: Sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mengenai Palestin dan Baitulmaqdis bermula pagi semalam di Pusat Konvensyen Jakarta yang melihat penyertaan wakil 49 negara.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Negara Indonesia, lebih 500 delegasi dari 49 negara anggota OIC, empat dari kumpulan digelar Kuartet Asia Barat (Amerika Syarikat, Russia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - PBB - dan Kesatuan Eropah - EU), lima wakil Majlis Keselamatan PBB selain tiga negara pemerhati mengesahkan kehadiran di sidang kemuncak itu.

Perbincangan dalam kalangan pegawai kanan berlangsung semalam manakala mesyuarat peringkat tertinggi antara ketua kerajaan akan diadakan hari ini.

Persidangan itu diadakan atas permintaan Palestin selepas keganasan semakin meningkat di Israel dan wilayah dijajah frejim Zionis itu dalam tempoh beberapa bulan lalu berhubung sekatan ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis oleh Tel Aviv.

Dalam kenyataannya, Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi berkata: “Persidangan peringkat tinggi dijangka memacu forum antarabangsa bagi meletakkan isu Palestin dan Baitulmaqdis sebagai keutamaan kerana keadaan di situ membimbangkan.” - Agensi

07hmjak.transformed_zpszv8helud.jpg
 
Tembok Besar Baitulmaqdis 
rampas 
tanah Palestin

Sejak Palestin dijajah Israel lebih 60 tahun lalu, kehidupan penduduknya tidak pernah aman.

Penderitaan yang mereka alami bukanlah cerita dongeng, malah kekejaman tentera Zionis dan keganasan penduduk Yahudi terhadap golongan tersebut semakin me*ning*****kat saban hari.

Tidak cukup dengan keganasan, Israel menggunakan pelbagai cara termasuk undang-undang, pentadbiran, tipu helah, dan ketenteraan untuk terus menindas penduduk Palestin demi menakluk keseluruhan wilayah berkenaan.

Bermula dengan merampas wi*layah Palestin pada 1948, diikuti pengusiran dan pembunuhan be*ramai-ramai, penduduk Palestin te*rus berdepan kekejaman Zionis antaranya disyaki melakukan se*rangan terhadap penduduk Yahudi, diusir daripada rumah sendiri serta kediaman dirobohkan.

Selain itu, Israel turut memisahkan penduduk Palestin di Gaza daripada dunia luar, dilarang me*nerima bantuan antarabangsa serta dinafikan hak untuk menjalani kehidupan harian termasuk mendapatkan pendidikan dan pekerjaan.

Satu penindasan yang dilakukan oleh Israel secara terancang ialah memisahkan tanah penduduk Palestin melalui pembinaan tembok, sehingga menyukarkan penduduk Pa*lestin menjalani kehidupan harian.

Pada masa ini, Israel sedang menyiapkan projek yang diberi nama ‘The Greater Jerusalem’ atau Tembok Besar Baitulmaqdis iaitu projek membina ‘tembok keselamatan’ di sekeliling Tebing Barat, atas alasan utama untuk melindungi pe*nempatan haram Yahudi daripada sasaran dan balingan batu daripada penduduk Palestin yang tinggal di perkampungan berdekatan.

Projek tersebut diluluskan pada 1994 dan kerja-kerja pembinaan bermula pada 20 Februari 2005 semasa pemerintahan Ariel Sharon.

Bakal siap menjelang tahun 2020, pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat adalah projek kedua Israel untuk ‘mengepung’ dan ‘memenjarakan’ penduduk Palestin, selepas mengenakan sekatan terhadap penduduk di Genting Gaza.

Walaupun menggunakan alasan keselamatan, Israel sebenarnya mempunyai agenda ‘serampang dua mata’ kerana di sebalik pembinaan projek itu, Israel merancang untuk ‘mengusir’ penduduk Palestin dari tanah mereka secara halus.

Pembinaan tembok mencecah lapan meter tinggi itu apabila siap kelak akan mengelilingi Baitulmaqdis dan akhirnya kawasan suci ketiga umat Islam tersebut akan dikosongkan dan hanya boleh dimasuki oleh penduduk Yahudi sahaja.

Tembok itu bukan sahaja me*ngalahkan kehebatan Tembok Ber*lin yang dibina sepanjang 115 kilometer, malah struktur sepanjang 700 kilometer tersebut juga melam*bangkan kekejaman Israel yang bukan sahaja menindas dan me*rampas tanah penduduk Palestin, tetapi juga merampas kehidupan penduduknya.

Sehingga kini, pembinaan tembok tersebut telah siap hampir 500 kilometer.

Secara realitinya, pembinaan tem*bok itu tidak lebih daripada sebuah penjara kerana dibina di dalam kawasan penduduk Palestin.

Selepas pembinaan tembok itu siap, struktur terbabit akan memisahkan kawasan penduduk Palestin seluas kira-kira 565 kilometer persegi di Tebing Barat (iaitu hampir 10 peratus daripada kawasan keseluruhannya Tebing Barat) di Zon Barat Pemisah antara tembok dan Garisan Hijau Israel, sekali gus membolehkan Zionis menguasai Zon Timur Pemisah meliputi kawasan sehingga 1,555 kilometer persegi (atau 27 peratus daripada keseluruhan kawasan Tebing Barat) hingga ke Lembah Jordan dan kawasan barat pantai Laut Mati.

Apabila tembok itu siap, Israel secara langsung telah merampas 37 peratus daripada keseluruhan wilayah Palestin di Tebing Barat.

Tembok itu dibina daripada struktur simen, kawat berduri, pagar elektrik, sistem perparitan, pengesan-pengesan pergerakan elek*tronik setinggi tiga meter, menara kawalan yang dikawal oleh pengawal-pengawal bersenjata, dan juga sebatang jalan bagi tujuan keselamatan.

Hanya satu pintu dibina menuju ke Baitulmaqdis yang boleh diibaratkan sebagai sebuah bandar di dalam penjara kerana pintu itu akan ditutup selewat-lewat pada pukul 10 malam setiap hari dan dibuka semula pada pukul 5 pagi keesokan harinya.

Keadaan itu semata-mata bertujuan ‘menyusahkan’ penduduk Pa*lestin yang terpaksa keluar masuk dari kawasan tersebut untuk urusan harian dan sekiranya mereka lewat, pintu akan ditutup.

Tentera Israel turut mengosongkan kira-kira 30 meter hingga 100 meter kawasan di tepi tembok dalam wilayah Israel dan dijadikan sebagai zon penampan dengan kawalan ketat sepanjang masa oleh tentera Zionis.

Secara keseluruhannya, seluas 85,000 hektar wilayah Palestin akan terjejas bagi memberi laluan kepada pembinaan tembok itu. Jumlah berkenaan merupakan 14.5 peratus daripada tanah di Tebing Barat yang menempatkan lebih 274,000 penduduk Palestin.

Pembinaan tembok itu bukan sahaja menjadi penjara kepada penduduk Palestin, tetapi secara tidak langsung telah ‘mencipta’ satu sempadan baharu dan satu pencerobohan terancang ke atas wilayah Palestin kerana berlakunya pengambilan tanah penduduk Pa*lestin secara haram.

Menurut laporan Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), tembok yang sedang dibangunkan itu hanya 11 peratus saja berada di atas sempadan, manakala selebihnya melampaui sehingga sejauh 22 kilometer di dalam kawasan Tebing Barat milik penduduk Palestin dan di situ dibina penempatan haram Yahudi.

Pembinaan tembok itu menelan belanja yang sangat besar, tetapi tidak pernah diumumkan kosnya, malah belanja baik pulih kerosakan di struktur berkenaan sahaja mencecah AS$4.7 juta (RM19.7 juta) bagi setiap kilometer.

Kos pembinaan itu dipercayai ditanggung oleh Amerika Syarikat atas alasan keselamatan dan bagi mewujudkan kestabilan di kawasan tersebut.

image7_zpsrsu7w7ha.jpg
 
Gencatan senjata Syria rapuh

PARIS – Para pemimpin dunia mengalu-alukan ‘kemajuan sebenar’ di Syria kelmarin tetapi siri serangan udara baharu membuktikan kerapuhan gencatan senjata yang berusia seminggu di negara bergolak itu.

Jet-jet pejuang mengebom kubu utama kumpulan penentang di timur ibu kota Syria, Damsyik buat kali pertama sejak gencatan senjata tajaan Amerika Syarikat (AS)-Rusia itu dilaksanakan pada Rabu lepas.

“Dua serangan udara mengenai pinggir bandar Douma di Ghouta Timur dengan seorang maut,” kata pengarah Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdul Rahman.

Katanya, serangan udara itu sama ada dilakukan oleh Rusia atau tentera Syria.

Ghouta Timur yang kerap dibom tentera Syria menjadi tenang selepas gencatan senjata tersebut sekali gus membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar bantuan ke tiga bandar yang dikuasai kumpulan penentang di kawasan itu.

Terdahulu, Menteri Luar Britain, Perancis, Jerman dan Kesatuan Eropah yang bertemu di Paris bagi membincangkan gencatan senjata Syria berkata, terdapat ‘kemajuan sebenar’.

“Ketiadaan pertempuran susulan gencatan senjata ini bukan sempurna tetapi ia mengurangkan keganasan dan memberi peluang bantuan kemanusiaan dihantar,” kata Setiausaha Luar Britain, Philip Hammond.

Kuartet menteri luar itu mahu semua pihak yang bertelagah di Syria kembali ke meja rundingan tajaan PBB di Switzerland Rabu ini.

“Kami mahu rundingan damai disambung tetapi dua syarat mestilah dipenuhi iaitu akses bantuan kemanusiaan untuk semua rakyat Syria dan menghormati sepenuhnya gencatan senjata,” kata Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault. – AFP

Syria-Guide-Map_zps8fzct3mq.jpg
 
Hari 'paling tenang'

DAMSYIK - SYRIA . Sebahagian besar wilayah Syria, kelmarin yang dilindungi perjanjian gencatan senjata berada pada situasi 'paling tenang' sejak ia mula berkuatkuasa di negara itu pada 27 Februari lalu.

Ketua Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia di Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman turut mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, jumlah purata kematian orang awam telah menurun sebanyak 90 peratus sejak sembilan hari lalu dengan penurunan 80 peratus dalam kalangan tentera kerajaan dan anggota kumpulan pemberontak.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan Rusia melaporkan sebanyak 15 pencabulan gencatan senjata dilaporkan dalam tempoh 24 jam berbanding sembilan perlanggaran pada Sabtu dan 27 sehari sebelumnya.

"Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan rakan sejawatannya dari Rusia, Sergei Lavrov turut menyambut baik penurunan mendadak insiden serangan ganas di Syria selain memberi amaran terhadap sebarang penangguhan untuk menyambung semula rundingan damai," kata jurucakapnya.

Sementara itu, Wakil Khas PBB, Staffan de Mistura memaklumkan rundingan damai antara rejim Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan pemberontak akan disambung semula pada Khamis ini.

Sejak kegagalan pusingan pertama rundingan damai pada 2014, usul utama proses itu adalah mengenai nasib Bashar dalam masa depan Syria.

Sehingga kini, beliau enggan berundur walaupun krisis negara itu semakin meruncing akibat perang saudara yang berlarutan selama lima tahun dan meragut lebih 270,000 nyawa, lapor al-Arabiya.

image_zpsmlxlv6ox.jpg
 
North Thunder: Bukan 'mesej' untuk Iran

RIYADH - ARAB SAUDI . Latihan North Thunder disertai 20 negara Arab dan Islam di Hafr al-Batin didakwa bukan bertujuan menghantar sebarang 'mesej' kepada Iran.

"Jika berlaku salah faham di pihak Teheran, ia adalah masalah negara itu," kata jurucakapnya, Brigedier Jeneral, Ahmed al-Assiri, kelmarin.

Menurutnya, tujuan utama latihan ketenteraan itu adalah untuk melindungi keselamatan rantau terbabit dan menguji pergerakan infrastruktur Saudi bagi operasi multinasional.

"Ia menyediakan peluang kepada negara terlibat meningkatkan tahap penyelarasan selain kemahiran ketika berdepan dengan peperangan skala besar," katanya.

Difahamkan, latihan yang turut mendedahkan cara untuk berdepan dengan peperangan gerila itu dijangka berakhir esok. - Arab News


image1_zps0o609x6r.jpg
 
Peluru berpandu kami boleh sampai ke Israel - Iran

DUBAI: Perbadanan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) yang menjalankan dua ujian peluru berpandu antara benua hari ini mendakwa, roket berkenaan reka bentuk bagi membolehkan ia menjangkau jarak sehingga ke Israel.

Ujian terbaharu peluru berpandu Iran itu dilaporkan sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan besar-besaran dan mempamerkan keupayaan IRGC untuk menyaingi sebarang ancaman kuasa besar. IRGC melepaskan dua peluru berpandu Qadr - peluru berpandu jarak lauh Qadr-H dan peluru berpandu kepersisan Qadr-F dari bahagian utara negara itu dan mengenai serta memusnahkan sasaran di timur laut sejauh 1,400 kilometer, demikian lapor agensi media Iran.

Sasaran paling dekat dari Iran ialah jarak kira-kira 1,000km dari Tel Aviv dan Baitulmaqdis. REKA bentuk roket ini berkemampuan membedil pada jarak sehingga 2,000km. - Foto Reuters "Sebab utama kami reka bentuk roket ini dengan kemampuan jarak bedilan sehingga 2,000km ialah untuk membolehkannya ia memusnahkan musuh kami iaitu rejim Zionis dari jarak selamat," kata Brigadier Jeneral Amir Ali Hajizadeh yang dipetik agensi berita ISNA. Pegawai Israel setakat ini tidak mengeluarkan sebarang maklum balas berhubung ujian peluru berpandu terbaharu Iran itu. - REUTERS

10iran1.transformed_zpssejciuvs.jpg
 
Pembangkang Syria berteka-teki

DAMSYIK - SYRIA . Kerajaan Syria mengumumkan kesediaan untuk menghadiri rundingan damai yang akan disambung semula di Geneva pada Isnin depan.

Sumber rapat kepada kumpulan perunding kerajaan mengesahkan delegasi terbabit bersedia menyertai proses damai tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Jawatankuasa Perundingan Tinggi (HNC), Riyad Farid Hijab masih belum membuat sebarang keputusan muktamad dan seakan masih berteka-teki mengenai perkara itu.

"Kami akan menilai keadaan untuk tempoh beberapa hari lagi sebelum mengambil sebarang keputusan. Kerajaan peralihan tanpa melibatkan Presiden Bashar al-Assad adalah agenda utama HNC jika kami memutuskan untuk menyertai rundingan tersebut," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas jurucakap HNC, Riad Naasan Agha memaklumkan delegasi pembangkang akan tiba di Switzerland pada Jumaat ini untuk menyertai rundingan tersebut.

Awal bulan lalu, rundingan damai itu menemui jalan buntu selepas HNC memboikot sesi tersebut susulan campur tangan ketenteraan Rusia di negara bergolak berkenaan. - Press TV

image2_zpsxqxjrljv.jpg
 
Rakyat Thailand digesa sokong rundingan damai

BANGKOK - THAILAND. Rakyat Thailand hari ini digesa menyokong rundingan damai di wilayah selatan negara itu dan mengutuk sebarang keganasan sekiranya masih berlaku di wilayah tersebut.

Ketua pasukan kerajaan ke rundingan damai itu Jeneral Aksara Kerdpol bagaimanapun berkata, keadaan di kawasan berkenaan kini bertambah baik sejak proses damai bermula lebih setahun lalu.

Beliau berkata, namun lebih banyak masa diperlukan untuk mencapai hasil yang lebih ketara.

Katanya, rakyat tidak harus memandang ringan rundingan damai antara kerajaan dengan Mara Patani, badan induk yang mewakili enam kumpulan militan di Selatan Thai, bagi menamatkan keganasan yang telah berlarutan beberapa dekad.

Malaysia adalah fasilitator bagi rundingan itu.

Aksara juga berkata, kerajaan akan menerbitkan buku yang menjelaskan kemajuan rundingan dalam bahasa Thai dan Inggeris untuk tatapan orang ramai.

Mengenai rundingan seterusnya, beliau berkata pihaknya menunggu tarikh yang akan ditetapkan oleh fasilitator. - Bernama

image3_zpshv1s6nkb.jpg
 
Iklan beri pemahaman tentang Islam di New York

NEW YORK - Sebuah iklan dalam bentuk jenaka yang bertujuan untuk menggalakkan pemahaman dan toleransi mengenai Islam ditempatkan di stesen kereta api bawah tanah di New York, kelmarin.

Iklan yang bertajuk The Ugly Truth About Muslims: Muslims have great frittata recipes direka dua pelawak, Negin Farsad dan Dean Obeidallah itu juga untuk mempromosikan dokumentari mereka berjudul The Muslims Are Coming.

Menurut Farsad, iklan tersebut berfungsi untuk menangkis persepsi negatif terhadap orang Islam yang sering dikaitkan dengan isu keganasan di Timur Tengah serta krisis kebuluran di negara Afrika.

Difahamkan, iklan tersebut dipaparkan selepas Mahkamah Persekutuan di Manhattan memutuskan bahawa Islam adalah sebuah agama dan bukan parti politik atau individu, Oktober lalu. - Reuters

image4_zpsvgsffzhw.jpg
 
22,000 nama anggota Daish, IS dibocorkan kepada stesen TV Sky News

LONDON: 10,000 dokumen yang mengandungi nama, alamat, nombor telefon serta maklumat keluarga yang dipercayai milik anggota militan Daish (IS) telah didedahkan kepada Sky News, menurut laporan agensi berita berkenaan pada Rabu.

Menurut Sky News, seorang bekas anggota militan berkenaan yang dikenali sebagai Abu Hamed telah menyerahkan dokumen tersebut menerusi satu kad memori yang telah dicuri daripada ketua keselamatan dalaman kumpulan berkenaan.

Ketika menyerahkan dokumen berkenaan, kepada seorang wartawan di Turki, Hamed menjelaskan, dia meninggalkan kumpulan berkenaan kerana menganggap kefahaman berkaitan undang-undang Islam semakin pudar dalam kumpulan itu.

Hamed juga mendakwa kumpulan berkenaan telah berpindah daripada ibu pejabatnya di Raqqa, Syria ke sebuah kawasan padang pasir.

Dokumen berkenaan turut mengandungi borang rekrut militan Daish yang perlu diisi sebelum diterima masuk ke organisasi berkenaan, dan juga beberapa maklumat daripada 51 negara.

“Sky News telah memaklumkan perkara ini kepada pihak penguatkuasa,” kata badan penyiaran berkenaan di laman rasminya. Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada kementerian dalam dan luar negara Britain.

Beberapa kandungan dokumen berkenaan mengandungi maklumat lokasi anggota-anggota militan berkenaan, yang berada di sekitar utara Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, dan juga utara Afrika serta Timur Tengah.
Bekas pengarah operasi keganasan global di MI6, Richard Barrett, dalam satu kenyataannya di Twitter berkata, dokumen berkenaan akan menjadi satu sumber berharga kepada penganalisis.

81450053753_IslamicState_zpsxrsnsuri.jpg
 
Back
Top
Log in Register