Tembok Besar Baitulmaqdis
rampas
tanah Palestin
Sejak Palestin dijajah Israel lebih 60 tahun lalu, kehidupan penduduknya tidak pernah aman.
Penderitaan yang mereka alami bukanlah cerita dongeng, malah kekejaman tentera Zionis dan keganasan penduduk Yahudi terhadap golongan tersebut semakin me*ning*****kat saban hari.
Tidak cukup dengan keganasan, Israel menggunakan pelbagai cara termasuk undang-undang, pentadbiran, tipu helah, dan ketenteraan untuk terus menindas penduduk Palestin demi menakluk keseluruhan wilayah berkenaan.
Bermula dengan merampas wi*layah Palestin pada 1948, diikuti pengusiran dan pembunuhan be*ramai-ramai, penduduk Palestin te*rus berdepan kekejaman Zionis antaranya disyaki melakukan se*rangan terhadap penduduk Yahudi, diusir daripada rumah sendiri serta kediaman dirobohkan.
Selain itu, Israel turut memisahkan penduduk Palestin di Gaza daripada dunia luar, dilarang me*nerima bantuan antarabangsa serta dinafikan hak untuk menjalani kehidupan harian termasuk mendapatkan pendidikan dan pekerjaan.
Satu penindasan yang dilakukan oleh Israel secara terancang ialah memisahkan tanah penduduk Palestin melalui pembinaan tembok, sehingga menyukarkan penduduk Pa*lestin menjalani kehidupan harian.
Pada masa ini, Israel sedang menyiapkan projek yang diberi nama ‘The Greater Jerusalem’ atau Tembok Besar Baitulmaqdis iaitu projek membina ‘tembok keselamatan’ di sekeliling Tebing Barat, atas alasan utama untuk melindungi pe*nempatan haram Yahudi daripada sasaran dan balingan batu daripada penduduk Palestin yang tinggal di perkampungan berdekatan.
Projek tersebut diluluskan pada 1994 dan kerja-kerja pembinaan bermula pada 20 Februari 2005 semasa pemerintahan Ariel Sharon.
Bakal siap menjelang tahun 2020, pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat adalah projek kedua Israel untuk ‘mengepung’ dan ‘memenjarakan’ penduduk Palestin, selepas mengenakan sekatan terhadap penduduk di Genting Gaza.
Walaupun menggunakan alasan keselamatan, Israel sebenarnya mempunyai agenda ‘serampang dua mata’ kerana di sebalik pembinaan projek itu, Israel merancang untuk ‘mengusir’ penduduk Palestin dari tanah mereka secara halus.
Pembinaan tembok mencecah lapan meter tinggi itu apabila siap kelak akan mengelilingi Baitulmaqdis dan akhirnya kawasan suci ketiga umat Islam tersebut akan dikosongkan dan hanya boleh dimasuki oleh penduduk Yahudi sahaja.
Tembok itu bukan sahaja me*ngalahkan kehebatan Tembok Ber*lin yang dibina sepanjang 115 kilometer, malah struktur sepanjang 700 kilometer tersebut juga melam*bangkan kekejaman Israel yang bukan sahaja menindas dan me*rampas tanah penduduk Palestin, tetapi juga merampas kehidupan penduduknya.
Sehingga kini, pembinaan tembok tersebut telah siap hampir 500 kilometer.
Secara realitinya, pembinaan tem*bok itu tidak lebih daripada sebuah penjara kerana dibina di dalam kawasan penduduk Palestin.
Selepas pembinaan tembok itu siap, struktur terbabit akan memisahkan kawasan penduduk Palestin seluas kira-kira 565 kilometer persegi di Tebing Barat (iaitu hampir 10 peratus daripada kawasan keseluruhannya Tebing Barat) di Zon Barat Pemisah antara tembok dan Garisan Hijau Israel, sekali gus membolehkan Zionis menguasai Zon Timur Pemisah meliputi kawasan sehingga 1,555 kilometer persegi (atau 27 peratus daripada keseluruhan kawasan Tebing Barat) hingga ke Lembah Jordan dan kawasan barat pantai Laut Mati.
Apabila tembok itu siap, Israel secara langsung telah merampas 37 peratus daripada keseluruhan wilayah Palestin di Tebing Barat.
Tembok itu dibina daripada struktur simen, kawat berduri, pagar elektrik, sistem perparitan, pengesan-pengesan pergerakan elek*tronik setinggi tiga meter, menara kawalan yang dikawal oleh pengawal-pengawal bersenjata, dan juga sebatang jalan bagi tujuan keselamatan.
Hanya satu pintu dibina menuju ke Baitulmaqdis yang boleh diibaratkan sebagai sebuah bandar di dalam penjara kerana pintu itu akan ditutup selewat-lewat pada pukul 10 malam setiap hari dan dibuka semula pada pukul 5 pagi keesokan harinya.
Keadaan itu semata-mata bertujuan ‘menyusahkan’ penduduk Pa*lestin yang terpaksa keluar masuk dari kawasan tersebut untuk urusan harian dan sekiranya mereka lewat, pintu akan ditutup.
Tentera Israel turut mengosongkan kira-kira 30 meter hingga 100 meter kawasan di tepi tembok dalam wilayah Israel dan dijadikan sebagai zon penampan dengan kawalan ketat sepanjang masa oleh tentera Zionis.
Secara keseluruhannya, seluas 85,000 hektar wilayah Palestin akan terjejas bagi memberi laluan kepada pembinaan tembok itu. Jumlah berkenaan merupakan 14.5 peratus daripada tanah di Tebing Barat yang menempatkan lebih 274,000 penduduk Palestin.
Pembinaan tembok itu bukan sahaja menjadi penjara kepada penduduk Palestin, tetapi secara tidak langsung telah ‘mencipta’ satu sempadan baharu dan satu pencerobohan terancang ke atas wilayah Palestin kerana berlakunya pengambilan tanah penduduk Pa*lestin secara haram.
Menurut laporan Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), tembok yang sedang dibangunkan itu hanya 11 peratus saja berada di atas sempadan, manakala selebihnya melampaui sehingga sejauh 22 kilometer di dalam kawasan Tebing Barat milik penduduk Palestin dan di situ dibina penempatan haram Yahudi.
Pembinaan tembok itu menelan belanja yang sangat besar, tetapi tidak pernah diumumkan kosnya, malah belanja baik pulih kerosakan di struktur berkenaan sahaja mencecah AS$4.7 juta (RM19.7 juta) bagi setiap kilometer.
Kos pembinaan itu dipercayai ditanggung oleh Amerika Syarikat atas alasan keselamatan dan bagi mewujudkan kestabilan di kawasan tersebut.