BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Tiga penyerang Paris dalam fail rekrut IS

BERLIN: Nama tiga penyerang Paris tersenarai dalam dokumen sulit militan IS yang dibocorkan baru-baru ini, menurut laporan media Jerman. Ketiga-tiga individu terbabit melaksanakan serangan paling teruk di teater Bataclan menyaksikan 90 orang maut. Dokumen sulit IS itu diperoleh media Jerman, United Kingdom dan pembangkang Syria dan ia menyenaraikan beribu-ribu nama militan daripada sekurang-kurangnya 40 negara.

Pihak berkuasa Jerman sebelum ini berkata, dokumen itu boleh dianggap tulen. Secara kasar, 22,000 pejuang disenaraikan dokumen terbabit dan ada satu fail untuk setiap pejuang yang memperincikan nama, alamat dan maklumat lain. Antara yang tersenarai adalah Samy Amimour, Foued Mohamed-Aggad dan Omar Ismail Mostefai. Mereka adalah tiga lelaki bersenjata yang menyerang Bataclan ketika satu konsert kumpulan rock Eagles of Death. - Agensi

12iris.transformed_zpskhdx8vdr.jpg
 
20 Anggota IS Terbunuh, 50 Cedera

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 20 ahli kumpulan militan IS terbunuh pada Khamis akibat serangan udara yang dilakukan oleh pesawat pejuang Rusia dan Syria di sekitar bandar Palmyra.

Dalam serangan di sekitar kubu IS itu, seramai 50 lagi dilaporkan cedera.

Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, tindakan IS menawan Palmyra yang merupakan tapak sejarah di bawah seliaan Unesco telah mengejutkan dunia pada Mei tahun lalu.

Ini kerana, IS turut memusnahkan patung-patung bersejarah di kawasan berkenaan kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

pal_zpshzpe7dlq.jpg
 
Tiga Tawanan Abu Sayyaf Muncul Dalam Video Rayu Pembebasan

MANILA: Tiga warga asing yang diculik oleh kumpulan militan di Filipina hampir enam bulan lalu merayu pembebasan daripada kerajaan apabila penculik mereka yang mempunyai kaitan dengan militan Al-Qaeda itu memberikan tempoh sebulan untuk permintaan mereka dipenuhi.

Ketiga-tiga lelaki asing itu, di mana pihak berkuasa Filipina telah mengenal pasti mereka dua dari Kanada dan seorang dari Norway, telah muncul dalam satu klip video, bersama-sama dengan seorang wanita Filipina yang juga diculik, sedang melutut di atas tanah berserta lelaki bersenjata sedang berdiri berhampiran mereka.

"Untuk Perdana Menteri Kanada dan warga Kanada di seluruh dunia, tolonglah, lakukan apa yang perlu untuk memenuhi permintaan mereka, dalam masa satu bulan atau mereka akan membunuh saya, mereka akan melaksanakan hukuman mati ke atas kami," kata salah seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr John Ridsdel, seorang perunding perlombongan dari Kanada.

Ketiga-tiga mereka digari dan kurus kering, berjanggut dan tidak berbaju. Klip video kira-kira satu setengah minit itu disiarkan di laman Facebook yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Islamis Filipina.

Keempat-empat mereka diculik dari sebuah resort di sebuah pulau bahagian selatan September lalu. Mereka dipercayai ditahan di dalam hutan di pulau Jolo, kubu kuat kumpulan militan Abu Sayyaf.

Seorang lagi lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr Robert Hall, juga dari Kanada, berkata dia tidak tahu berapa banyak wang yang dituntut penculik tetapi merayu bantuan segera.

Jurucakap Menteri Luar Kanada berkata kerajaan sedar mengenai video itu tetapi tidak mahu mengulas atau memberikan maklumat baharu, bimbang ia mengancam tawanan.

TVI Pacific yang berpangkalan di Calgary, tempat di mana Mr Ridsdel menjadi perunding separuh bersara, enggan mengulas mengenai perkara ini.

Lelaki ketiga, yang memperkenalkan dirinya sebagai rakyat Norway, Kjartan Sekkingstad, membuat rayuan yang sama.

Ia adalah kali ketiga militan mengeluarkan video rayuan daripada orang-orang tawanan.

Pada November, Mr Ridsdel dalam satu video berkata bahawa kumpulan militan itu telah menuntut satu bilion peso (S$29 juta) bagi setiap seorang daripada mereka.

Jurucakap militan muncul dalam video terkini ini untuk mengeluarkan peringatan tempoh satu bulan namun tidak menyatakan jumlah tuntutan.

"Kami akan melakukan sesuatu yang dahsyat terhadap tawanan-tawanan ini," kata jurucakap itu yang bertopeng.

Video%20for%20help_zpspoujsrzo.jpg
 
Penculik warga Australia, paderi ditembak di Mindanao

MANILA: Pemimpin sebuah kumpulan militan di selatan Filipina yang menjadi dalang penculikan seorang pesara tentera Australia dan paderi Ireland ditembak mati pasukan keselamatan hari ini, lapor tentera. Waning Abdusalam terbunuh selepas enggan menyerah diri dalam operasi gabungan tentera dan polis di pulau bergolak Mindanao, kata jurucakap tentera Mejar Filemon Tan. Suspek ditembak mati di bandar Naga dekat wilayah Sibugay, Zamboanga.


Beliau dipercayai mempunyai hubungan dengan Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pelampau yang terkenal dengan penculikan warga asing dan Kristian, kata Tan. Abu Sayyaf, yang diasaskan oleh pengasas Al-Qaeda Osama bin Laden, dianggap sebagai organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat. Ia dipercayai bertanggungjawab ke atas beberapa serangan pengganas terburuk dalam sejarah Filipina. Tan berkata Waning terbabit dalam banyak penculikan untuk mendapatkan tebusan di Mindanao, termasuk beberapa warga Filipina dan mubaligh Ireland, Paderi Michael Sinnott pada 2009 serta warga Australia, Warren Rodwell pada 2011. - AFP

naga.transformed_1_zpsdmhfwdp1.jpg
 
Bashar al-Assad Perlu Undur Demi Keamanan Syria

GENEVA: Parti pembangkang Syria menegaskan Presiden negara itu, Bashar al-Assad perlu berundur sama ada hidup atau mati jika ingin rundingan damai terhadap perang saudara sejak lima tahun lalu berakhir dengan jayanya.

Rundingan damai yang diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bermula di Geneva pada Isnin ini bagi mengakhiri konflik yang mengorbankan seramai 270,000 orang dan memaksa sebahagian besar penduduk menjadi pelarian.

"Kami percaya peralihan akan bermula dengan kejatuhan atau kematian Bashar al-Assad.

"Ia tidak boleh bermula dengan kehadiran ketua rejim atau rejim yang masih berkuasa," kata ketua perunding parti pembangkang, Mohammad Alloush dalam wawancara di Geneva.

PBB menggesa peralihan kerajaan dilakukan dengan satu perlembagaan baru diperkenalkan dalam tempoh enam bulan.

bashar_zpsu1ccpaxz.jpg
 
Latihan ketenteraan 
terbesar Asia Barat berakhir -

HAFR AL-BATIN 12 Mac – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud semalam menyempurnakan penutupan latihan ketenteraan bersama terbesar yang pernah diadakan di rantau Asia Barat, ‘North Thunder’ selepas berlangsung selama dua minggu.

Latihan ketenteraan disertai 20 negara Islam itu merupakan perhimpunan ketenteraan kedua terbesar melibatkankan sebanyak 2,500 jet tempur, 20,00 buah kereta kebal, dan 350,000 askar selepas operasi Desert Storm.

Operasi North Thunder disertai Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan, Bahrain, Se*negal, Sudan, Kuwait, Maldives, Maghribi, Pakistan, Chad, Tunisia, Comoros, Djibouti, Oman, Qatar, Malaysia, Mesir, Mauritania, dan Mauritius.

Beberapa ketua negara dan pegawai tertinggi kerajaan negara-negara Islam turut hadir bagi menyaksikan acara perbarisan semalam, yang melibatkan unit tentera darat dan udara di bandar Hafr al-Batin berhampiran sempadan Arab Saudi dengan Iraq dan Kuwait.

Antara yang hadir adalah Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif; pemimpin Bahrain, Raja Hamad bin Isa; pemimpin Jordan, Raja Abdullah; Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad’ Presiden Sudan, Omar Hassan al-Bashir; Pre*siden Mesir, Abdel Fattah El-sisi; dan Malaysia diwakili Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Komander Wilayah Timur dan Komander Tentera Darat Arab Saudi yang menyertai operasi itu, Mejar Jeneral Fahd bin Abdullah Al-Mutair berkata, latihan ketenteraan tersebut merupakan lonjakan dalam operasi yang mencerminkan tindak balas dan keupayaan pasukan dari negara yang mengambil bahagian.

“Dalam latihan ini,semua jenis operasi ketenteraan berjaya dilaksanakan yang menyumbang kepada peningkatan tahap ke*siagaan tempur dari tentera yang mengambil bahagian,’’ katanya sebagaimana lapor portal Saudi Gazette.

Raja Salman dan tetamu jemputan kemudiannya menyaksikan perbarisan yang bermula dengan tentera membawa bendera negara-negara yang terlibat dalam latihan itu.

Tambah portal itu, perarakan tersebut merupakan satu pertunjukan kekuatan tentera negara-negara Arab dan Islam dalam berdepan musuh.

imagef_zpstxkvhnrw.jpg
 
AS bimbang ujian peluru berpandu Iran

TEHRAN - IRAN. Amerika Syarikat (AS) akan menyuarakan isu berkenaan pelancaran peluru berpandu yang dilakukan oleh Iran di mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang dijangka berlangsung pada Isnin ini.

Duta Besar AS di Iran, Samantha Power berkata, isu ini perlu disuarakan setelah melihat tindakan Iran yang semakin kerap menjalankan ujian peluru berpandu sejak kebelakangan ini.

“Kami akan menyuarakan kebimbangan ini di dalam majlis tersebut. AS memerlukan kerjasama daripada negara lain bagi menyokong tindakan u ntuk memperlahankan program peluru berpandu Iran,” katanya dalam satu kenyataan.

Samantha turut mendakwa beberapa pemimpin Iran menyatakan bahawa kesemua peluru ini dicipta untuk menakutkan Israel dan AS mengutuk tindakan berkenaan.

Mesyuarat Majlis Keselamatan itu diadakan bagi membincangkan isu berkenaan serta isu di Syria.

Sementara itu, Kementerian Luar Iran pada Rabu lalu berkata, ujian berkenaan tidak langsung melanggar perjanjian nuklear.- Reuters

imagess_zpsyc7fjaff.jpg
 
16 terkorban dalam insiden serangan resort di Ivory Coast

GRAND-BASSAM: Sejumlah 16 orang disahkan terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah resort di Grand-Bassam, Ivory Coast pada Ahad, lapor AFP.

Dalam serangan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Al-Qaeda itu, mayat-mayat mangsa tembakan dilaporkan bergelimpangan di pantai sekali gus meningkatkan ketakutan umum mengenai ancaman pengganas di Afrika Barat.

Presiden Ivory Coast Alasanne Ouattara berkata, 14 orang awam dan dua anggota pasukan khas telah terkorban dalam insiden tembak-menembak yang menyasarkan tiga buah hotel tersebut.

Seorang warga Perancis dan seorang warga Jerman adalah antara mereka yang terbunuh, kata Menteri Dalam Negeri Hamed Bakayoko.

Pemantau perisikan Amerika Syarikat, SITE, berkata sekutu Al-Qaeda di bahagian Afrika Utara telah mengaku bertanggungjawab dalam serangan di pusat peranginan yang popular dalam kalangan ekspatriat Barat berkenaan.

Kumpulan penyerang yang dikenali dengan label Al-Qaeda Islamic Maghreb (AQIM ) itu dalam satu kenyataan memberitahu bahawa tiga pejuangnya telah terbunuh, sementara Ouattara pula mendedahkan enam penyerang disahkan mati.
“Impak daripada insiden ini sangat besar,” ujar Ouattara sejurus beliau tiba di Grand-Bassam, yang terletak di Teluk Guinea kira-kira 40 kilometer ke timur Abidjan.

Presiden Perancis Francois Hollande mengecam serangan yang disifatkan sebagai perbuatan pengecut itu, selain menawarkan sokongan kepada kerajaan Ivory Coast dalam memburu pengganas.
Siasatan menegnai insiden berkenaan kini sedang berlangsung.

41457917953_freesize_zpsklki7to7.jpg
 
Letupan bom di Ankara korbankan lebih 30 orang

ANKARA: Sekurang-kurangnya 34 orang terkorban manakala 125 cedera akibat letupan bom di Ankara, Turki pada Ahad.

Bom itu meledak di Dataran Ataturk Bulvari dekat pusat bandar Ankara dan letupannya boleh didengari dari jarak beberapa kilometer.

Kesan letupan berkenaan, termasuk serpihan bahan yang terbakar telah terserak ke radius beberapa ratus meter dan jatuh ke bangunan Kementerian Dalam Negeri, mahkamah serta bangunan pejabat perdana menteri yang lama.

Menurut stesen televisyen tempatan NTV, letupan dipercayai akibat letupan sebuah bom kereta.

Ia diletupkan berdekatan sebuah bas dan turut mencetuskan kebakaran beberapa kenderaan berdekatan.

Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa Turki menutup kawasan pejabat kerajaan berkenaan serta melarang media daripada membuat laporan insiden berkenaan.

Dua pegawai kanan keselamatan memberitahu Reuters bahawa siasatan awal mencadangkan bahawa insiden itu dilakukan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), atau sekutunya, yang selama tiga dekad lalu sering menimbulkan kekacauan kerana menuntut kuasa autonomi.
Tiada pihak setakat ini tampil mengaku bertanggungjawab, namun Menteri Dalam Negeri Afkan Ala berkata nama kumpulan di sebalik serangan itu bakal didedahkan selepas siasatan dijalankan.

61457924939_950x600_zpshzidich1.jpg
 
Militan guna hospital serang markas tentera di Narathiwat, tujuh askar Thai cedera

NARATHIWAT: Tujuh anggota pasukan keselamatan Thai cedera apabila sekumpulan militan bertindak nekad menggunakan bangunan Hospital Jok Irong, Narathiwat untuk menyerang sebuah markas tentera berhampiran.

Ketua Polis Jok Irong, Kol Prawit Shoseng berkata, drama tembak-menembak antara sekumpulan militan dan anggota pasukan keselamatan bermula pada 3.55 petang (waktu tempatan) dengan serangan terhadap stesen kereta api daerah itu.

"Tidak lama selepas kejadian pertama pada 3.55 petang, 10 anggota militan yang menyamar sebagai orang awam memasuki hospital daerah itu dan mula melepaskan tembakan terhadap markas yang terletak di belakang hospital," katanya kepada media hari ini.

Drama tembak-menembak itu berlangsung selama satu jam dengan tujuh daripada anggota pasukan keselamatan di Markas Renjer ke-4816 cedera termasuk tiga daripadanya parah.

Prawit berkata anggota militan terbabit turut menahan beberapa pekerja hospital dan mengikat mereka serta memusnahkan beberapa kelengkapan bangunan dalam usaha untuk melarikan diri.

Selepas pertempuran berakhir, pasukan keselamatan menemui kira-kira 500 kelongsong peluru rifel AK-47 dan M-16 di bangunan hospital berkenaan yang menunjukkan pertempuran sengit antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, kesemua pekerja hospital terbabit tidak dicederakan dan dibebaskan manakala kesemua anggota militan melarikan diri.

Menurut Prawit, kira-kira 5.20 petang sebutir bom buatan sendiri turut diletupkan di sebuah jambatan berhampiran ketika pasukan keselamatan cuba memasuki lokasi kejadian tembak-menembak.

Beliau berkata, polis percaya kejadian serangan nekad itu adalah berkait-rapat dengan sambutan ulang tahun penubuhan kumpulan militan, Barisan Revolusi Nasional (BRN) pada 13 Mac 1960.
Sebutir bom juga dilaporkan meletup di Sungai Padi malam tadi tetapi tiada kecederaan dilaporkan manakala sebuah markas tentera di daerah Benang Seta, Yala diserang tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan.

Beberapa siri kejadian tembakan turut dilaporkan di daerah Muang Yala dan Yaha malam tadi, juga tanpa mengakibatkan kecederaan.

41457887997_JokIrong_zpseppgoaky.jpg
 
Back
Top
Log in Register