BTC USD 85,417.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Pemberontak Aceh serah diri

JAKARTA - INDONESIA. Kumpulan pemberontak Aceh diketuai Din Minimi atau Nurdin Ismail dilaporkan telah menyerah diri kepada pasukan keselamatan Indonesia.

Nurdin bersama kira-kira 120 pengikutnya turut menyerahkan 15 senjata api dan seguni peluru hidup kepada polis.

Difahamkan melalui laporan Jakarta Post, Nurdin yang juga bekas anggota Gerakan Aceh Merdeka (GAM) berbuat demikian selepas mencapai kata sepakat dengan Badan Intelijen Negara (BIN).

"Mereka meletakkan syarat bahawa anggota kumpulan itu tidak lagi diburu selepas menyerah diri. Mereka juga meminta pengampunan dan tidak lagi diancam," kata Ketua BIN, H Sutiyoso.

Nurdin dan pengikutnya menyerah diri di rumah ibu-bapanya di Desa Ladang Baro, Aceh Timur, kelmarin.

Beliau terkenal kerana sering melakukan rompakan ala Robin Hood dengan menjadikan pemimpin rasuah dan pengedar dadah sebagai mangsa.

Wang hasil rompakan itu digunakan bagi menampung kehidupan anak yatim serta balu pemberontak yang tidak dipedulikan pemimpin GAM.


imageddd_zpsp3gzjzyp.jpg
 
Jet pejuang F-16 Bahrain terhempas di sempadan Yaman

RIYADH: Sebuah jet pejuang Bahrain yang menyertai pasukan bersekutu Arab Saudi menyerang tentera pemberontak di Yaman, terhempas di Arab Saudi ekoran 'masalah teknikal'.

Pesawat F-16 itu terhempas di Wilayah Jazan di barat daya Arab Saudi berhampiran sempadan Yaman, demikian menurut tentera bersekutu dalam kenyataan disiarkan agensi berita SPA. "Juruterbang pesawat bagaimanapun terselamat," kata kenyataan itu. - AFP

afp.transformed_zpsm7crnwew.jpg


gambar hiasan
 
Kastam Lubnan rampas 5 tan dadah

BEIRUT: Kastam Lubnan merampas lima tan pil jenis Captagon amphetamine dan hashish di Lapangan Terbang Beirut yang disembunyikan dalam meja sekolah untuk diseludup ke Mesir, kata sumber keselamatan.

Sementara itu, sumber berkata, pasukan keselamatan di utara Lubnan menjumpai dua bengkel memproses Captagon dan dadah lain dalam beberapa siri serbuan. Katanya, serbuan dilancarkan selepas beberapa rampasan di lapangan terbang berkenaan sejak beberapa bulan lalu termasuk yang membawa kepada penahanan seorang kerabat diraja Arab Saudi.

Menteri Kewangan, Ali Hassan Khalil pula berkata, serbuan di lapangan terbang itu adalah yang terbesar dan dadah berkenaan akan diseludup ke negara-negara lain selain Mesir. "Kita tidak akan membenarkan Lubnan menjadi pusat transit dadah," katanya yang dipetik agensi Berita Nasional Lubnan. - REUTERS

customs.transformed_zpsx0ltsj7h.jpg
 
Serangan pengebom nekad, 14 maut di Pakistan

PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 14 maut dan ramai lagi cedera apabila pengebom nekad bermotosikal merempuh pintu pagar utama pejabat kerajaan di Bandar Mardan, barat laut Pakistan hari ini.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu namun kumpulan Taliban dan pemberontak lain di wilayah sempadan barat laut sering kali mensasarkan pihak berkuasa Pakistan. "Ia serangan pengebom berani mati yang menunggang motosikal. Angka kematian dijangka meningkat lagi," kata ketua polis daerah, Faisal Shahzad.

Seorang doktor di Hospital Umum daerah itu, Ali Khan, mengesahkan angka kematian dan memberitahu jumlah mangsa cedera sekitar 40 orang setakat ini. Letupan berlaku di pintu masuk utama Pejabat Cawangan Pihak Berkuasa Pendaftaran dan Pangkalan Data Kebangsaan (NADRA) yang mengeluarkan kad pengenalan. - AFP

Mardan.transformed_zpsvv04ogab.jpg
 
selepas menang di ramadi, askar iraq akan ke falujah

Ramadi, Iraq- selepas menang di ramadi, askar iraq bercadang untuk rampas Falujjah dari tangan is.

140cb8aa281d4a6eb07f02b677f3ef2e_18_zpstiqzgapb.jpg


3285b997f44646bbbca01722f57d6874_18_zpsvhgrb6jm.jpg


perdana menteri iraq tersenyum lebar ketika lawatan ke ramadi
 
6 pesalah dihukum sebat

Banda Aceh: Tiga tertuduh yang didapati bersalah berkhalwat dan berjudi dihukum sebat di khalayak ramai di pekarangan masjid di Banda Aceh kelmarin.

Aceh yang menguatkuasakan undang-undang Syariah menghukum sebat pasangan kekasih yang didapati bersalah berkhalwat.

Empat lagi lelaki pula dihukum sebat kerana berjudi.

Ratusan penduduk berkumpul di pekarangan Masjid Baiturrahim di sini untuk menyaksikan hukuman itu yang turut dihadiri timbalan datuk bandar Banda Aceh, Zainal Arifin.

Semua pesalah dihukum sebat sebanyak lima kali.

Selepas hukuman dilaksanakan, Zainal memberitahu hukuman berkenaan adalah satu pengajaran untuk orang ramai.

“Anggaplah hukuman ini satu pengajaran kepada kita semua.

“Kesalahan yang dilakukan pesalah ini tidak boleh dijadikan contoh dan perlu dijauhi.

“Saya berharap pelaksanaan hukuman sebat di daerah Meuraxa ini adalah yang terakhir,” katanya.

Aceh satu-satunya wilayah menguatkuasakan undang-undang Islam pada 2003 selepas diberi kuasa autonomi oleh Jakarta. - Agensi

30hmsebat.jpg.transformed_zps5is6dowb.jpg
 
Wartawan anti-IS ditembak mati

Turki: Seorang wartawan dan pembuat filem Syria yang menghasilkan dokumentari anti-Negara Islam (IS) ditembak mati oleh penyerang yang tidak dikenali di Gaziantep, Turki.

Ini serangan ketiga ke atas wartawan di Turki sepanjang tiga bulan lalu.

Naji Jerf, ketua editor Hentah, yang terkenal dengan dokumentarinya mendedahkan keganasan serta penderaan IS, mati ditembak berhampiran bangunan yang menjadi premis media bebas Syria di Gaziantep.

Kematiannya dilaporkan ahli kumpulan wartawan tempat dia bekerja.


Naji sebelum ini menyiapkan dokumentari penyiasatan mengenai kekejaman dan jenayah IS bagi bertajuk ‘Raqa Dibunuh Dalam Diam.’

Filem dokumentari itu memenangi Anugerah Kebebasan Akhbar Antarabangsa oleh Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) pada November lalu.

Menurut laporan, dia ditembak di kepala ketika berjalan pada waktu siang. Dia dibawa ke hospital namun disahkan meninggal.

Serangan itu berlaku di hadapan kamera keselamatan berhampiran.

Seorang rakan Naji memberitahu dia sepatutnya tiba di Paris bersama keluarganya minggu ini selepas mendapat visa suaka ke situ.

Penyelaras program Timur Tengah dan Afrika Utara CPJ, Sherif Mansour berkata: “Wartawan Syria yang melarikan diri ke Turki untuk keselamatan mereka sebenarnya tidak selamat langsung.

“Kami menggesa pihak berkuasa Turki membawa pembunuh Naji Jerf ke muka pengadilan dan meningkatkan keselamatan untuk melindungi semua wartawan Syria di Turki,” katanya. - AFP

29hmnaji_cropped.transformed_zpsdc6bsgje.jpg
 
Satu tentera Filipina, 8 militan maut pertempuran di Jolo

MANILA: Seorang tentera Filipina dan lapan militan rangkaian al-Qaeda terbunuh dalam pertempuran malam tadi. Pertempuran berlaku berhampiran bandar Patikul di pulau selatan Jolo di mana lelaki bersenjata daripada kumpulan militan Abu Sayyaf dipercayai menawan dua tebusan warga Kanada bersama seorang warga Norway dan Filipina. Jurucakap tentera wilayah, Mejar Filemon Tan, berkata seorang tentera antara yang terkorban manakala empat lagi cedera tetapi enggan menjawab pertanyaan mengenai status tebusan yang ditawan lelaki bersenjata.

Dia menambah, lapan daripada kira-kira 100 penyerang terbunuh. Militan itu disebut berkhidmat dengan Abu Sayyaf yang diketuai Hajan Sawadjaan. Akhir bulan lalu, Abu Sayyaf menyiarkan rakaman video dua pelancong Kanada, seorang pengendali pusat peranginan Norway dan Filipina diculik di kawasan lain di selatan Filipina pada September lalu. Kumpulan itu turut menuntut wang tebusan sebanyak AS$21 juta (RM90 juta). -AFP


MANILAadsa.transformed_zpsear0qnny.jpg
 
Back
Top
Log in Register