BTC USD 85,272.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Hakim kanan antara 3 maut letupan di Mesir

KAHERAH: Kerajaan Mesir mengesahkan satu letupan yang berlaku di bandar berkembar Kaherah, Giza, mengorbankan tiga orang, termasuk seorang hakim kanan manakala 11 lagi cedera.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataannya berkata, letupan berlaku di kawasan kejiranan Giza Faisal itu dipercayai akibat kebocoran gas, bukannya disebabkan serangan pengganas. Kenyataan itu juga menyebut, hakim berkenaan kebetulan melalui kawasan sekitar bangunan ketika letupan berlaku.

28letup.transformed_zpszbbh6kv8.jpg
 
Serangan bom nekad gegar lapangan terbang Kabul

KABUL: Satu letupan kuat menggegarkan Kabul awal pagi ini dalam kejadian sebuah jalan berhampiran lapangan terbang yang mengorbankan sekurang-kurangnya seorang orang awam manakala empat lagi cedera.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri mengesahkan letupan berlaku selepas kenderaan yang penuh dengan bahan letupan, diletupkan oleh pengebom nekad di Hawa Shinasi, bahagian timur Lapangan Terbang Hamid Karzai. Serangan senjata api bertalu-talu dilepaskan penyerang selepas kejadian itu.

28hamid.transformed_zpsjahmzdul.jpg
 
Askar iraq dakwa menang di ramadi

Ramadi, Iraq- askar iraq berjaya tawan bangunan kerajaan di ramadi dari tangan is. Mereka berjaya kuasai 60 % ramadi. Is masih bertahan sekitar 40%.

541cf37b9791423183d665ad6c51fada_18_zpsxdrabv6k.jpg
 
pemuda di tembak mati di sempadan gaza-mesir

Gaza, Palestin- seorang pemuda 28, telah di tembak mati oleh pengawal mesir. pemuda tersebut cuba seberangi mesir melalui laut mediterenean.

Menurut ayahnya, anaknya mengalami tekanan perasaan kerana masalah untuk dapatkan rawatan di mesir. Sempadan mesir dan gaza ditutup.

3167821d46104ab09b0b3f586fb764a8_18_zpsn0mb2eah.jpg
 
Boko Haram serang Maiduguri

Maiduguri ,Nigeria- sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh bila pihak bersenjata Boko Haram melancarkan roket sekitar Maiduguri. 8 wanita juga telah lancarkan serangan letup diri.

Sepanjang 6 tahun , 20 000 orang telah terkorban dan 2.3 juta orang telah berpindah. Boko Haram juga bergiat aktif di negara sekitarnya Chad, Cameroon dan Niger. Boko Haram adalah rakan kongsi is.

e898c09fa0ad450fb33a82a8fa27e6bd_18_zpscalxspwo.jpg
 
TERKINI: 32 maut serangan bom di Homs

Homs, syria-Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 90 lagi cedera dalam dua letupan bom di bandar Homs, tengah Syria hari ini, lapor kumpulan pemantau hak asasi Syria.

"Letupan pertama dari sebuah kereta manakala satu lagi oleh pengebom nekad berlaku di Daerah Zahra di tengah Homs," kata kumpulan yang berpangkalan di Britain itu.

Ia adalah serangan kedua terbesar di bandar itu sejak gencatan senjata antara pihak bertelagah di kawasan itu awal bulan ini

homaaa.transformed_zpsy3ysugvj.jpg
 
Rejim Zionis terus mengganas

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Tentera Israel menembak dan menahan seorang lelaki Palestin di bandar ini selepas dia didakwa melancarkan serangan pisau terhadap pasukan keselamatan rejim Zionis.

Jurucakap tentera Israel semalam berkata, pemuda terbabit ditembak ketika dia menikam dan mencederakan seorang askarnya berhampiran sebuah stesen bas di barat al-Quds.

Lelaki Palestin berkenaan ditahan sejurus ditembak.

Menurut Press TV, kejadian itu berlaku sehari selepas tentera Israel menembak mati seorang pemuda di Baitulmaqdis Timur kerana cuba menyerang seorang anggota polis dengan pisau.

Bagaimanapun, ibu bapa mangsa menolak dakwaan itu dengan menegaskan anak mereka mengalami sakit mental.

Jumaat lalu, polis Israel menembak mati seorang lelaki Palestin yang cuba merempoh anggota keselamatan dengan kereta dipandunya di Tebing Barat.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 126 penduduk Palestin maut dibunuh pihak berkuasa Israel atau penduduk Yahudi dalam tempoh 12 minggu.

Penentangan penduduk Palestin terutama sekali golongan muda meningkat sejak Oktober lalu yang berpunca daripada tindakan Israel cuba menguasai Masjid al-Aqsa.

image_zpsiesbehu3.jpg
 
3 pegawai polis indon di tembak

Papua, Indonesia- pihak bersenjata pistol telah menembak mati 3 pegawai polis INdonesia di balai polis Sinak, Papua.

indonesian_police_reuters_150914_zpsmjufb87x.jpg
 
tinggal dalam gua

Syria- ramai orang syria tinggal dalam gua untuk selamatkan diri dari bom. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul...

1432_1048629331855214_8143989438080277469_n_zpsdailhj7o.jpg


7470_1048629351855212_5347160077295340336_n_zps1g6uspuq.jpg


10488399_1048629335188547_2959115368979442222_n_zpss9myp0k7.jpg
 
Back
Top
Log in Register