Isu Jerebu: Indonesia tuntut keadilan
JAKARTA - INDONESIA. Kerajaan Indonesia akan membuat rayuan terhadap penolakan mahkamah ke atas tuntutan bernilai 780 juta dolar Singapura (RM2.4 bilion) kepada syarikat pulpa dan kertas yang didakwa gagal mencegah kebakaran hingga menyebabkan jerebu toksik di Asia Tenggara.
Kelmarin, mahkamah di kepulauan Sumatera menolak semua tuntutan pihak berkuasa terhadap syarikat Bumi Mekar Hijau, pembekal gergasi pulpa dan kertas Asia, kerana tidak mempunyai bukti mencukupi.
Jurucakap Kementerian Alam Sekitar, Eka Widodo Sugiri berkata, kerajaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu dalam tempoh dua minggu.
"Maruah negara telah diganggu, kami menerima banyak aduan dari negara jiran. Syarikat perladangan sepatutnya bertanggungjawab dalam memastikan api tidak merebak dari tanah mereka, tetapi kebakaran masih kerap berlaku," katanya.
Agensi berita Antara melaporkan, pihak berkuasa menuduh Bumi Mekar Hijau gagal mencegah kebakaran daripada merebak di wilayah Sumatera Selatan, pada 2014, dan syarikat turut sedang disiasat berhubung kebakaran tahun lalu, lapor AFP.