BTC USD 85,307.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Pemimpin kanan militia Yaman dibunuh

ADEN: Beberapa lelaki bersenjata menembak dan membunuh seorang pemimpin kanan militia Yaman dan empat lagi yang menyertai konvoi beliau, di selatan bandar Aden, lapor sumber militia hari ini. Penyerang yang menaiki kereta dan motosikal itu menembak kenderaan pengiring Ahmed Al- Idrisi, komander kumpulan militan prokerajaan ketika melalui jalan utama di daerah Mansoura, semalam. Serangan berlaku beberapa hari selepas pembunuhan hakim terkemuka Aden, Jalal Abdullah di laluan sama dan pengeboman sebuah markas parti di ibu negara sementara kerajaan Yaman yang huru-hara itu.


Militia Idrisi adalah sekutu utama gabungan negara Arab teluk, yang sering menyasarkan pangkalan pergerakan Houthi, sekutu Iran di ibu negara Sanaa di Utara Yaman. Arab Saudi dan sekutunya percaya, Houthi adalah proksi kepada musuh tradisi mereka, Iran, dakwaan yang dinafikan Republik Islam itu dan Houthi. - REUTERS

adentembok.transformed_zpsja4dh7jp.jpg
 
Trompet guna kertas helaian al-Quran tersebar di Indonesia -

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia merampas sejumlah trompet kertas yang diperbuat daripada helaian kitab suci al-Quran yang dijual secara meluas di beberapa bandar di negara itu.

Trompet kertas yang dijual sempena untuk menyambut Tahun Baru itu dikesan diedar di Jakarta, Bekasi, Kendal dan di wilayah Bogor.

“Kami merampas 400 trompet kertas tulisan ayat al-Quran yang dijual di Parung dan sejumlah lagi di Leuwiliang dan Cibungbulang,” kata jurucakap polis Bogor, Aulia Djabar semalam.

Menurutnya, anggota tentera Indonesia merampas trompet yang sama di beberapa bandar lagi di Bogor.

“Kami mengambil keterangan peniaga untuk mengesan pihak yang membuat trompet berkenaan,” jelasnya.

Penjualan trompet itu mencetuskan bantahan beberapa pertubuhan Islam di Indonesia yang mahu kerajaan mengambil tindakan tegas.

Sementara itu, sebuah syarikat percetakan di Semarang, CV Aneka Ilmu mengakui trompet berkenaan diperbuat daripada helaian kitab al-Quran yang dicetaknya.

Pemiliknya, Suwanto berkata, kitab al-Quran itu sepatutnya dihantar untuk dilupuskan selepas rosak akibat terkena banjir.

“Kami menghantar kitab ini kepada sebuah syarikat untuk dibakar, tetapi kami tidak tahu ia dijual kepada syarikat lain dan digunakan untuk membuat trompet,” katanya. - Agensi

31hmtrompet11.transformed_zpsqhv1k95h.jpg
 
Nigeria sedia berbincang dengan Boko Haram

Nigeria- presiden Nigeria Muhammadu Buhari sedia berbincang dengan Boko Haram tentang pembebasan 200 gadis yang diculik pada april tahun lalu. Boko Haram adalah kumpulan yang cuba membentuk negara islam yang tersendiri di Utara Nigeria.

9d04bb1c50d24e778dc0b61d750efd9a_18_zpsldpkedpi.jpg
 
is tembak di Rusia

Dagestan , Rusia- is mendakwa bertanggungjawab menembak seorang dan mencederakan 11 yang lain di Derbent, Dagestan Rusia

f887be7ecf7b855509ed03141e6c3c7d0840efd6_zpsk6onkrh7.jpg
 
Bandar Zabadani, Syria

945877_1049725301745617_1242058686114434144_n_zpsgg4cvvfy.jpg


sebelum dan selepas revolusi Syria..
 
Iran nafikan ujian roket

Iran- Pihak tentera laut iran menafikan dakwaan amerika keatas ujian pelancar roket berdekatan dengan USS Harry S Truman di Strait of Hormuz
4dd0bd383619a6e73d45db0de12dbdb185c23e14_zpsk6fz88ug.jpg


kapal amerika pembawa pesawat terbang di selat Hurmuz.
 
kereta di syria

Sebuah kereta mahu ditukar dengan 10kg beras atau 5kg susu. mereka kelaparan..

10294349_1049204381797709_7130179965684273200_n_zpsym0h2qfl.jpg
 
Hidup,penjara bersama

London: Sepasang suami isteri yang merancang serangan di London untuk memperingati ulang tahun ke-10 pengeboman ibu kota itu pada 7 Julai lalu, semalam dipenjara 52 tahun.

Mohammed Rehman, 25, merancang meletupkan sama ada sebuah pusat beli-belah atau stesen kereta api bawah tanah menggunakan bom bersaiz dua kali ganda yang digunakan dalam serangan pada 21 Julai 2005 itu. Isterinya, Sana Ahmed Khan, 24, membiayai projek itu dengan menggunakan gajinya untuk membeli baja yang digunakan sebagai menjadi bahan letupan oleh Mohammed yang kemudian diuji di halaman rumah mereka.

Kedua-duanya dikenakan hukuman seumur hidup selepas didapati bersalah atas tuduhan melakukan persiapan untuk melakukan keganasan.

Mohammed dikenakan hukuman penjara minimum 27 tahun manakala Sana dikenakan sekurang-kurangnya 25 tahun.

Dalam rayuan meringankan hukumannya, Sana meminta maaf dan mengaku insaf serta sudah memfailkan cerai daripada suaminya itu.

“Saya meminta maaf. Ketika itu saya tidak tahu sejauh mana perancangan Mohammed dalam hal ini. Saya kini hanya mahu memperbaiki keadaan terutama dengan keluarga dan memulakan kehidupan baru,” katanya dalam surat yang dibacakan kepada mahkamah.

Perancangan mereka terbongkar selepas Mohammed bertanya secara terbuka di Twitter meminta nasihat mengenai sasaran terbaik untuk dibom.

Tweet itu turut disertai pautan ke siaran media al-Qaeda mengenai kejadian 7 Julai 2005.

Polis yang menyerbu kediaman Mohammed di Reading, Berkshire, menemui 10 kilogram letupan nitrat, iaitu dua kali ganda jumlah digunakan dalam satu lagi kejadian letupan dirancang pada 21 Julai 2005 yang berjaya ditumpaskan pihak berkuasa.

31hmbom1_cropped.transformed_zpslhk4amxd.jpg


31hmbom_cropped.transformed_zpsziwouimo.jpg
 
16 cedera hotel mewah di Dubai terbakar

DUBAI: Seramai 16 cedera dalam kebakaran sebuah hotel mewah berdekatan menara tertinggi dunia, Burj Khalifa, beberapa jam menjelang sambutan tahun baharu. Saksi berkata, Hotel Address Downtown yang terletak cuma beberapa blok dari menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa terbakar membabitkan beberapa tingkat ketika siren berbunyi dan helikopter berlegar di udara.

dub2.transformed_zpsoxib7hpn.jpg
 
Back
Top
Log in Register