Dari Rubai'l binti Mu'awwis bin 'Afra' r.a katanya :
"Rasulullah s.a.w. mengirim utusan di pagi hari Asyura ke kampung-kampung
kaum Anshar di sekeliling Madinah, menyampaikan :
"Siapa yang telah puasa dari pagi, hendaklah meneruskan puasanya
dan siapa yang telah berbuka di waktu pagi, hendaklah dia
mempuasakan hari yang masih tinggal". Oleh sebab itu, kami sesudah itu
puasa di hari Asyura dan akan menyuruh puasa anak-anak kami yang kecil,
InsyaAllah . Kami pergi ke masjid dan membuat untuk mereka
alat-alat permainan daripada bulu. Apabila salah seorang di antara mereka
menangis dan meminta makanan, baru kami berikan ketika telah tiba
waktu berbuka".
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Muhammad bin Abbad bin Jaafar r.a. katanya :
"Saya menanyakan kepada Jabir bin Abdullah, ketika itu dia
sedang tawaf di sekeliling Ka'bah : "Adakah Rasulullah s.a.w.
melarang puasa di hari Jumaat?" Jabir menjawab :
"Ya demi Tuhan rumah suci ini !"
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Janganlah seseorang kamu puasa di hari Jumaat,
kecuali kalau dia puasa di hari sebelum atau di hari selepasnya"
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Janganlah kamu istimewakan malam jumaat dengan beribadah
lebih dari malam-malam yang lain, dan janganlah kamu
istimewakan dengan berpuasa, istimewa dengan
hari-hari yang lain, kecuali kalau hari itu bertepatan
dengan hari yang kamu biasa puasa
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya :
"Datang seorang perempuan kepada Rasulullah s.a.w. dan mengatakan:
"Ya Rasulullah ! Ibu saya meninggal dunia dan dia berhutang puasa nazar,
apakah saya akan puasa menggantikannya?"
Nabi s.a.w. bertanya pula :
"Bagaimana pendapat engkau kalau seandainya ibu engkau berhutang,
lalu engkau bayar, apakah itu dapat melunasi hutangnya?"
Perempuan itu menjawab : "Ya!"
Nabi s.a.w. bersabda :
"Sebab itu puasalah engkau menggantikan ibumu "
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari 'Aisyah Ummul Mukminin r.a. katanya :
"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. menanyakan kepada saya:
"Hai Aisyah! Adakah engkau mempunyai sedikit makanan?"
Saya menjawab : "Ya Rasulullah s.a.w! Kita tidak mempunyai makanan
sedikit pun". Lalu beliau berkata : "Sebab itu , aku berpuasa !"
Lalu Rasulullah s.a.w. pergi. Kemudian diberikan orang hadiah
kepada kami atau datang tamu-tamu (membawa makanan)
Setelah itu Rasulullah s.a.w. kembali, saya mengatakan "
"Ya Rasulullah s.a.w.! Kita diberi hadiah atau datang tamu-tamu
(membawa makanan). Dan saya simpan sedikit untuk engkau"
Beliau (s.a.w.) bertanya : "Apakah itu?" Saya menjawab : "Hais"
(makanan yang dibuat daripada campuran kurma, susu kering dan minyak samin)
Beliau berkata : "Bawa kemari ! " Lalu saya bawa dan beliau makan.
Kemudian itu beliau mengatakan : "Sejak pagi aku telah puasa."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Siapa yang lupa , sedang ia berpuasa, lalu dia makan atau minum
maka hendaklah disempurnakannya (diteruskan) puasanya,
kerana Allah yang memberinya manakan dan dan memberinya minuman."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari 'Aisyah r.a. katanya :
"Pernah Rasulullah s.a.w. puasa (terus menerus) sehingga kami mengatakan
"Sesungguhnya beliau masih puasa, sesungguhnya beliau masih puasa"
Pernah beliau berbuka (terus menerus) sehingga kami mengatakan
Sesungguhnya beliau berbuka, sesungguhnya beliau berbuka
Saya tiada pernah melihat Rasulullah puasa sebulan penuh,
sejak datang ke Madinah selain dibulan Ramadhan
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Aisyah Ummul Mukminin r.a. katanya :
"Pernah Rasulullah s.a.w. puasa (terus menerus) sampai kami mengatakan
Beliau tidak berbuka. Beliau berbuka (terus menerus) sehingga kami
mengatakan : Beliau tidak puasa. Saya tidak pernah melihat
Rasulullah s.a.w. puasa sebulan penuh. selain di bulan Ramadhan
Dan saya melihat beliau berpuasa lebih banyak di bulan Syaaban."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Hisyam bin Yahya dari Abu Salamah bahawasanya 'Aisyah r.a.
memberitahu kepadanya , katanya : "Tidak pernah Nabi s.a.w. itu berpuasa dalam suatu bulan
lebih banyak dari bulan Sya'ban sebab sesungguhnya beliau s.a.w. itu pernah berpuasa
dalam bulan Sya'ban selama sebulan penuh dan beliau bersabda :
"Ambillah yakni kerjakanlah sesuatu amalan ibadat itu sesuai dengan kekuatanmu saja
Sesungguh Allah tidak bosan menilai amalmu dan memberikan pahalanya
sehingga kamu sendiri yang merasa bosan mengerjakannya
Solat yang paling disukai Nabi s.a.w. ialah dikerjakan solat itu
terus menerus walaupun sedikit
Hadis sahih riwayat Bukhari