BTC USD 84,634.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

istiqamah beramal


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فِي الشَّهْرِ مِنْ السَّنَةِ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ
وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ
فَإِنَّ اللَّهَ لَنْ يَمَلَّ حَتَّى تَمَلُّوا
وَكَانَ يَقُولُ أَحَبُّ الْعَمَلِ إِلَى اللَّهِ
مَا دَاوَمَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ وَإِنْ قَلَّ

Dari 'Aisyah r.a. katanya :
"Tidak ada puasa Rasulullah s.a.w. pada masing-masing bulan
dalam setahun yang lebih banyak dari puasa beliau dalam bulan sya'ban
Beliau s.a.w. pernah bersabda :
"Kerjakanlah amal seberapa yang kamu sanggupi,
kerana Allah Allah tidak akan malas (memberikan pahala)
sebelum kamu malas (beramal)."
Dan beliau pernah bersabda:
"Amal yang paling disukai Allah ialah yang tetap dilakukan
oleh orang mengerjakannya , biarpun sedikit."
Hadis sahih riwayat Muslim


lonely_mountains-HD_zpsa1lijnc4.jpg
 
puasa jangan keterlaluan


أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ
أُخْبِرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنَّهُ يَقُولُ لَأَقُومَنَّ اللَّيْلَ وَلَأَصُومَنَّ النَّهَارَ مَا عِشْتُ
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
آنْتَ الَّذِي تَقُولُ ذَلِكَ فَقُلْتُ لَهُ قَدْ قُلْتُهُ
يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَإِنَّكَ لَا تَسْتَطِيعُ ذَلِكَ فَصُمْ وَأَفْطِرْ
وَنَمْ وَقُمْ وَصُمْ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ
فَإِنَّ الْحَسَنَةَ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا وَذَلِكَ مِثْلُ صِيَامِ الدَّهْرِ
قَالَ قُلْتُ فَإِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ
قَالَ صُمْ يَوْمًا وَأَفْطِرْ يَوْمَيْنِ قَالَ
قُلْتُ فَإِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ
يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ صُمْ يَوْمًا وَأَفْطِرْ يَوْمًا
وَذَلِكَ صِيَامُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام
وَهُوَ أَعْدَلُ الصِّيَامِ قَالَ قُلْتُ فَإِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لَا أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
لَأَنْ أَكُونَ قَبِلْتُ الثَّلَاثَةَ الْأَيَّامَ الَّتِي
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَهْلِي وَمَالِي

Dari Abdullah bin Amru bin 'Ash katanya :
"Diberitakan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa Abdullah mengatakan:
"Sesungguhnya saya akan beribadat sepenuh malam dan akan berpuasa
sepanjang siang, selama saya hidup"
lalu Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Engkaukah yang mengucapkan perkataan yang begitu?"
Saya menjawab : "Sesungguhnya saya mengucapkan begitu, ya Rasulullah!"
Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sudah tentu engkau tidak akan sanggup
berbuat serupa itu. Sebab itu puasalah dan berbuka, tidurlah
dan beribadat dan puasalah setiap bulan tiga hari, kerana satu kebaikan
diberi sepuluh kali lipat, sudah serupa dengan puasa sepanjang masa"
Saya jawab : "Sesungguhnya saya sanggup lebih dari itu"
Nabi s.a.w. menjawab : "Puasalah sehari dan berbuka dua hari"
Saya menjawab : "Sesungguhnya saya sanggup lebih dari itu, ya Rasulullah!"
Nabi s.a.w. menjawab : Puasalah sehari dan berbuka sehari!
Itulah puasa Nabi Daud a.s. dan itu puasa yang lebih baik!"
Saya menjawab : "Sesungguhnya saya sanggup lebih dari itu."
Rasulullah s.a.w. berkata : "Tidak ada yang lebih baik dari itu!"
Kata Abdullah bin Amru r.a. (dihari tuanya) :
"Sesungguhnya kalau saya terima puasa tiga hari (dlm sebulan)
sebagai yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. tentu lebih saya sukai
dari keluarga dan harta saya."
Hadis sahih riwayat Muslim


Cabo_Cave_Wallpaper_zpsayn1u2h7.jpg
 
Nabi Daud a.s.


عَمْرِو بْنِ أَوْسٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِنَّ أَحَبَّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ صِيَامُ دَاوُدَ وَأَحَبَّ الصَّلَاةِ إِلَى اللَّهِ
صَلَاةُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ
وَيَنَامُ سُدُسَهُ وَكَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا
رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Dari Amru bin Aus dan Abdullah bin Amru r.a., ia berkata;
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Puasa yang paling dicintai Allah adalah puasa Daud,
sedangkan solat yang paling disukai Allah adalah juga solat Nabi Daud 'A.s.,
ia tidur hingga pertengahan malam, kemudian bangun (solat lail) pada waktu seperti malam,
lalu ia tidur pada seperenamnya. Kemudian ia berpuasa sehari dan berbuka sehari."

Riwayat Muslim


Cave%20Wallpapers%20%202_zpshxkcujof.jpg
 
puasa Isnin


عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
سُئِلَ عَنْ صَوْمِ الِاثْنَيْنِ فَقَالَ فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ

Dari Abu Qatadah Al Ansari r.a. (menceritakan)
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ditanyakan orang tentang puasa hari Isnin
Beliau menjawab : "Dihari itu aku dilahirkan dan di hari itu mulia
diturunkan wahyu kepadaku".
Hadis sahih riwayat Muslim


GuadirikiriCave_zpsdqlwgxmr.jpg
 
bulan dan ibadat yang utama


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ
وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Bulan puasa yang lebih utama di bawah Ramadhan ialah
bulan Allah, Muharram. Solat yang lebih utama di bawah
solat fardhu ialah solat malam"
Hadis sahih riwayat Muslim


GuadirikiriCave2_zpskgrn4ljf.jpg
 
puasa enam Syawal


عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa puasa di bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari
di bulan Syawal (pahalanya) serupa dengan puasa sepanjang masa"
Hadis sahih riwayat Muslim


mellisani_cave_greece2_zpsvmw9mjh6.jpg
 
zakat dalam rukun Islam


عَنْ عَبَدِاللهِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
بُنِىَ الاسْلَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ
أَنْ لا إِلَهَ الا اللهُ وَأَنَ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
وَإِقَامِ الصَّلاةِ وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ وَحَجِّ الْبَيْتِ
وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Dari Abdullah b. Umar katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Islam itu dibina atas lima perkara
dua kalimah syahadat, menegakkan sembahyang, mengeluarkan
zakat, mengerjakan haji dan berpuasa bulan Ramadhan".
Hadis sahih riwayat Muslim


antennae_coverta_960_zpsmazrpwtj.jpg
 
zakat diperintahkan Rasulullah s.a.w.


عَنِ ابْنِ عَبَّاسِ قَالَ قَدِنَ وَفْدُ عَبْدِالْقَيْسِ
عَلَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّا هَذَا الْحَىَّ مِنْ رَبِيْعَةَ
وَقَدْ حَالَتْ بَيْنَنَا وَبَيْنَكَ كفارُ نُضَرَ فَلا نَخْلُصُ
اِلَيْكَ إِلا فِى شَهْرِ الْحَرَامِ فَمُرْنَا بِأَمْرٍ نَعْمَلُ بِهِ
وَنَدْعُو إِلَيْهِ مَنْ وَرَاءَ مَا قَالَ آمُرُكُم بِاَرْبَعٍ
وَأَنَّهَا كُمْ عَنْ أَرْبَعٍ الِايْمَانِ بِاللهِ
ثُمَّ فَسَرَهَا لَهُمْ فَقَالَ شَهَادَةِ
أَنْ لا إِلَهَ الا اللهُ وَأَنَ مُحَمَّدًا رَسُولُهُ
وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ وَأَنْ تُؤَدُّوا خُمُسَ مَا
غَنِنْتُمْ وَأَنَّهَا كُمْ عَنِ الدُّبَاءِ وَالْحَنْتَمِ
وَالنَّقِيْرِ وَالْمُقَيَّرِ

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. dikunjungi oleh deleasi Abdulqais
kata mereka itu: "Kami ini dari perkampungan suku Rabi'ah
antara tenpat kami dengan tuan (Madinah) dibatasi oleh
kaum Mudhar yang masih kafir. Dan kami tak dapat
sampai kepada tuan kecuali pada bulan-bulan haram.
Oleh sebab itu perintahkanlah kami dengan suatu
kewajipan untuk kami kerjakan sendiri dan mengajak
kaum kami kepadanya". Kata Rasulullah s.a.w. :
"Kuperintahkan kepada empat perkara : Keimanan
kepada keesaan Allah dan mengakui Kerasulan
Muhammad, Mendirikan Sembahyang, mengeluarkan
zakat dan menyerahkan seperlima dari harta rampasan
perang. Dan kamu kularang dari pembuatan arak
di dalam labu, guci, pasu kayu dan di dalam wadah
yang dicat dengan tar".
Hadis sahih riwayat Muslim


Astronomy%20Picture%20of%20the%20Day-2006.07.07_zpsdxir5ziy.jpg
 
terima amil zakat dengan baik


عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِاللهِ قَالَ جَاءَ نَاسٌ
مِنَ الاعْرَابِ إِلَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
فَقَالُوا اِنَّ نَاسًا مِنَ الْمُصَدِّقِيْنَ يَأتُونَنَا فَيَظْلِمُو نَنَا
قَالَ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
اَرْضُوا مُصَدِّقِيْكُمْ

Dari Jabir bin Abdillah katanya :
"Datang beberapa orang Arab dusun kepada Rasulullah s.a.w.
dan mengatakan : "Sesungguhnya beberapa amil zakat (petugas)
datang kepada kami dan mereka tidak bersikap jujur kepada kami."
Rasulullah s.a.w. menjawab :
"Bersikap baiklah kepada petugas-petugas zakat itu!."
Hadis sahih riwayat Muslim


Astronomy%20Picture%20of%20the%20Day-2008.07.04_zpsu1jbird4.jpg
 
balasan tidak mengeluarkan zakat


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِاللهِ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
مَا مِن صَاحِبِ مَالٍ لا يُؤَدِّى زَكَاتَهُ اِلا تَحَوَّلَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
شُجَاعًا أَقْرَعَ يَتْبَعُ صَاحِبَهُ حَيْثُمَا ذَهَبَ وَهُوَ يَفِرُّمِنْهُ
وَيُقَالَ هذَا مَالُكَ الَّذِى كُنْتَ تَبْخَلُ بِهِ فَإِذَارَأىَ
أَنَّهُ لا بُدَّمِنْهُ اَدْخَلَ يَدَهُ فِى فِيْهِ
فَجَعَلَ يَقْضَمُهَا لَمَا يَقْضَمُ الْفَحْلُ

Dari Jabir bin Abdillah r.a. katanya
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Setiap orang yang mempunyai kekayaan dan tidak membayar zakatnya
nanti di hari kiamat kekayaannya menjadi seekor ular besar yang berbisa
Ular tadi mengikut orang empunya kekayaan itu kemana dia pergi
sedang orang itu melarikan diri daripadanya.
Lalu dikatakan kepadanya :
Inilah hartamu yang kamu sangat bakhil (mengeluarkan zakat)
Setelah orang itu mengetahui bahawa dia tidak dapat melarikan dirinya
lalu dimasukkan tangannya ke dalam mulut ular itu.
Digigit orang itu seperti unta jantan yang menggigit."
Hadis sahih riwayat Muslim


Astronomy%20Picture%20of%20the%20Day-2009.04.07_zpsvw17iei2.jpg
 
Back
Top
Log in Register