Dari 'Aisyah r.a. katanya :
"Tidak ada puasa Rasulullah s.a.w. pada masing-masing bulan
dalam setahun yang lebih banyak dari puasa beliau dalam bulan sya'ban
Beliau s.a.w. pernah bersabda :
"Kerjakanlah amal seberapa yang kamu sanggupi,
kerana Allah Allah tidak akan malas (memberikan pahala)
sebelum kamu malas (beramal)."
Dan beliau pernah bersabda:
"Amal yang paling disukai Allah ialah yang tetap dilakukan
oleh orang mengerjakannya , biarpun sedikit."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abdullah bin Amru bin 'Ash katanya :
"Diberitakan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa Abdullah mengatakan:
"Sesungguhnya saya akan beribadat sepenuh malam dan akan berpuasa
sepanjang siang, selama saya hidup"
lalu Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Engkaukah yang mengucapkan perkataan yang begitu?"
Saya menjawab : "Sesungguhnya saya mengucapkan begitu, ya Rasulullah!"
Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sudah tentu engkau tidak akan sanggup
berbuat serupa itu. Sebab itu puasalah dan berbuka, tidurlah
dan beribadat dan puasalah setiap bulan tiga hari, kerana satu kebaikan
diberi sepuluh kali lipat, sudah serupa dengan puasa sepanjang masa"
Saya jawab : "Sesungguhnya saya sanggup lebih dari itu"
Nabi s.a.w. menjawab : "Puasalah sehari dan berbuka dua hari"
Saya menjawab : "Sesungguhnya saya sanggup lebih dari itu, ya Rasulullah!"
Nabi s.a.w. menjawab : Puasalah sehari dan berbuka sehari!
Itulah puasa Nabi Daud a.s. dan itu puasa yang lebih baik!"
Saya menjawab : "Sesungguhnya saya sanggup lebih dari itu."
Rasulullah s.a.w. berkata : "Tidak ada yang lebih baik dari itu!"
Kata Abdullah bin Amru r.a. (dihari tuanya) :
"Sesungguhnya kalau saya terima puasa tiga hari (dlm sebulan)
sebagai yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. tentu lebih saya sukai
dari keluarga dan harta saya."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Amru bin Aus dan Abdullah bin Amru r.a., ia berkata;
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Puasa yang paling dicintai Allah adalah puasa Daud,
sedangkan solat yang paling disukai Allah adalah juga solat Nabi Daud 'A.s.,
ia tidur hingga pertengahan malam, kemudian bangun (solat lail) pada waktu seperti malam,
lalu ia tidur pada seperenamnya. Kemudian ia berpuasa sehari dan berbuka sehari."
Dari Abu Qatadah Al Ansari r.a. (menceritakan)
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ditanyakan orang tentang puasa hari Isnin
Beliau menjawab : "Dihari itu aku dilahirkan dan di hari itu mulia
diturunkan wahyu kepadaku".
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Bulan puasa yang lebih utama di bawah Ramadhan ialah
bulan Allah, Muharram. Solat yang lebih utama di bawah
solat fardhu ialah solat malam"
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa puasa di bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari
di bulan Syawal (pahalanya) serupa dengan puasa sepanjang masa"
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abdullah b. Umar katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Islam itu dibina atas lima perkara
dua kalimah syahadat, menegakkan sembahyang, mengeluarkan
zakat, mengerjakan haji dan berpuasa bulan Ramadhan".
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. dikunjungi oleh deleasi Abdulqais
kata mereka itu: "Kami ini dari perkampungan suku Rabi'ah
antara tenpat kami dengan tuan (Madinah) dibatasi oleh
kaum Mudhar yang masih kafir. Dan kami tak dapat
sampai kepada tuan kecuali pada bulan-bulan haram.
Oleh sebab itu perintahkanlah kami dengan suatu
kewajipan untuk kami kerjakan sendiri dan mengajak
kaum kami kepadanya". Kata Rasulullah s.a.w. :
"Kuperintahkan kepada empat perkara : Keimanan
kepada keesaan Allah dan mengakui Kerasulan
Muhammad, Mendirikan Sembahyang, mengeluarkan
zakat dan menyerahkan seperlima dari harta rampasan
perang. Dan kamu kularang dari pembuatan arak
di dalam labu, guci, pasu kayu dan di dalam wadah
yang dicat dengan tar".
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Jabir bin Abdillah katanya :
"Datang beberapa orang Arab dusun kepada Rasulullah s.a.w.
dan mengatakan : "Sesungguhnya beberapa amil zakat (petugas)
datang kepada kami dan mereka tidak bersikap jujur kepada kami."
Rasulullah s.a.w. menjawab :
"Bersikap baiklah kepada petugas-petugas zakat itu!."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Jabir bin Abdillah r.a. katanya
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Setiap orang yang mempunyai kekayaan dan tidak membayar zakatnya
nanti di hari kiamat kekayaannya menjadi seekor ular besar yang berbisa
Ular tadi mengikut orang empunya kekayaan itu kemana dia pergi
sedang orang itu melarikan diri daripadanya.
Lalu dikatakan kepadanya :
Inilah hartamu yang kamu sangat bakhil (mengeluarkan zakat)
Setelah orang itu mengetahui bahawa dia tidak dapat melarikan dirinya
lalu dimasukkan tangannya ke dalam mulut ular itu.
Digigit orang itu seperti unta jantan yang menggigit."
Hadis sahih riwayat Muslim