BTC USD 84,502.1 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

zakat sepersepuluh dan seperdua puluh


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِاللهِ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
فِيمَا سَقَتْ الْأَنْهَارُ وَالْغَيْمُ الْعُشُورُ وَفِيمَا سُقِيَ بِالسَّانِيَةِ نِصْفُ الْعُشْرِ

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tanaman yang diairi sungai dan hujan, zakatnya sepersepuluh dan
yang diairi dengan onta (yang memutar kincir air) zakat seperdua puluh
Hadis sahih riwayat Muslim


barnard68v2_vlt_960_zps4h6ccktj.jpg
 
hamba juga bayar zakat


عَنْ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ لَيْسَ فِي الْعَبْدِ صَدَقَةٌ إِلَّا صَدَقَةُ الْفِطْرِ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hamba sahaya tiada berkewajiban membayar zakat
selain zakat fitrah
Hadis sahih riwayat Muslim


bhbinary_xmm_1728_zps1lq88kfe.jpg
 
jangan cepat menuduh orang enggan berzakat


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عُمَرَ عَلَى الصَّدَقَةِ فَقِيلَ مَنَعَ ابْنُ جَمِيلٍ وَخَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ وَالْعَبَّاسُ
عَمُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَا يَنْقِمُ ابْنُ جَمِيلٍ إِلَّا أَنَّهُ كَانَ فَقِيرًا فَأَغْنَاهُ اللَّهُ
وَأَمَّا خَالِدٌ فَإِنَّكُمْ تَظْلِمُونَ خَالِدًا قَدْ احْتَبَسَ أَدْرَاعَهُ
وَأَعْتَادَهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَمَّا الْعَبَّاسُ فَهِيَ عَلَيَّ وَمِثْلُهَا مَعَهَا
ثُمَّ قَالَ يَا عُمَرُ أَمَا شَعَرْتَ أَنَّ عَمَّ الرَّجُلِ صِنْوُ أَبِيهِ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. mengutus Umar untuk mengumpulkan sedekah (zakat)
lalu ada yang mengatakan : "Ibnu Jamil, Khalid bin Walid dan Abbas
paman Rasulullah s.a.w enggan membayar zakat.
Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab : Yang menyebabkan Ibnu Jamil
yang enggan memberikan zakat hanyalah kerana dia dahulunya
seorang miskin. Kemudian Allah memberikan kepadanya kekayaan
Adapun kamu Khalid , kamu tidak jujur kepadanya
(menuduhnya dengan tiada beralasan) pada hal seluruh susu ternaknya
dan alat senjatanya dilah dipergunakannya untuk perjuangan di jalan Allah.
Adapun 'Abbas zakatnya menjadi tanggunan ku dan selanjutnya begitu
Kemudian itu Nabi s.a.w. berkata :
"Hai Umar! Bukankah engkau sudah mengetahui, bahawa paman
seseorang itu adalah cabang (belahan) bapaknya?"
Hadis sahih riwayat Muslim


grandprom_stereo_zpszbelfuzd.jpg
 
zakat fitrah satu gantang


عَنْ ابْنِ عُمَرَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ
صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ
عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى مِنْ الْمُسْلِمِينَ

Dari Imbu Umar r.a. (menceritakan):
"Bahawa Rasulullah s.aw. mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan kepada
orang banyak, sebanyak satu gantang kurma atau satu gantang jagung
untuk setiap orang meredeka dan hamba sahaya lelaki dan perempuan kaum muslimin".
Hadis sahih riwayat Muslim


m31_gendler_1955_zpsnonlgsh9.jpg
 
kadar zakat fitrah


عَنْ ابْنِ عُمَرَقَالَ
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا
مِنْ شَعِيرٍ عَلَى كُلِّ عَبْدٍ أَوْ حُرٍّ صَغِيرٍ أَوْ كَبِيرٍ

Dari Ibnu umar r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. mewajibkan zakat fitrah sebanyak satu gantang
kurma atau satu gantang jagung untuk setiap hamba sahaya
atau orang merdeka, yang kecil atau yang besar".
Hadis sahih riwayat Muslim


opo0320a_zpshn2znoq8.jpg
 
tanaman yang perlu berzakat


عَنْ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ يَقُولُ
كُنَّا نُخْرِجُ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ
أَوْ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ أَقِطٍ أَوْ صَاعًا مِنْ زَبِيبٍ

Dari Abu Sa'id A Khudri r.a. katanya :
Pernah kamu mengeluarkan zakat fitrah sebanyak satu gantang kurma
atau satu gantang keju atau satu gantang anggur kering
Hadis sahih riwayat Muslim


s106_canarias_900_zpsixioswwo.jpg
 
zakat antara amalan membawa ke syurga


عَنْ مُوسَى بْنِ طَلْحَةَ عَنْ أَبِي أَيُّوبَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَجُلاَ قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ قَالَ مَا لَهُ مَا لَهُ
وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَرَبٌ مَا لَهُ تَعْبُدُ اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ وَتَصِلُ الرَّحِمَ

Dari Musa bin Thalhah dari Abu Ayyub r.a.
Bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.
"Beritahu aku suatu amalan yang dapat memasukkan aku kedalam syurga"
Orang banyak sama-sama berkata :
"Apakah yang ia miliki? Apakah yang ia punyai?"
Nabi s.a.w. bersabda :
"Agaknya apa yang ditanyakan oleh orang itu penting sekali baginya.
Yang dapat memasuki kamu ke dalam syurga ialah
menyembah (mengabdikan diri) kepada Allah
dan jangan mensyirikkanNya dengan segala sesuatu
dan mendirikan solat dan menunaikan zakat
dan mempereratkan hubungan kekeluargaan
Hadis sahih riwayat Bukhari


8_zpstl9owl8n.jpg
 
amalan-amalan ahli syurga


عَنْ وُهَيْبٌ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدِ بْنِ حَيَّانَ
عَنْ أَبِي زُرْعَةَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ أَعْرَابِيًّا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ
قَالَ تَعْبُدُ اللَّهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ الْمَكْتُوبَةَ
وَتُؤَدِّي الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ وَتَصُومُ رَمَضَانَ
قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ أَزِيدُ عَلَى هَذَا فَلَمَّا وَلَّى
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا

Dari Wuhaib dari Yahya bin Said bin Hayyan dari Abu Zar'ah
dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang Arab yakni orang yang
tinggal di pedalaman datang kepada Nabi s.a.w.
lalu ia berkata : "Tunjukkanlah kepadaku perihal satu amalan
yang apabila aku kerjakannya, maka aku dapat masuk syurga"
Bersabda (Nabi s.a.w) :
"Hendaklah menyembah Allah dan jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu
dan mendirikan solat yang diwajibkan dan menunaikan zakat yang diwajib
jika sudah berkemampuan mengerluarkannya
danberpuasa dalam bulan Ramadhan"
Orang itu lalu berkata : "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam
gengaman dan kekuasaanNya aku tidak akan menambahkan dari apa
yang diwajibkan itu padaku
Setelah orang itu kembali meningalkan beliau s.a.w.
kemudian beliau s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa yang suka kalau melihat seseorang yang termasuk
dalam golongan ahli syurga, maka hendaklah dia melihat atau
memerhatikan kepada orang itu tadi"
Hadis sahih riwayat Bukhari


aa_zpsfommirpw.jpg
 
bai'at menunaikan zakat dan solat


فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوْا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ
Firman Allah :
"Jakalau mereka itu sudah bertaubat, mahu mendirikan solat dan menunaikan zakat
maka mereka itu adalah saudara-saudaramu dalam memeluk agama (Islam)

عَنْ إِسْمَاعِيلُ عَنْ قَيْسٍ قَالَ قَالَ جَرِيرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ
بَايَعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَلَى إِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ

Dari Ismail dari Qais, katanya : Jabir bin Abdullah berkata :
"Aku membai'at Nabi s.a.w. untuk mendirikan solat, menunaikan zakat
dan memberi nasihat kepada setiap orang Islam
Hadis sahih riwayat Bukhari


dd_zpsew2szgso.jpg
 
azab enggan berzakat


بَاب إِثْمِ مَانِعِ الزَّكَاةِ وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى
وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ
فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ
هَذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْنِزُونَ

Firman Allah Taala
Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan enggan menafkahkannya
untuk kepentingan agama Allah (yakni tidak dipergunakan untuk kebaikan
bersama serta tidak mengeluarkan zakat)
maka beritakanlah kepada mereka bahawa mereka akan
mendapat siksaan yang pedih.
Pada hari itu semua yakni emas dan perak tadi dibakar dineraka Jahanam,
lalu diseterikalah dengan harta simpanannya dahi, rusuk dan punggung-punggung
meeka. Kerana mereka itu dikatakanlah,
"Inilah yang kamu simpan untuk dirimu sendiri sewaktu didunia dahulu.
Maka dari itu rasakanlah olehmu semua siksa ini sebagai akibat
dari segala sesuatu yang kamu semua simpan dulu"
حَدَّثَنَا الْحَكَمُ بْنُ نَافِعٍ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ
حَدَّثَنَا أَبُو الزِّنَادِ أَنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ هُرْمُزَ الْأَعْرَجَ
حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَأْتِي الْإِبِلُ عَلَى صَاحِبِهَا عَلَى خَيْرِ
مَا كَانَتْ إِذَا هُوَ لَمْ يُعْطِ فِيهَا حَقَّهَا تَطَؤُهُ بِأَخْفَافِهَا
وَتَأْتِي الْغَنَمُ عَلَى صَاحِبِهَا عَلَى خَيْرِ
مَا كَانَتْ إِذَا لَمْ يُعْطِ فِيهَا حَقَّهَا تَطَؤُهُ بِأَظْلَافِهَا
وَتَنْطَحُهُ بِقُرُونِهَا وَقَالَ وَمِنْ حَقِّهَا أَنْ تُحْلَبَ عَلَى الْمَاءِ
قَالَ وَلاَ يَأْتِي أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِشَاةٍ يَحْمِلُهَا عَلَى رَقَبَتِهِ لَهَا
يُعَارٌ فَيَقُولُ يَا مُحَمَّدُ فَأَقُولُ لاَ أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ بَلَّغْتُ
وَلاَ يَأْتِي بِبَعِيرٍ يَحْمِلُهُ عَلَى رَقَبَتِهِ لَهُ رُغَاءٌ فَيَقُولُ يَا مُحَمَّدُ
فَأَقُولُ لاَ أَمْلِكُ لَكَ مِنْ اللَّهِ شَيْئًا قَدْ بَلَّغْتُ
Dari Abu Zanad bahawasanya Abdurrahman bin Hurmuz A'raj
memeberitahu kepadanya , ia mendengan Abu Hurairah r.a. berkata
Nabi s.a.w. bersabda :
"Unta ini akan datang pada orang yang memilikinya yakni pada hari kiamat
dan unta tadi yang tidak dikeluarkan zakat dalam keadaan sebaik-baiknya.
Jadi sekalipun waktu didunia kurus dan jelek tetapi diakhirat diubah
menjadi gemuk danbaik. Oleh sebab haknya tidak dipenuhi lalu sebagai
siksaannya ialah bahawa orang yang tidak mengeluarkan zakat wajibnya akan
dipijak-pijak oleh unta tadi dengan kuku-kuku yang ada dikakinya
dan demikian pula halnya dengan kambing, kambing-kambing itu akan
datang kepada orang yang memilikinya dalam keadaan yang baik,
apabila sewaktu di dunia tidak diberikan haknya yakni zakat
yang wajib. Pemiliknya akan dipijak-pijak dengan kuku-kuku
kakinya dan ditanduk dengan tanduknya
Nabi s.a.w. meneruskan sabdanya :
"Di antara haknya binatang-binatang tersebut ialah supaya diperah susunya di dekat air"
(maksudnya ialah agar susunya itu dapat diberikan kepada kaum fakir miskin, sebab
ditempat-tempat air itu mereka jadikan tempat berkumpul dan memang
begitulah keadaannya)
Nabi s.a.w. bersabda lagi:
"Pada hari kiamat nanti, janganlah hendaknya ada seorangpun di antara kamu
semua dari golongan kaum muslimin yang datang kepada ku dengan
memikul kambing dilehernya lalau kambing itu terus menerus meraung
(mengembik keras-keras) kemudian berkata kepadaku :
"Hai Muhammad" (dengan tujuan meminto pertolongan kepadaku sebagai Nabi)
Aku pun berkata :
"tiada sesuatu kuasaan sedikitpun yang kupunyai untuk memberikan pertolongan
kepadamu. Aku benar-benar telah menyampaikan akan ada peristiwa ini
kepada sesiapa pun jua. Begitulah juga janganlah ada di antara kamu semua
yang datang dengan memikul unta dilekernya, lalu unta itu terus menerus maraung,
kemudian berkata kepadaku: "Hai Muhammad". Aku menjawab :
"tidak sesuatu kekuasaan sedikitpun yang ku punyai untuk memberikan
pertolongan kepadamu. Aku telah benar-benar menyampaikan akan
peristiwa ini kepada sesiapapun juag
Hadis sahih riwayat Bukhari


Rahasia-Kekuatan-Zikir_zpssdjhxzpq.png
 
Back
Top
Log in Register