BTC USD 84,710.3 Gold USD 4,178.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Berbuka menurut pertimbangan


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ
سَأَلَ حَمْزَةُ بْنُ عَمْرٍو الْأَسْلَمِيُّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَنْ الصِّيَامِ فِي السَّفَرِ فَقَالَ إِنْ شِئْتَ فَصُمْ وَإِنْ شِئْتَ فَأَفْطِرْ

Dari Aisyah r.a. katanya :
"Hamzah bin 'Amru Al Islami r.a. menanyakan kepada Rasulullah s.a.w.
mengenai puasa dalam perjalanan. Beliau menjawab :
"Kalau engkau mau puasalah dan kalau engkau mau engkau boleh berbuka"
Hadith sahih riwayat Muslim


chervil-5-25-029_zpsqq7v4elv.jpg
 
perintah puasa


عَنْ سَلَمَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ
بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
رَجُلًا مِنْ أَسْلَمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَأَمَرَهُ أَنْ يُؤَذِّنَ فِي النَّاسِ
مَنْ كَانَ لَمْ يَصُمْ فَلْيَصُمْ وَمَنْ كَانَ أَكَلَ فَلْيُتِمَّ صِيَامَهُ إِلَى اللَّيْلِ

Dari Salamah bin Akwa' r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. mengutuskan seorang lelaki dari suku Aslam
di hari 'Asyura. Beliau memerintahkan supaya diberitahu kepada
orang banyak : "Siapa yang belum puasa (dihari itu) hendaklah dia berpuasa
dan siapa yang telah makan, hendaklah dia berpuasa juga sampai malam!
Hadith sahih riwayat Muslim


chinese-herbal-remedies-770033_zpsmybjzdqa.jpg
 
dilarang puasa di hari raya


عَن عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ

Dari Abu Hurairah r.a. (menceritakannya)
"Bahwa Rasulullah s.a.w. melarang puasa pada dua hari ,iaitu
hari Raya Adh ha (sepuluh Zulhijjah) dan dan hari raya Fitri (satu syawal)
Hadith sahih riwayat Muslim


chithirappala_zpsp3g0z3yk.jpg
 
wali menggantikan puasa simati


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ

Dari 'Aisyah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa yang meninggal dunia, sedang dia berhutang (ketinggalan) puasa
boleh walinya berpuasa menggantikannya."
Hadith sahih riwayat Muslim


HERBSbackg_zps0g4radkx.jpg
 
membayar hutang puasa ibu


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍرَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ امْرَأَةً أَتَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَتْ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ
فَقَالَ أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَيْهَا دَيْنٌ أَكُنْتِ تَقْضِينَهُ
قَالَتْ نَعَمْ قَالَ فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ بِالْقَضَاءِ

Dari Ibnu Abbas r.a. (menceritakan):
"Bahawa seorang perempuan datang kepada Rasulullah s.a.w. mengatakan
"Bahawa ibu saya telah meninggal dunia sedang dia berhutang puasa
satu bulan." Nabi bertanya :
"Bagaimana pendapat engkau kalau dia berhutang, apakah engkau akan membayarnya?"
perempuan itu menjawab : "Ya!".
Nabi bersabda :
"Maka hutang kepada Allah lebih patut dibayar."
Hadith sahih riwayat Muslim


herbs-larger-pic_zps1kejzafd.jpg
 
menggantikan puasa ibu


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
بَيْنَا أَنَا جَالِسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِذْ أَتَتْهُ امْرَأَةٌ فَقَالَتْ إِنِّي تَصَدَّقْتُ عَلَى أُمِّي بِجَارِيَةٍ وَإِنَّهَا مَاتَتْ
قَالَ فَقَالَ وَجَبَ أَجْرُكِ وَرَدَّهَا عَلَيْكِ الْمِيرَاثُ
قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ كَانَ عَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ أَفَأَصُومُ عَنْهَا
قَالَ صُومِي عَنْهَا قَالَتْ إِنَّهَا لَمْ تَحُجَّ قَطُّ أَفَأَحُجُّ عَنْهَا قَالَ حُجِّي عَنْهَا

Dari Abdullah bin Buraidah r.a. katanya :
"Ketika saya duduk dekat Rasulullah s.a.w. datang seorang perempuan dan mengatakan
"Sesungguhnya saya telah menyedekahkan seorang hamba sahaya perempuan
kepada ibu saya dan dia meninggal"
Nabi menjawab :
"Engkau pasti beroleh pahala (kerana bersedekah) dan hamba sahaya itu
kembali kepada engkau sebagai puasa"
perempuan itu berkata : Ya Rasulullah ! Sesungguhnya ibu saya berhutang
puasa sebulan, apakah saya akan puasa menggantikannya?"
Nabi s.a.w. menjawab : Puasalah engkau menggantikannya !"
Permpuan itu berkata : "Sesungguhnya ibu saya itu belum naik haji,
agak sekalipun, apakah saya boleh naik haji menggantikannya?"
Nabi menjawab : Naik hajilah engkau menggantikannya !"
Hadith sahih riwayat Muslim


pitcher_plant_close_full_zpstllbcwog.jpg
 
orang puasa peroleh dua kegembiraan


عَنْ أَبَا هُرَيْرَةَرَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ
فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ
فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ
فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ
فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ
وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Allah 'Azza Wajallah berfirman :
"Setiap amal anak Adam adalah untuknya, selain dari puasa
kerana puasa itu untuk Aku (istimewa) dan Aku akan memberikan pahalanya
Puasa itu perisai (penjaga diri). Sebab itu, di hari salah seorang kamu berpuasa
janganlah kamu bercakap kotor dan janganlah berbicara keras tak keruan
Kalau ada seseorang yang memakinya atau hendak membunuhnya,
hendaklah dia mengucapkan : "Sesungguhnya saya orang puasa."
Demi Tuhan yang diri Muhammad di tanganNya, sesungguhnya
busuk bau mulut orang yang puasa kebih harum di sisi Allah
dari bau kasturi, di hari kiamat.orang berpuasa memperoleh dua
kegembiraan yang dirasakannya : Ketika berbuka, dia gembira
kerana berbuka dan apabila menemui Tuhannya ( di akhirat)
dia gembira kerana (pahala) puasanya."
Hadith sahih riwayat Muslim


Sea%20buckthorn_berries_zpsrhakromk.jpg
 
ULANGAN.
malaysia cuma 52% muslim.

Dr. ZAKIR NAIK:
Dear all Muslim Brothers
and Friends, Please;

1. Don't write GOD
Please Write always
"Allah"
Because there is no
description of GOD in the
HOLY QURAN.

2. Don't say "Mosque"
Always say "Masjid"
Because
Islamic Organization
has found that Mosque
means, Mosquitoes.

3. Don't write "Mecca"
write always correctly
"Makkah"
Because
Mecca means House of
Wines.

4. Don't write "Mohd"
write always completely
"Muhammad"
Because
Mohd means
The dog with big mouth.

If you have package,
Please forward it to
our Muslim
Friends.
الرجاء ارسالها الى اصدقائك المسلمين

Muslim population:
1. Afghanistan 100%
2. Albania 75%
3. Algeria 99%
4. Angola 25%
5. Argentina 2%
6. Australia 2.09%
7. Azerbaijan 93%
8. Bahrain 100%
9. Bangladesh 85%
10. Bhutan 5%
11. Brazil 0.6%
12. Burma 10%
13. Canada 1.48%
14. Central african rep 55%
15. China 11%
16. Egypt 94%
17. Ethiopia 65%
18. Fiji 11%
19. France 7%
20. Georgia 11%
21. Germany 3.4%
22. Greece 1.5%
23. Guinea 95%
24. Guyana 15%
25. Hongkong 1%
26. India 14%
27. Indonesia 95%
28. Iran 99%
29. Iraq 97%
30. Israel 14%
31. Italy 1%
32. Japan 1%
33. Jordan 95%
34. Kenya 30%
35. Kuwait 89%
36. Lebanon 70%
37. Libya 100%
38. Maldives 100%
39. Malaysia 52%
40. Mauritius 19.5%
41. Mayotte 99%
42. Nigeria 75%
43. Oman 100%
44. Pakistan 97%
45. Phillipines 14%
46. Qatar 100%
47. Romania 20%
48. Russia 18%
49. Saudi Arabia 100%
50. Singapore 17%
51. Somalia 100%
52. Sri Lanka 9%
53. Sudan 85%
54. Syria 90%
55. Tajikistan 85%
56. Tanzania 65%
57. Thailand 14%
58. Tunisia 98%
59. Turkey 99.8%
60. UAE 96%
61. UK 2.5%
62. USA 3.75%
63. Uzbekistan 88%
 
info yang berguna..tingkatkan kualiti umat islam..
 
puasa peroleh dua pahala istimewa


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ
قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ
وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ
وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Setiap amal anak Adam dilipatgandakan (pahalanya)
satu kebaikan (diberi pahala) sepuluh kali lipat sampai tujuh ratus kali lipat
Allah Azzawajalla berfirman :
"Itu selain puasa kerana puasa itu untuk Aku (istimewa)
dan Aku yang memberikan pahalanya,
orang yang puasa itu meninggalkan syahwatnya (keingginannya)
keranaKu, orang yang berpuasa memperoleh dua kegembiraan
kegembiraan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhannya (di akhirat)
Sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa
lebih harum disisi Allah dari bau kasturi."
Hadis sahih riwayat Muslim


084413LlI_zpsdf37itsn.jpg
 
Back
Top
Log in Register