BTC USD 83,898.0 Gold USD 4,134.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

syaitan lari mendengar azan


عَنِ أَبِى هُرَيْرَةَ حَدَّ ثَهُمْ
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
إِذَا نُودِى بالاذَانِ أَدْ بَرَالشَّطَانُ لَهُ ضُرَطٌ
حَتَّى لا يَسْمَعَ الاذَانَ فَاِذَا قُضِىَ الاذَانُ أَقْبَلَ
فَاِذَا ثُوبَ بِهَا أَدْبَرَ فَاِذَ قُضِىَ الْتَثْوِيْبُ
أَقْبَلَ يَخطُرُ بَيْنَ المَرْءِ وَنفْسِهِ
يَقُوْلُ اذْكُرْ كَذَااذْكُرْ كَذَا لِمَالَمْ
يَكُنْ يَذْكُرُ حَتَّى يَظَلَّ الرَّجُلُ
إنْ يَدْرِى كُمْ صَلَّى فَاِذَا لَمْ يَدْرِ أَحَدُكُمْ
كَمْ صَلَّى فَليَسْجُدْ سَجْدَ تَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya ;
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : Apabila orang azan syaitan itu lari
sambil terkentut-kentut sampai ia tak mendengar suara azan itu;
setelah azan selesai , syaitan itu kembali pula,
dan lari lagi takala ia mendengar suara iqamat,
kemudian ia kembali lagi, dan ketika itu terlintaslah
dalam hati orang yang sembahyang berlbagai soal
kerana syaitan itu membisikan kepadanya,
ingatlah ini, ingatlah itu tentang soal-soal yang
tidak pernah diingatnya sebelum sembahyang,
sehingga orang itu ragu berapa rakaat yang telah sudah.
Sabda Rasulullah s.a.w. pula ;
"Apabila di antara kamu ragu berapa rakaa yang
telah sudah, hendaklah ia sujud dua kali sambil duduk."
Hadis sahih riwayat Muslim


Sweetbay_Magnolia_Magnolia_virginiana_Flower_Closeup_2242px_zpssqzu7hdf.jpg
 
syaitan kencing di telinga manusia


عَنْ عَبْدِ اللهِ قَالَ ذِكْرَ
عِنْدَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
رَجُلٌ نَامَ لَيْلَةَ حَتَّى أَصْبَحَ
قَالَ ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَنُ فِى أَذُنَيْهِ


Dari Abdullah r.a. katanya :
"Diberitahu kepada Rasulullah s.a.w. seorang lelaki yang tidur sepanjang malam
sampai pagi; sabdanya " orang itu telah dikencing syaitan pada telinganya"
Hadis sahih riwayat Muslim


wilhelmina-tenney-rainbow-shower-tree-makawao-maui-flowering-trees-of-hawaii-sharon-mau_zpstrw3s6pk.jpg
 
mengikat syaitan di tengkuk


عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
يَبْلُغُ بِهِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَعْقِدُ الشَّيْطَنُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدٍكُمْ ثَلاثَ
عُقَدٍ إِذَانَامَ بِكُلِّ عُقْدَةٍ يَضْرِبُ عَلَيْكَ لَيْلا طَوِيْلا
فَاِذَا استَيْقَظَ فَذَكَرَ اللهَ نْحَلَّتْ عُقْدَةٌ
وَاِذَا تَوَضَّا انْحَلَّتْ عَنْهُ عُقْدَتَانِ
فَاِذَا صَلَّى انْحَلَّتْ الْعُقَدُ فَأَصْبَحَ نَشِيْطًا طَيِّبَ الْنَّفْسِ
وَالا أَصْبَحَ خَبِيْثَ الْنَّفْسِ كَسْلانَ


Dari Abu Hurairah r.a katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Mengikat syaitan pada tengkuk salah seorang kamu tiga ikatan
apabila ia tidur dengan semua ikatan itu,
nescaya ia akan tidur sepanjang malam.
Maka apabila ia terbangun lalu membaca zikir,
terurailah satu ikatan,
dan apabila ia berwudhu' terurailah dua ikatan
dan apabila ia sembahyang terurailah ikatan-ikatan itu,
dan jadilah ia pada pagi itu seorang yang segar dan lapang hati
sebaliknya jika tidak zikir, berwudhu' dan solat,
ia bangun pada pagi harinya kusut dan pemalas
Hadis sahih riwayat Muslim


171206VhU_zpsichuuvzj.jpg
 
Syaitan menangis kerna enggan sujud



عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِذَ قَرَأَ ابْنُ أَدَمَ السَّجْدَةَ فَسَجَدَ اعْتَزَلَ الشَّيْطَانُ يَبْكِى
يَقُولُ يَاوَيْلَهُ وَفِى رِوَايَةِ أَبِى كُرَيْبٍ
يَاوَيْلِى أُمِرَ ابْنُ اَدَمَ بِاسُّجُودِ فَسَجَدَ
فَلَهُ الْجَنَّةُ وَأُمِرتُ بِالسُّجُردِ فَأَبَيْتُ فَلِى اَلنَّارُ


Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila orang membaca ayat yang menyebutkan kalimat sujud lalu ia sujud
larilah syaitan sambil menangis dan berkata : "Celakalah aku"
Manusia diperintahkan sujud lalu sujud maka syurgalah baginya
dan aku diperintahkan bersujud tetapi aku tolak
maka nerakalah bagiku."
Hadis sahih riwayat Muslim

Nature___Seasons___Spring_Flowering_tree_by_the_lake_078672__zps5phrv7ji.jpg
 
syaitan tidur dalam lubang hidung manusia

عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِذَا اسْتَيْقَظَ اَحَدُ كُنْ مِنْ مَنَا مِهِ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاثَ مَرَّاتٍ
فَاِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيْتُ عَلىَ خَيَا شِيْمِهِ


Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila diantara kamu bangun dari tidur
hendaklah ia memasukkan air kehidung tiga kali kerana syaitan tidur dalam lubang hidungnya."
Hadis sahih riwayat Muslim


peach_zpslxm7qzv8.jpg
 
Last edited:
kebersihan


عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الطُّهُورُ شَطْرُ الْإِيمَانِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ
تَمْلَآَنِ أَوْ تَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَالصَّلَاةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ
وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ
كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَايِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا


Dari Abu Malik Ash'ary katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kebersihan itu sebahagian daripada iman,
membaca Alhamdulillah memenuhi timbangan
membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi
Solat itu cahaya. Sedekah itu bukti.
Kesabaran itu adalah pencahayaan
Quran itu akan menjadi kawan (hujjah) atau lawanmu
Manusia itu bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya"
Hadis sahih riwayat Muslim


Frangipani_flowers_zpsumqakovn.jpg
 
wajib bersuci sebelum solat


عَنْ ابْنَ عُمَرَ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ لاَ تُقْبَلُ صَلَاةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلاَ صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ

Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Kudengar Rasulullah s.a.w. bersabda, katanya :
"Tidak diterima solat tanpa bersuci
begitu juga sedekah yang dapat dari korupsi"
Hadis sahih riwayat Muslim


mimosa-flower1_zpsddslfjue.jpg
 
umur baligh


عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ عَرَضَنِى
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
يَومَ أُحُدٍ فَى القِتَالِ وَاَنَا اِبْنُ اَرْبَعَ
عَشْرَةَ سَنَةً فَلَمْ يُجْزِنِى وَعَرَضَنِى
يَوْمَ الْخَندَقِ وَأَنَا اِبْنُ خَمْسَ عَشْرَةَ
سَنَةً فأجَازَنِى


Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. memeriksa saya ketika perang Uhud
untuk ikut berperang, sedang saya berumur baru empat belas tahun
Beliau tidak mengizinkan saya untuk ikut beperang. Dan
beliau memeriksa saya ketika perang Khandak, saya telah
berumur lima belas tahun. Beliau mengizinkan saya
untuk ikut berperang
Hadis sahih riwayat Muslim


Euphorbia%201_zpsfmuu64qo.jpg
 
menyuci najis berat


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
طُهُوْرُ اِنَاءِ أَحَدِكُم اِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ
أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولا هُنَّ بِالتُّرَاب


Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Membersihkan bekas yang dijilat anjing, adalah dengan membasuhnya
tujuh kali dan basuhan pertama dicampur dengan tanah".
Hadis sahih riwayat Muslim


Pink%20flowers%20of%20the%20tree_zpsrkv2arns.jpg
 
basuh tangan apabila bangun tidur


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ ان النبى صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم
قَالَ اِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُم مِنْ نَوْمِهِ فَلا يَغْمِس يَدَهُ
فِى الا نَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلاثًا فَاِنَّهُ لايَدْرِى
أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ


Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila bangun dari tidur, maka janganlah ia menyelamkan tangannya
ke dalam air sebelum di basuh lebih dahulu tiga kali, kerana waktu
tidur dia tak tahu dimana tangannya terletak".
Hadis sahih riwayat Muslim


Flowering-tree-pink-white_-_West_Virginia_-_ForestWander_zpswszu13o6.jpg
 
Back
Top
Log in Register