عَنِ أَبِى هُرَيْرَةَ حَدَّ ثَهُمْ
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
إِذَا نُودِى بالاذَانِ أَدْ بَرَالشَّطَانُ لَهُ ضُرَطٌ
حَتَّى لا يَسْمَعَ الاذَانَ فَاِذَا قُضِىَ الاذَانُ أَقْبَلَ
فَاِذَا ثُوبَ بِهَا أَدْبَرَ فَاِذَ قُضِىَ الْتَثْوِيْبُ
أَقْبَلَ يَخطُرُ بَيْنَ المَرْءِ وَنفْسِهِ
يَقُوْلُ اذْكُرْ كَذَااذْكُرْ كَذَا لِمَالَمْ
يَكُنْ يَذْكُرُ حَتَّى يَظَلَّ الرَّجُلُ
إنْ يَدْرِى كُمْ صَلَّى فَاِذَا لَمْ يَدْرِ أَحَدُكُمْ
كَمْ صَلَّى فَليَسْجُدْ سَجْدَ تَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya ;
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : Apabila orang azan syaitan itu lari
sambil terkentut-kentut sampai ia tak mendengar suara azan itu;
setelah azan selesai , syaitan itu kembali pula,
dan lari lagi takala ia mendengar suara iqamat,
kemudian ia kembali lagi, dan ketika itu terlintaslah
dalam hati orang yang sembahyang berlbagai soal
kerana syaitan itu membisikan kepadanya,
ingatlah ini, ingatlah itu tentang soal-soal yang
tidak pernah diingatnya sebelum sembahyang,
sehingga orang itu ragu berapa rakaat yang telah sudah.
Sabda Rasulullah s.a.w. pula ;
"Apabila di antara kamu ragu berapa rakaa yang
telah sudah, hendaklah ia sujud dua kali sambil duduk."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abdullah r.a. katanya :
"Diberitahu kepada Rasulullah s.a.w. seorang lelaki yang tidur sepanjang malam
sampai pagi; sabdanya " orang itu telah dikencing syaitan pada telinganya"
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Mengikat syaitan pada tengkuk salah seorang kamu tiga ikatan
apabila ia tidur dengan semua ikatan itu,
nescaya ia akan tidur sepanjang malam.
Maka apabila ia terbangun lalu membaca zikir,
terurailah satu ikatan,
dan apabila ia berwudhu' terurailah dua ikatan
dan apabila ia sembahyang terurailah ikatan-ikatan itu,
dan jadilah ia pada pagi itu seorang yang segar dan lapang hati
sebaliknya jika tidak zikir, berwudhu' dan solat,
ia bangun pada pagi harinya kusut dan pemalas
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila orang membaca ayat yang menyebutkan kalimat sujud lalu ia sujud
larilah syaitan sambil menangis dan berkata : "Celakalah aku"
Manusia diperintahkan sujud lalu sujud maka syurgalah baginya
dan aku diperintahkan bersujud tetapi aku tolak
maka nerakalah bagiku."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila diantara kamu bangun dari tidur
hendaklah ia memasukkan air kehidung tiga kali kerana syaitan tidur dalam lubang hidungnya."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Malik Ash'ary katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kebersihan itu sebahagian daripada iman,
membaca Alhamdulillah memenuhi timbangan
membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi
Solat itu cahaya. Sedekah itu bukti.
Kesabaran itu adalah pencahayaan
Quran itu akan menjadi kawan (hujjah) atau lawanmu
Manusia itu bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya"
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Kudengar Rasulullah s.a.w. bersabda, katanya :
"Tidak diterima solat tanpa bersuci
begitu juga sedekah yang dapat dari korupsi"
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. memeriksa saya ketika perang Uhud
untuk ikut berperang, sedang saya berumur baru empat belas tahun
Beliau tidak mengizinkan saya untuk ikut beperang. Dan
beliau memeriksa saya ketika perang Khandak, saya telah
berumur lima belas tahun. Beliau mengizinkan saya
untuk ikut berperang
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Membersihkan bekas yang dijilat anjing, adalah dengan membasuhnya
tujuh kali dan basuhan pertama dicampur dengan tanah".
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila bangun dari tidur, maka janganlah ia menyelamkan tangannya
ke dalam air sebelum di basuh lebih dahulu tiga kali, kerana waktu
tidur dia tak tahu dimana tangannya terletak".
Hadis sahih riwayat Muslim