BTC USD 83,429.4 Gold USD 4,172.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

jangan buang air di air yang tenang


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ لَا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ مِنْهُ


Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah :
"Janganlah buang air kecil salah seorang diantara kamu
pada air yang tenang, kemudian ia mandi di dalamnya
Hadis sahih riwayat Muslim


IMG_0191_zpsnhpavswk.jpg
 
beristinjak dengan air


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
دَخَلَ حَائِطًا وَتَبِعَهُ غُلَامٌ مَعَهُ مِيضَأَةٌ هُوَ أَصْغَرُنَا
فَوَضَعَهَا عِنْدَ سِدْرَةٍ فَقَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
حَاجَتَهُ فَخَرَجَ عَلَيْنَا وَقَدْ اسْتَنْجَى بِالْمَاءِ


Dari Anas bin Malik, katanya :
"Rasulullah s.a.w. masuk kedalam sebidang kebun, dikuti oleh seorang anak
yang membawa kendi dan anak itu terkecil di antara kami dan kendinya itu
diletakkan di bawah pohon sidir, setelah Beliau s.a.w. menyelesaikan hajatnya (buang air)
maka keluarkan ia kepada kami dan beliau beristinja' dengan air'.
Hadis sahih riwayat Muslim


Elwha-River-log-Scott-Church-copy_zpsuzdogw8t.jpg
 
wudhu' menghapus dosa


عَنْ عُثْمَانَ عَفَّانَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ جَرَجَتْ
خَطَايَاهُ مِنْ جَسَدِهِ حَتَّى تَخْرُجُ مِنْ تَحْتِ أَظْفَارِهِ


Dari Usman bin Affan r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Barang siapa yang berwudhu' dengan sempurna, keluarlah dosa-dosanya
dari seluruh tubuhnya bahkan dari bawah kuku-kukunya."
Hadis sahih riwayat Muslim


Beautiful%20River%20Wallpaper%201_zpswva2rsxn.png
 
Berwudhu' menyapu ubun-ubun


عَنِ الْمُغِيْرَةِ بِنْ شُعْبَةَ
أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم
تَوَضَّأَ فَمَسَحَ بِنَا صِيَتِهِ وَعَلَى الْعِمَامَةِ وَالْخُفَّيْنِ

Dari Mughirah bin Syu'bah,
bahawa Nabi s.a.w. berwudhu' lalu mengusap ubun-ubunnya,
dan atas serban dan dua kasut
Hadis sahih riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim


beautiful-landscape-mountain-river-hd-desktop-wallpaper_zpsylpum2ch.jpg
 
membasuh tumit


وَعَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم
رَأَى رَجُلا لَمْ يَغْسِلْ عَقِبَهُ
فَقَالَ وَيْلٌ لِلأعْقَابِ مِنَ النَّارِ


Dari Abu Hurairah r.a.
Bahawa Nabi s.a.w. pernah melihat seorang lelaki tidak
membasuh tumitnya , lalu baginda bersabda :
"Celaka bagi tumit-tumit dari neraka".
Hadis sahih riwayat Muslim


Butler%20Raceway%20035_zps0fl7s6jj.jpg
 
debu sebagai alat tayamum


وَعَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
فُضِّلْنَا عَلَى النَّاسِ بِثَلاثٍ
جُعِلَتْ صُفُوْفُنَا كَصُفُوفِ الْمَلائِكَةِ
وَجُعِلَتْ لَنَا الأرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدًا
وَجُعِلَتْ تُرْبَتُهَالَنَا طَهُورًا إِذَا لَمْ نَجِدِ الْمَاءَ


Dan dari Hudzaifah r.a. berkata :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kami diberi kelebihan atas manusia tiga perkara
iaitu dijadikan saf-saf kami seperti saf-saf Malaikat,
dijadikan bagi kami bumi seluruhnya sebagai tempat sembahyang
dan dijadikan kami debunya sebagai pensuci apabila kami
tiada mendapatkan air
Hadis sahih riwayat Muslim


morning-dew_zps6zcp0gfj.jpg
 
wudhu' selepas makan


عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
الوُضُوءُ مِمَّا مَسَّتِ النَّارُ
D

ari Zaid bin Tsabit r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda "
"Berwudhu'lah kerana (memakan) apa yang disinggung api"
Hadis sahih riwayat Muslim


dew_zps2tbvcaqi.jpg
 
berwudhu' dengan sempurna


عَنْ حُمْرَانَ مَوْلَى عُثْمَانَ قَالَ
تَوَضَّأَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ يَوْمًا وُضُوءًا حَسَنًا
ثُمَّ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ قَالَ مَنْ تَوَضَّأَ هَكَذَا
ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ لَا يَنْهَزُهُ إِلَّا الصَّلَاةُ غُفِرَ لَهُ مَا خَلَا مِنْ ذَنْبِهِ


Dari Humran katanya :
"Pada suatu hari 'Usman bi 'Affan r.a. memperlihatkan cara mengambi wudhu'
yang sempurna kemudian ia berkata :
"Kulihat Rasulullah s.a.w. mengambil wudhu' yang sempurna dan berkata :
"Barang siapa yang berwudhu' seperti ini kemudian pergi ke masjid
sengaja akan sembahyang, nescaya Allah akan mengampuni
dosa-dosanya yang telah lalu"
Hadis sahih riwayat Muslim


dew-drops_zpsg5ndapjo.jpg
 
sempurnakan wudhu' dengan basuh tumit


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ
رَجَعْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِمَاءٍ بِالطَّرِيقِ تَعَجَّلَ قَوْمٌ عِنْدَ الْعَصْرِ
فَتَوَضَّئُوا وَهُمْ عِجَالٌ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ
وَأَعْقَابُهُمْ تَلُوحُ لَمْ يَمَسَّهَا الْمَاءُ
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ

Dari Abdullahbin Amr, katanya :
"Sekembali kami bersama Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah
di tengah jalan pada suatu tempat yang berair, rombongan kami yang berjalan
dimuka segera mengambil wudhu' dengan tergesa-gesa kerana
waktu 'Asar hampir luput.
Takala kami sampat kepada rombongan itu, kelihatan tumit-tumit meraka
tidak kena air, melihat itu Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan
ancaman api; sempurnakan wudhu'mu!."
Hadis sahih riwayat Muslim


dew%20drop_zpsty0ve42c.jpeg
 
membersih gigi sebelum solat


عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ لَو لا أَنْ أَشُقُّ عَلَى المُؤْ مِنِيْنَ حَدِيثِ زُهَيْرٍ عَلَى أُمَّتِى
لأ مَرْتُهُمْ بِالسُّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاةٍ


Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Jikalau tidaklah akan memberatkan umatku,
nescaya ku suruh mereka membersihkan gigi tiap-tiap akan solat".
Hadis sahih riwayat Muslim


a-morning-dew-wallpaper_zpswcnr0ntj.jpg
 
Back
Top
Log in Register