Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah :
"Janganlah buang air kecil salah seorang diantara kamu
pada air yang tenang, kemudian ia mandi di dalamnya
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Anas bin Malik, katanya :
"Rasulullah s.a.w. masuk kedalam sebidang kebun, dikuti oleh seorang anak
yang membawa kendi dan anak itu terkecil di antara kami dan kendinya itu
diletakkan di bawah pohon sidir, setelah Beliau s.a.w. menyelesaikan hajatnya (buang air)
maka keluarkan ia kepada kami dan beliau beristinja' dengan air'.
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Usman bin Affan r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Barang siapa yang berwudhu' dengan sempurna, keluarlah dosa-dosanya
dari seluruh tubuhnya bahkan dari bawah kuku-kukunya."
Hadis sahih riwayat Muslim
عَنِ الْمُغِيْرَةِ بِنْ شُعْبَةَ
أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم
تَوَضَّأَ فَمَسَحَ بِنَا صِيَتِهِ وَعَلَى الْعِمَامَةِ وَالْخُفَّيْنِ
Dari Mughirah bin Syu'bah,
bahawa Nabi s.a.w. berwudhu' lalu mengusap ubun-ubunnya,
dan atas serban dan dua kasut
Hadis sahih riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim
وَعَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم
رَأَى رَجُلا لَمْ يَغْسِلْ عَقِبَهُ
فَقَالَ وَيْلٌ لِلأعْقَابِ مِنَ النَّارِ
Dari Abu Hurairah r.a.
Bahawa Nabi s.a.w. pernah melihat seorang lelaki tidak
membasuh tumitnya , lalu baginda bersabda :
"Celaka bagi tumit-tumit dari neraka".
Hadis sahih riwayat Muslim
وَعَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
فُضِّلْنَا عَلَى النَّاسِ بِثَلاثٍ
جُعِلَتْ صُفُوْفُنَا كَصُفُوفِ الْمَلائِكَةِ
وَجُعِلَتْ لَنَا الأرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدًا
وَجُعِلَتْ تُرْبَتُهَالَنَا طَهُورًا إِذَا لَمْ نَجِدِ الْمَاءَ
Dan dari Hudzaifah r.a. berkata :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kami diberi kelebihan atas manusia tiga perkara
iaitu dijadikan saf-saf kami seperti saf-saf Malaikat,
dijadikan bagi kami bumi seluruhnya sebagai tempat sembahyang
dan dijadikan kami debunya sebagai pensuci apabila kami
tiada mendapatkan air
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Humran katanya :
"Pada suatu hari 'Usman bi 'Affan r.a. memperlihatkan cara mengambi wudhu'
yang sempurna kemudian ia berkata :
"Kulihat Rasulullah s.a.w. mengambil wudhu' yang sempurna dan berkata :
"Barang siapa yang berwudhu' seperti ini kemudian pergi ke masjid
sengaja akan sembahyang, nescaya Allah akan mengampuni
dosa-dosanya yang telah lalu"
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abdullahbin Amr, katanya :
"Sekembali kami bersama Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah
di tengah jalan pada suatu tempat yang berair, rombongan kami yang berjalan
dimuka segera mengambil wudhu' dengan tergesa-gesa kerana
waktu 'Asar hampir luput.
Takala kami sampat kepada rombongan itu, kelihatan tumit-tumit meraka
tidak kena air, melihat itu Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan
ancaman api; sempurnakan wudhu'mu!."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Jikalau tidaklah akan memberatkan umatku,
nescaya ku suruh mereka membersihkan gigi tiap-tiap akan solat".
Hadis sahih riwayat Muslim