Dari Nu'man b. Basir, katanya : " Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya seringan-ringan azab penghuni neraka pada hari kiamat
ialah seorang lelaki yang diletakkan dua buah bara di bawah tapak kakinya,
yang mendidih otaknya kerana kepanasan".
Dari Abu Hurairah ra. katanya : "Takala turun ayat :
"Peringatkanlah sanak familimu yang karib"
Rasulullah s.a.w. pun memanggil kaum Quraisy.
Setelah mereka hadir, beliau pun mengarahkan pidatonya
terhadap umum dan terhadap sanak saudara sendiri.
Kata Rasulullah s.a.w. : "Hai banu Ka'ab bin Luai!
Selamatkanlah dirimu masing-masing dari api neraka.
Hai banu Murrah bin Ka'ab,
Selamatkanlah dirimu masing-masing dari api neraka.
Hai banu Abdu Syam,
Selamatkanlah dirimu masing-masing dari api neraka.
Hai banu Abdulmuttalib,
Selamatkanlah dirimu masing-masing dari api neraka.
Hai Fatimah,
Selamatkanlah dirimu masing-masing dari api neraka.
Kerana saya tidak dapat berbuat apa-apa dihadapan
Allah kelak, cuma tuan-tuan itu memang keluarga saya,
jadi saya hanya dapat berhubung baik kepadamu
selama di dunia ini sahaja.
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Jabir bin Abdullah katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Sesungguhnya Allah Taala
akan mengeluarkan suatu kaum dari dalam api neraka
semata-mata kerana syafaat".
Hadis sahih riwayat Muslim
عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم
صِنْفَانِ مِنْ اَهْلِ النَّارِ لَمْ اَرَ هُمَا بَعْدُ
نِسَاءٌ كَا مِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مَا ئِلاتٌ
مُمِيلاتٌ عَلَى رُءُوسِهِنَّ اَمْثَالَ اَسْتِمَةِ
البُخْتِ المَائِلَةِ لا يَرَيْنَ الْجَنَّةَ
وَلا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَرِجَالُ مَعَهُمْ سِيَاطٌ
كَاذْنَابِ الْبَقِرِ يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ
Abu Hurairah r.a. berkata :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Dua golongan orang dari isi neraka
yang belum pernah aku melihatnya. Perempuan yang berpakaian
dan telanjang (menutup setengahnya mendedahkah setengahnya atau
memakai pakaian yang nipis). Maka tidak mentaati Allah dan
menarik orang lain kepada keadaannya (sepertinya). Atas kepala
bagai bunggol unta khurasan. Mereka tidak akan melihat syurga
dan tidak mencium baunya. Orang lelaki yang memegang cambuk
seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya
Hadis sahih riwayat Ahmad dan Muslim
Dari Abu Musa r.a. katanya
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Nanti akan datang kepada manusia satu masa di mana seseorang
di masa itu berjalan keliling membawa sedekah berupa emas
tetapi dia tidak memperoleh seseorang yang akan menerima
sedekahnya. Dan kelihatan pula seorang lelaki diiringkan oleh
empat puluh perempuan yang hendak berlindung kepadanya
disebabkan sedikitnya jumlah lelaki dan banyaknya perempuan ".
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya
bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kiamat tidak akan terjadi sebelum harta bertumpuk-tumpuk
dan melimpah-ruah, sehingga seorang yang berangkat membawa
zakat hartanya, tetapi tiada diperolehi seseorang pun
akan menerima zakatnya itu dan sebelum tanah Arab
menjadi ladang (kebun) dan mempunyai sungai-sungai".
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Pada suatu ketika Nabi s.a.w. berada dalam suatu majlis
berkata kepada suatu kaum, lalu datang seorang Arab
yakni orang Arab pedalaman kemudian berkata :
"Bilakah datangnya saat hari kiamat?"
Rasulullah s.a.w. terus berbicara. Sebahagian kaum ada
yang berkata : "Beliau sebenarnya mendengar apa yang
dikatakan orang itu, namun beliau tidak senang
perihal apa yang ditanyakan" Sebahagian lagi berkata
"Mungkin sebaliknya, jadi beliau memang tidak mendengar"
Setelah selesai bicara beliau dengankaum tersebut lalu
bertanya "Dimana kulihat tadi orang yang bertanya mengenai
hari kimat". Orang Arab itu berkata : "Ya akulah itu,
ya Rasulullah ". Beliau kemudian bersabda : "
"Apabila amanah itu dipersia-siakan tunggulah saat itu.
Orang Arab itu berkata lagi : "Bagaimanakah amanah itu dipersiakan?"
Sabda Nabi s.a.w : "Apabila sesuatu perkaran itu diserahkan
kepada yang bukan ahli, maka nantikan sajalah saat tibanya."
Hadis sahih riwayat Bukhari
Dari Hafsah bin 'Ashim dari Abu Hurairah dari
Nabi s.a.w. sabdanya :
"Ada tujuh golongan yang Allah akan memberikan naungan
kepada mereka iaitu di dalam naungan Allah sendiri,
yakni pada hari yang tiada suatu naunganpun melainkan
naunganNya sahaja. Tujuh golongan itu ialah imam atau pemimpin
yang adil, pemuda yang sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya
orang yang hatinya tergantung pada masjid,
dua orang yang saling cinta-mencintai kerana mengharap
keredhaan Allah semata-mata. kedua berjumpa dan berpisah kerana
Allah. Orang lelaki yang diinginkan wanita dan mengajaknya
membuat maksiat lalu berkata :
"Sesungguhnya aku takut Allah"
orang yang memberikan sedekah yang menyembunyikannya
sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak mengetahui apa
yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan orang yang
mengingati Allah dalam keadaan sunyi , kemudian
mengalir air mata dari kedua-dua matanya.
Hadis sahih riwayat Bukhari
وَعَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم
قَالَ لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَا هَى النَّاسُ فِى الْمَسَاجِدِ
Dari Anas r.a. , sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda
"Tidak akan terjadi kiamat, sehingga manusia pada
berlebih-lebihan dalam (membangun) masjid".
Hadis riwayat Imam yang lima kecuali Termizi
Dari Abu Musa Al Ansari r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al Quran seumpama utrujjah
(sejenis buah seperti limau) baunya harum dan rasanya enak.
dan perumpamaan seorang Mukmin yang tidak membaca Al Quran seumpama kurma
tidak berbau tetapi rasanya manis
Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Quran seumpama kemangi
baunya wangi tetapi rasanya pahit
dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Quran seumpama handzalah
(sejenis tumbuhan liar yang menjalar) tidak berbau dan rasanya pahit
Hadis sahih riwayat Muslim