BTC USD 84,504.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

peluang terakhir memasuki syurga


عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِى عَنِ النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
يَدْ خُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ وَاَهْلُ النَّارِ
النَّارَ. ثُمَّ يَقُولُ اللهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا
مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ
مِنْ اِيمَانٍ . فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا وَقَدِ اسْوَدُّوا
فَيُلْقَونَ فِى جَانِبِ السَّيْلِ أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا
تَخْرُجُ مَفْرَاءَ مَلْتَوِيَةً. قَالَ وَهَبٌ
حَدَّثَنَا عَمْرُو الْحَيَاةِ وَقَالَ خَرْدَلٍ مِنْ خَيْرٍ


Dari Abu Sa'id Al Khudri dari Nabi s.a.w. bersabda :
"Para ahli syurga memasuki syurga dan para ahli neraka memasuki neraka
pada hari kiamat nanti, kemudian Allah Taala berfirman kepada malaikat
penjaga neraka : "Keluarkanlah setiap orang yang di dalam hatinya ada
keimanan sekalipun seberat timbangan sebiji sawi. Orang tersebut
lalu dikeluarkan dari neraka, sedangkan tubuh mereka sudah menjadi
hitam pekat semuanya. Mereka lalu dimasukkan dalam sungai yang
dinamakan Nahrul Haya (Sungai Kehidupan) . Malik iaitu salah seorang
yang meriwayatkan hadith ini merasa ragu-ragu nama sungai itu,
apakah haya atau hayat. Orang orang tadi kemudian tumbuh
menjadi manusia semula, sebagaimana tumbuh biji yang ada disamping
air bah. Adakah kamu tidak mengetahui bahawa biji itu tumbuhnya
dengan mengeluarkan batang yang berwarna kuning dan akhirnya berdaun
rendang? Wuhai berkata : "Kami diberitahu oleh Amr bahawa nama sungai itu
hayat dan ia berkata pula dengan perubahan khardal min khair
(maknanya sebiji sawi dari kebaikan, bukan sebiji sawi keimanan)
Hadis sahih riwayat Bukhari


beach-nature-ocean-pretty-sand-summer-Favim.com-83294_zps9cixp8ru.jpg
 
roh syuhada di syurga


عَنْ مَسْرُوقٍ قَالَ سَأَلْنَا عَبْدَاللهِ عَنْ هَذِهِ
الَايَةِ وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِيْنَ قُتِلُوا فِى سَبِيلِ اللهِ
أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يَرْزُقُونَ
قَالَ أَمَا إِنَّا قَدْ سَأَلَنَا عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ اَروَاحُهُمْ
فِى جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ لَهَا قَنَا دِيلُ مُعَلَّقَةٌ
بِالْعَرْشِ تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ
ثُمَّ تأْوِى إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيْلِ فَا طَّلَعَ إِلَيْهِمْ
رَبُّهُمْ إِطِّلاعَةً
فَقَالَ هَلْ تَشْتَهُوْنَ شَيْئًا قَالُوا أَيَّ شَئٍ نَشْتَهِى
وَنَحْنُ نَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شِئْنَا
فَفَعَلَ ذَلِكَ بِهِمْ ثَلاثَ نَرَّاتٍ فَلَمَّا رَأَوْا اَنَّهُمْ
لَنْ يُتْرَكُوا مِنْ أَنْ يُسْأَلُوا قَالُوا يَارَبِّ
نُرِيْدُ أَنْ تَرُدَّا رَوْاحَنَا فِى أَجْسَادِ نَا حَتَّى
نُقْتَلَ فِى سَبِيْلِكَ مَرَّةً أُخْرَى فَلَمَّا رَأْىَ
أَنْ لَيْسَ لَهُمْ حَاجَةٌ تُرِكُوا


Dari Masruq r.a katanya :
"Kami menanyakan kepada Abdullah tentang pengertian ayat :
"Janganlah kamu anggap orang yang mati terbunuh di jalan Allah
itu orang mati, Tidak! Mereka orang-orang hidup, memperoleh
rezeki daripada Tuhannya" (Al Imran : 169)".
Abdullah menjawab : "Sesungguhnya kami telah menyanyakan hal itu
(kepada Nabi) dan beliau menjawab : "Arwah mereka dalam
rongga burung yang berwarna hinau mempunai kandil (lampu)
yang tergantung di 'Arasy. Bebas pergi ke mana-mana dalam
syurga, sekehendaknya. Kemudian dia pulang kembali ke dalam
kandil tadi. Tuhan memerhatikan mereka pada satu kali dan
menanyakan : Adakah lagi sesuatu yang kamu inginkan?"
Mereka menjawab : "Apakah lagi yang kami inginkan,
sedangkan kami bebas pergi ke mana-mana dalam syurga
sekehendak hati kami. Tuhan mengulang pertanyaan sampai
tiga kali. Setelah mereka mengetahui, bahawa mereka tetap
akan ditanyai, mereka menjawab : "Ya Tuhan! Kami ingin supaya
Engkau kembalikan arwah kami ke dalam tubuh kami, sampai
kami mati terbunuh sekali lagi dalam perjuangan di jalan
Engkau." Setelah Tuhan mengetahui, bahawa mereka tiada
mempunyai keinginan lain, mereka tidak ditanyai lagi."
Hadis sahih riwayat Muslim


suluban-beach_zpsscizqfai.jpg
 
keluasan syurga


عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُودٍ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
اِنِّى لأَ عْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا
وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولا ً الْجَنَّةَ رَجُلٌ
يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ حَبْوًا
فَيَقُولُو اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى
لَهُ اذْهَبْ فَادْ خُلِ الْجَنَّةَ فَيَأْتِيَهَا فَيُخَيَّلُ اِلَيْهِ
أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْ تُهَا
مَلأَى فَيَقُولُ اللهُ تَبَرَكَ وَتَعَالَى
لَهُ اذْهَبْ فَادْ خُلِ الْجَنَّةَ قَالَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ اِلَيْهِ
أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتَهَا مَلأَى
فَيَقُولُ اللهُ لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ
فَاِنَّ لَكَ مِثلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا
أَوْ اِنَّ لَكَ عَشَرَةَ أَمْثَالِ الدُّنْيَا
قَالَ فَيَقُولُ أَتَسْخَرُبِى أَوْ أَتَضْحَكَ بِى
وَأَنْتَ المَلِكُ قَالَ لَقَدْ رَايْتُ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّم
ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ قَالَ فَكَانَ
يَقُولُ ذَاكَ أَدْ نَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةُ


Dari Abdullah bin Mas'ud katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. "Saya mengetahui orang yang
terakhir keluar dari neraka dan terakhir pula masuk syurga;
iaitu seorang lelaki keluar dari api neraka sambil merangkak.
Berkata Allah taala kepadanya : "Pergilah engkau masuk syurga!"
Orang itu pun segera berjalan . Sesampai di sana, dilihatnya
seolah-olah syurga telah penuh sesak, orang itu lalu kembali
kepada Allah dan berkata : "Ya Allah! hamba dapati syura itu
telah penuh sesak, " Berkata Allah taala kepadanya : "Pergilah
masuk! Orang itu kembali lagi dan dilihatnya masih dalam
keadaan penuh, kerana itu ia kembali pula mengadap Allah
menceritakan keadaannya seperti semula. Demikianlah orang
itu pulang pergi berkali-kali antara syurga dan hadrat Allah
taala. Akhirnya berkata Allah kepadanya : "Masuklah engkau
ke dalam syurga ini! Untukmu seluas dunia dan ditambah
sepuluh kali seluas dunia ". Maka orang itu berkata : "Apakah
Tuhanku mengejek hamba? Sedang Tuhanku Raja". Kata
Abdullah : "Saya lihat Rasulullah s.a.w. tertawa sehingga nampak
gerahamnya seraya berkata : "Orang itulah yang dikatakan
penghuni syurga yang terendah darjatnya".
Hadis sahih riwayat Muslim


sunrise-over-beach-in-cancun_zpsqkqq6kjs.jpg
 
yakin syahadah


عَنْ عُثْمَانَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لا اله الا الله دَخَلَ الْجَنَّةَ


Dari Usman bin Affan r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Barang siapa mati dalam keadaan yakin kepada tujuan syahadat itu
akan masuk syurgalah dia."
Hadis sahih riwayat Muslim


moraine-lake_zpsglzdatej.jpg
 
Amal yang mendekati syurga


عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ
قُلْتُ يَا نَبِىَّ اللهِ أَىُّ الاعْمَالِ أَقْرَبُ اِلَى الْجَنَّةِ
قَالَ الصَّلاةُ عَلَى مَوَا قِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا نَبِى اللهِ
قَالَ بِرُّ الْوَالِدَيْنَ قُلْتُ وَمَاذَ يَا نَبِى اللهِ
قَالَ الجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللهِ


Dari Abdullah bin Mas'ud katanya :
"Kataku kepada Rasulullah s.a.w. " "Pekerjaan mana yang terdekat dengan syurga?"
Jawab beliau : "Sembahyang pada waktu-waktunya. " Dan apa lagi?
jawab beliau "Berbakti kepada ibu bapa" Dan apa lagi?
"Jawab beliau : "Berjihad pada jalan Allah."
Hadis sahih riwayat Muslim


lake_tahoe__1800x1200_zpsqx3tmxrp.jpg
 
Melihat Allah di Syurga


عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ شَقِيقٍ قَالَ قُلتُ لابِى ذَرٍّ لَورَأَيْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لَسَأَلْتُهُ فَقَالَ عَنْ أَىِّ شَىْ ءٍ كُنْتَ تَسْأَلُهُ
قَالَ كُنْتُ أَسْأَلُهُ هَلْ رَأَيْتَ رَبَّكَ
قَالَ أَبُو ذَرِّ قَدْ سَأَلْتُ فَقَالَ رَأَيْتُ نُورًا


Dari Abdullah bin Syaqiq katanya :
"Kataku kepada Abu Zar: Sekiranya saya berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.
nescaya kutanyakan kepada beliau satu soalan
Kata Abu Zar : "Tentang apa?" Jawab Abdullah :
"Apakah tuan melihat Allah? Kata Abu Zar:
"Itu pernah kutanyakan kepada beliau
dan dijawabnya : "Saya hanya melihat cahaya (nur)."
Hadis sahih riwayat Muslim


Deep_Lake_-_Riding_Mountain_National_Park_zpsuppt47k7.jpg
 
Nabi pertama masuk syurga


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَنَا أَوَّلَ شَفِيعٍ فِى الْجَنَّةِ لَمْ يُصَدُّقْ نَبِىٌّ مِنَ الانْبِيَا
مَا صُدِّقْتُ وَاِنَّ مِنَ الانْبِيَاءِ نَبِيًّا
مَا يُصَدِّقُهُ مِنْ أُمَّتِهِ اِلا رَجُلٌ وَاحِدٌ


Dari Anas bin Malik r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sayalah pembela yang pertama di dalam syurga kelak,
tidak ada seorang Nabi pun yang mendapat pengikut sebanyak pengikutku,
bahkah ada Nabi yang hanya mempunyai seorang perngikut saja."
Hadis sahih riwayat Muslim


waterfall-2_zpswis9haqy.jpg
 
penghasut terhalang ke syurga


عَنْ حُذَيْفَةَ أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَجُلا يُنِمُّ الْحَدِيْثَ
فَقَالَ حُذَيْفَةُ سَمِعْت رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ


Dari Huzaifah r.a. katanya :
"Ia mendengar khabar, bahawa ada seorang membuat fitnah (provokasi) dengan perkataan
maka berkatalah ia : "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tukang (provokasi-hasut) tidak akan masuk syurga."
Hadis sahih riwayat Muslim


waterfall-wallpaper_zpsqdvozbyq.jpg
 
menyekutukan Allah tidak masuk syurga


عَنْ جَابِرٍ قَالَ أَتَى النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولُ اللهِ مَا الْمُوجِبَتَانِ

فَقَالَ مَنْ مَاتَ لا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
وَمَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئَا دَخَلَ النَّارَ


Dari Jabir r.a. katanya :
"Seseorang datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata :
"Ya Rasulullah , apakah dua perkara yang positif

Jawab baginda (s.a.w.) :
"Barang siapa yang mati tidak menyekutukan Allah pasti masuk syurga
dan barang siapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah pasti masuk neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim


Waterfalls%20Wallpaper%200102_zpsrfjvtwcd.jpg
 
membanyakkan sujud ke syurga


عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ لَعْبٍ الا سْلَمِىُّ قَالَ لُنْتُ أَبِيْتُ مَعَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَأَتَيْتُهُ بِوَضُوئِهِ وَحَاجَتِهِ فَقَالَ لِى سَلْ
فَقُلْتُ أَسْأَلُلَ مُرَافَقَتَلَ فِى الْجَنَّةِ قَالَ أَوْ غَيْرَ ذَلِلَ قُلْتُ
هُوَذَالَ قَالَ فَأَعِنِّى عَلَى نَفْسِلَ بِلَثْرَةِ السُّجُودِ


Dari Rabi'ah bin Ka'ab katanya :
"Ketika saya bermalam dengan Rasulullah s.a.w.
saya bawa kepada beliau air untuk berwudhu' dan hajatnya yang lain,
waktu itu beliau berkata :
"Ajukanlah permintaanmu kepadaku!"
Saya berkata : "Saya meminta supaya menemani tuan dalam syurga."
Lalu beliau menjawab : "Atau yang lain?"
Saya jawab : "Itu sajalah"
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
"Jika demikian tolonglah aku untuk dirimu sendiri
dengan memperbanyakkan sujud!"
Hadis sahih riwayat Muslim


forest-trees-waterfall_zpslsyvq9mz.jpg
 
Back
Top
Log in Register