BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUN Johor Lulus RUU Lima ADUN Lantikan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
468faf8c4e6ff24d162a6ea19abfe60e69fc3f9264089

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini meluluskan rang undang-undang (RUU) pindaan enakmen negeri yang membolehkan pelantikan hingga lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan bagi memperkukuh fungsi dan komposisi Dewan.

RUU pindaan terhadap Bahagian Kedua Fasal 15 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1985 itu diluluskan selepas mendapat sokongan lebih dua per tiga apabila 40 ADUN menyokong, manakala 16 lagi menentang.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata cadangan pelantikan berkenaan bertujuan memperluas penyertaan dalam DUN, khususnya melibatkan individu yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam memperkukuh kualiti perbahasan serta proses penggubalan dasar.

“Dalam konteks pembangunan Johor yang pesat serta kemasukan pelaburan baharu, keperluan untuk memperluas sumber pandangan dalam DUN semakin penting.

"Kerajaan yakin cadangan ini dapat memperkukuh keupayaan DUN dalam menilai dan membuat keputusan secara lebih menyeluruh dan berkesan,” katanya ketika membentangkan RUU berkenaan di Bangunan Sultan Ismail di sini, hari ini.

Beliau berkata pindaan ini dilaksanakan mengikut proses perundangan yang sewajarnya, termasuk keperluan sokongan tidak kurang daripada dua per tiga ADUN.

“Pendekatan ini juga telah dilaksanakan dan diamalkan di beberapa negeri lain seperti Pahang, Terengganu dan Sabah,” kata Onn Hafiz yang juga ADUN Machap.

Onn Hafiz berkata RUU itu antara lain mengandungi fasal kedua yang bertujuan membolehkan pelantikan ADUN yang dilantik tidak melebihi lima orang.

Katanya, dengan pindaan ini, jumlah ADUN boleh meningkat daripada 56 kepada 61 orang.

 
Back
Top
Log in Register