BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUN Melaka Lulus Pindaan Perlembagaan Negeri Berkaitan ADUN Lantikan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

DUN Melaka Lulus Pindaan Perlembagaan Negeri Berkaitan ADUN Lantikan​

817a39efcaac82ba0dfffdf00d45353368104b1194a1f

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan pindaan terhadap Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka bagi membolehkan pelantikan tidak melebihi tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.

Rang undang-undang berkenaan diluluskan selepas memperoleh sokongan 23 ADUN, manakala lima lagi tidak menyokong.

Terdahulu, usul bagi pindaan itu dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan disokong Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin.

Ab Rauf berkata pindaan itu antaranya bagi memperkukuh representasi dalam DUN melibatkan individu yang mempunyai kepakaran, pengalaman dalam bidang tertentu seperti perundangan, ekonomi, pendidikan, pelaburan, teknologi dan pembangunan negeri untuk menyumbang secara langsung pada proses penggubalan dasar serta perbahasan.

“Kedua, memberikan ruang kepada kumpulan yang kurang diwakili. Pelantikan ini boleh meningkatkan penyertaan golongan wanita, belia, Orang Asli, komuniti minoriti, profesional, wakil sektor industri yang mungkin tidak berjaya melalui proses pilihan raya, tetapi mampu menyumbang kepada pembangunan negeri,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register