Kenapa kita selalu mencintai orang yang tak cintakan kita? Bukan ker orang yang kita cintai itu sebenarnya orang yang paling sukar untuk di cintai... Malah lebih baik bersama dengan orang yang kita cintai walaupun untuk satu hari daripada kita bersama dengan orang yang tidak kita cintai untuk seumur hidup kita...
Jangan sama kan zaman ibu bapa kita dengan zaman kita.. tapi ada juga yang bahagia hidup dengan orang yang tak mereka cintai.. Bukan kah cinta boleh datang kemudian yang penting penerimaan kita... tapi kalau orang yang cintakan kita itu hanya menyakitkan hati kita tak guna juga sekali pun dia banyak harta dan mampu berikan apa saja yang kita mahukan...
Walaupun ada kalanya aku seakan pasrah dan redha dengan apa yang harus aku lalui tapi dalam hati aku masih lagi mengharapkan sesuatu yang aku mahukan... tiap kali aku mahu mulakan hubungan baru pasti aku fikir banyak benda yang harus aku pertimbangkan dan pekara-pekara itu yang buatkan aku tidak berani mulakan hubungan baru dengan sesiapa...
Aku cuba beri peluang pada diri sendiri dan peluang pada mereka tapi aku jugak yang akan tanggung semua kesakitan yang di tinggalkan... Cukup lah aku di hina hanya kerana aku terlalu jujur... adakah aku silap kerana terlalu jujur? salahkan aku kerana terlalu jujur hingga tidak fikirkan risiko yang akan berlako untuk jangka masa panjang...
Bukankan dalam sesebuah hubungan harus ada kejujuran... Pada aku ada baiknya aku sendiri yang kata kan nya daripada orang lain yang bagi tahu...
Untuk apa mencintai seseorang kalau sampai buang keluarga, lebih baik aku buang dia dari aku buang keluarga aku... dan aku pernah katakan pada seseorang yang aku sanggup buang suami aku asalkan aku tidak kehilanga keluarga aku...
Kata-kata aku itu di balas dengan maki hamun.. orang sebegitu kah yang akan melindungi aku? sungguh aku tidak perlukan lelaki seperti itu dalam kehidupan aku...
Ada jugak lelaki yang pandang perempuan sebelah mata.. dan mereka tidak boleh menerima hakikat yang perempuan tu lebih hebat daripada dia...
Aku pun tak rasa yang aku hebat, pada aku setiap orang punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing jadi tak perlu lah nak iri hati... bila kita mahukan sama macam orang lain sudah tentu kita akan berusaha... kalau kita dengki dan busuk hati apa yang kita dapat tetap jugak kita tak dapat apa yang kita mahukan?
Aku cuma mahukan seorang lelaki yang boleh terima aku seadanya seperti mana aku terima dia seadanya.. akan bersama aku dalam keadaan susah dan senang... tidak minta aku tinggalkan keluarga aku... yang akan sayang aku sampai bila²... Yang UTAMA akan bawa aku ke jalan yang benar...