BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Warga Emas Cedera, Kenderaan Dihempap Pokok Tumbang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Dua Warga Emas Cedera, Kenderaan Dihempap Pokok Tumbang​

e9eed2dc10666fd9fce321556bd362d56a7f388f5c9ab

b77d68b614ea2c3af23d32d271f606c369da06f48c078

Pix: JBPM Pahang

Dua warga emas cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki dihempap pokok tumbang di Jalan Chamang, Bentong petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai insiden itu pada kira-kira 2 petang sebelum polis bersama-sama agensi penyelamat bergegas ke lokasi.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan warga tempatan, masing-masing seorang lelaki berusia 62 tahun dan wanita berusia 60 tahun.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menghampiri atau berada di kawasan yang mempunyai pokok tumbang atau berisiko bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Segera laporkan sebarang kejadian pokok tumbang atau ternampak pokok yang berbahaya kepada pihak berkuasa atau agensi berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register