BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua suspek bom serah diri

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Lakaran suspek utama kejadian letupan bom di Kuil Erawan, Thailand.​

BANGKOK 20 Ogos – Dua lelaki yang dikenal pasti polis sebagai suspek serangan bom di Kuil Erawan di tengah kota Bangkok, Isnin lalu menyerah diri kepada polis Thailand, malam ini.

Menurut laporan agensi penyiaran BBC, kedua-dua suspek itu yang lakaran wajah mereka disiarkan polis sebelum ini mengaku sebagai pemandu pelancong dan wajah mereka dirakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum letupan berlaku.

Kedua-dua lelaki terbabit masing-masing memakai baju-T berwarna merah dan putih ketika kejadian kelihatan sedang berdiri, manakala suspek utama yang memakai baju kuning, pula sedang duduk setelah meletakkan beg di sebelahnya.

Polis sedang menjalankan siasatan terhadap kedua suspek tersebut dan percaya sekurang-kurangnya 10 orang terbabit dalam letupan bom di kuil itu.

Suspek utama dikenal pasti sebagai warga asing, namun belum ada kepastian dia terlibat dengan mana-mana kumpulan militan antarabangsa.

CNN mendakwa kedua-dua lelaki itu bertindak melindungi suspek utama yang merancang untuk meletakan bahan letupan di kuil tersebut.

Seorang pemadu teksi yang dipercayai membawa suspek keluar dari Kuil Erawan berkata, suspek masih berada di tempat kejadian selepas meletupkan bom berkenaan.

Jelas pemandu tersebut, suspek tidak bergerak ke mana-mana selepas melakukan pengeboman itu, malah menggunakan bahasa asing ketika berbual dalam telefon bimbitnya. – UPI
 
Back
Top
Log in Register