BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80
61e8cf4b8eb4c88edbe9cc3bef8a99e969084170b0e86

12559edaa69dc29a1ecd3739a4817eac69084165b45b9

Kredit: Balai Polis Sungai Golok

Suspek kes tembak maut seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, Narathiwat pada Sabtu lepas, yang juga bekas pemain import pasukan bola sepak Kelantan, telah menyerah diri kepada polis Thailand semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya dimaklumkan secara tidak rasmi tentang penyerahan diri suspek berumur 31 tahun itu kepada pihak berkuasa Thailand.

“Berkaitan suspek, setakat ini saya diberitahu secara tidak rasmi bahawa suspek terbabit telah menyerah diri kepada polis Thailand semalam.

“Kita masih menunggu laporan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung penangkapan suspek tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kes terbabit akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak berkuasa Thailand memandangkan kejadian berlaku di wilayah itu dan suspek merupakan warganegara Thailand.

"Berdasarkan siasatan awal, suspek pernah beraksi sebagai penjaga gol pasukan Kelantan FC pada 2019 selepas mewakili skuad Piala Presiden Kelantan pada 2014," katanya.

Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat.

 
Back
Top
Log in Register