BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua rentung kereta terbakar selepas bertembung lori

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
Dua rentung kereta terbakar selepas bertembung lori


FB_IMG_1673688920730.jpg
FB_IMG_1673688923391.jpg

TEMERLOH, PAHANG – Dua maut dalam keadaan mengerikan apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori di Jalan Temerloh-Kuala Krau berhampiran Kampung Datuk Sharif Ahmad di sini hari.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu menyaksikan kedua-dua mangsa r3ntung selepas tersepit di dalam kereta.

Bagaimanapun identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenalpasti setakat ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Pahang), Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 10.48 pagi mendapati sebuah lori dan kereta terbakar akibat kemalangan.

“Terdapat dua mangsa tersepit dan terbakar dengan anggaran kemusnahan kereta adalah 100 peratus dan kepala lori musnah 80 peratus.

“Pasukan bomba memadamkan kebakaran menggunakan air pam tangki jentera dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Sumber: KOSMO! ONLINE
Video/Gambar: Media Sosial/Orang Awam
 

Identiti seorang daripada dua mangsa rentung dikenal pasti​

14 Januari 2023 08:05pm

2057688.jpg


Keadaan kemalangan libatkan sebuah kereta dan lori di KM28 Jalan Jerantut-Temerloh, Kuala Krau berhampiran jalan utama Kampung Dato Sharif Ahmad pada Sabtu.


TEMERLOH - Seorang lelaki berusia 35 tahun dikenal pasti antara dua mangsa rentung kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di Kilometer (KM) 28 Jalan Jerantut-Temerloh, Kuala Krau berhampiran jalan utama Kampung Dato Sharif Ahmad pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff memberitahu, mangsa adalah penumpang kereta terlibat iaitu jenis Proton Persona dan berasal dari Kampung Pinang, Mukim Sok, Sik dekat Kedah.

Menurutnya, identiti pemandu kereta yang juga seorang lelaki dewasa belum dikenal pasti setakat ini.

"Kemalangan melibatkan kereta tersebut dan sebuah lori 10 tan dengan muatan tanah.

"Berdasarkan siasatan, kemalangan berlaku semasa kereta yang datang dari arah Temerloh menghala Jerantut memotong garisan berkembar dan dirempuh lori terbabit dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan tersebut, kereta itu diseret lebih kira-kira 20 hingga 30 meter dan terbakar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ujar beliau, pemandu dan penumpang kereta gagal diselamatkan akibat tersepit dalam kenderaan tersebut menyebabkan kedua-duanya rentung dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa pertama yang dikeluarkan pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krau adalah dari kedudukan penumpang hadapan dan kad pengenalan mangsa ditemui," jelas Mohd Azhar.

Tambah beliau, pihak polis masih lagi meneruskan siasatan untuk mendapatkan maklumat terperinci dan meminta orang ramai mempunyai maklumat kejadian menghubungi talian 09-2716086 yang boleh dihubungi 24 jam.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di talian BOLEH 019-2343449 bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," kata beliau.


 
Back
Top
Log in Register