BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Dua lelaki ditahan menyamar sebagai pegawai penguat kuasa, minta rm1,500

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201



MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAI PENGUAT KUASA, MINTA RM1,500 — DUA LELAKI DITAHAN

PENAMPANG: Dua lelaki tempatan berusia 19 dan 28 tahun ditahan selepas disyaki menyamar sebagai pegawai agensi penguat kuasa serta cuba memeras wang RM1,500 daripada seorang lelaki warga asing di Kampung Koidupan Sugud, Penampang.

Dalam kejadian kira-kira 12.10 tengah malam, kedua-dua suspek yang memakai pakaian menyerupai seragam penguat kuasa didakwa meminta mangsa menunjukkan dokumen pengenalan diri sebelum mendakwa mangsa melakukan kesalahan kerana gagal mengemukakan pasport.

Suspek kemudian dipercayai meminta bayaran RM1,500 bagi kononnya menyelesaikan kesalahan tersebut.

Polis turut merampas beberapa helai pakaian menyerupai seragam agensi penguat kuasa yang dipercayai digunakan suspek.
Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan berkaitan pemerasan serta penyamaran sebagai penjawat awam.

⚠️ Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada terhadap individu yang mengaku sebagai pegawai penguat kuasa. Jika berdepan perlakuan mencurigakan, segera laporkan kepada pihak polis.

#Penampang #LahadDatuUpdate
 
Back
Top
Log in Register