BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Minta RM60 lepas gilap, naik angin bila ditolak, lelaki ditahan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
09574af564b3815523451f062f1ec21367695fd8737d4


Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki memecahkan cermin bahagian penumpang hadapan sebuah kereta jenis Perodua Bezza menggunakan batu selepas berlaku perselisihan berkaitan bayaran perkhidmatan penggilap kenderaan, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya menerima laporan kejadian khianat melibatkan kerosakan sebuah kenderaan di kawasan Gerbang Malam di sini itu pada 21 April lepas.

Beliau berkata siasatan mendapati kejadian berlaku pada 11.40 malam, Selasa lepas dengan rakaman kejadian telah tular di laman Facebook menerusi akaun "Iesya Toh".

"Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun pada 22 April kira-kira 1 pagi. Suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Muhammad Najib berkata kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dengan suspek telah direman dan akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap individu yang menawarkan perkhidmatan tanpa diminta di kawasan awam.

 
14215905723796765-392076.jpg

14215905723796765-392077.jpg

14215905723796765-392078.jpg

14215905723796765-392079.jpg


Minta RM60 lepas gilap, naik angin bila ditolak, lelaki ditahan

Ipoh: Tindakan seorang lelaki menggilap kenderaan tanpa kebenaran sebelum memaksa pemilik membayar 'khidmat' itu membawa padah apabila dia diberkas polis.

Dalam kejadian di kawasan Gerbang Malam, di sini, jam 11.40 malam Selasa lalu, suspek berusia 43 tahun dipercayai mendekati kenderaan dinaiki suami isteri sebelum mengelap lampu dan meminta bayaran RM60.


"Suspek kemudian bertindak agresif dengan memecahkan cermin bahagian penumpang hadapan sebuah Perodua Bezza menggunakan batu.

"Bertindak atas maklumat tular di media sosial, suspek yang juga warga tempatan ditahan jam 1 pagi Rabu lalu," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Menurutnya, suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

"Suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, esok," katanya.

Rakaman kejadian itu turut tular di media sosial memaparkan suspek secara tiba-tiba mendekati kenderaan mangsa sebelum bertindak agresif selepas tidak dilayan.

Artikel➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register