BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lelaki Bawa Dadah, Alatan Pecah Rumah Ditahan Selepas Dikejar Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
86b4c768c93cbbac92785ad280e4259069a008bdafa95

Kredit: Orang awam

Dua lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan unit kereta peronda polis (MPV) menggunakan sebuah kereta jenis Volkswagen Passat berwarna hitam, ditahan di Jalan Taman Bukit Indah, Ampang pada tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata kejadian pada 12.30 tengah malam itu berlaku apabila kenderaan suspek yang sedang bergerak menghala ke arah ibu negara, tidak berhenti bagi pemeriksaan selepas diminta berbuat demikian.

"Setelah berjaya ditahan selepas dikejar, siasatan awal pihak polis mendapati suspek melarikan diri daripada pemeriksaan kerana membawa dadah disyaki heroin dan syabu serta peralatan untuk pecah rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan penahanan itu, beliau berkata kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad, selepas permohonan dibenarkan di Mahkamah Majistret Ampang Jaya pagi tadi.

Khairul Anuar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi kira-kira 30 saat memaparkan kereta suspek yang sedang dipandu laju dan diekori rapat oleh MPV yang memasang bunyi siren.

 
Back
Top
Log in Register