BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

doktor VS guru mana kerja lg terbeban??

tikusms

Fun Poster
Messages
180
Joined
Dec 27, 2008
Messages
180
Reaction score
0
Points
10
saje je aku bukak thread nih nak tgk komen korang..kita ada baca lam paper ramai cikgu yg sakit jiwa kerana tekanan kerja dan kita juga ada baca kat paper2 yg doktor pun ada complaint jugak yg diorg tertekan dengan kerja ngan waktu kerja yg panjang dan gaji yg tidak setimpal dengan tekanan dan beban kerja yg byk..apa pendapat korang??
 
Rayuan doktor penat, tertekan dan mengantuk


KEMENTERIAN Kesihatan perlu mengkaji semula skim gaji dan elaun
pegawai perubatan kerajaan yang sekarang tidak setimpal dengan kerja
kami.
Kami para doktor bekerja tidak tentu masa, kami korbankan masa kami untuk bersama keluarga semata-mata demi merawat pesakit.
Lebih teruk lagi jika kami bertugas atas panggilan on, call,
kami akan bekerja lebih tiga puluh enam jam terus menerus tanpa henti - dan kami
terpaksa bekerja seperti itu untuk hampir 10 kali sebulan.
Bayangkan betapa penatnya anda jika terpaksa bekerja seperti itu. Lebih-lebih lagi sebagai housemen,
kami terpaksa bekerja 7 hari seminggu, datang kerja pukul 7 pagi setiap
hari dan balik kerja setelah selesai semua tugas di hospital.
Kebiasaannya hampir maghrib baru kami dapat balik. Itu pun kalau tidak menerima on, call.
Kalau kena on, call, kami akan bekerja terus menerus sehingga petang keesokan harinya.
Kami kepenatan. Balik rumah hanya untuk tidur. Keesokannya kami terpaksa datang kerja seperti biasa dan balik lewat petang lagi.
Kami terpaksa lalui semua ini setiap hari. Bayangkanlah betapa penat
dan tertekannya kami. Cuti pun bukan mudah diperoleh kerana kekurangan
doktor di hospital.
Sebab itulah ramai doktor pergi ke swasta. Keadaan kerja yang
memenatkan di hospital kerajaan ditambah dengan bilangan pesakit yang
semakin ramai dan bayaran yang tidak setimpal ialah faktor utama mereka
meninggalkan hospital kerajaan.
Kerajaan perlu kaji secara mendalam skim gaji, elaun dan kenaikan
pangkat para doktor. Perbaiki keadaan kerja kami keseluruhannya. Masa
kerja kami. Sistem syif seperti yang diguna pakai jururawat sepatutnya
dipertimbangkan secara mendalam.
Sistem ini dapat mengelakkan tugas on-call yang memenatkan. Pentadbiran hospital juga perlu diperbaiki kerana banyak yang tidak berfungsi dengan baik.
Banyak polisi hanya menguntungkan pihak pentadbir tetapi menekan kami.
Jadi tidak hairan ramai doktor lari ke swasta. Tidak perlu import
doktor luar, doktor kita sekarang sudah lebih daripada cukup, cuma
kebanyakannya di hospital swasta.
Baiki semua kelemahan ini, jika tidak, sampai bila pun doktor kerajaan tidak cukup.
Saya percaya orang ramai juga menyokong cadangan ini kerana mahukah
anda dirawat oleh doktor yang kepenatan, tertekan dan mengantuk?

DR. PENAT
copy from utusan online
 
BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.

HARAPAN yang tinggi terhadap keputusan peperiksaan pelajar turut memberi tekanan kepada golongan guru.

Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.

NOR ZURAIDA
 
ermm bg aku dua2 ader bebanan dan tanggungjawabnyer yg tersendiri...sebagai cikgu mereka ada tanggungjwb utk mendidik anak muda kita supaya jd org berguna pd masa hadapan..dan sebagai doktor plk mereka ada tanggungjwb utk merawat dan mengubati penyakit...tentang masa kerja yg lama tue aku rasa sebagai cikgu agak kurang sedikit berbanding doktor..doktor kdg2 terpaksa berjaga waktu mlm kalo ada kecemasan kt hospital...tp cikgu plk bebanan dia akan meningkat bila dpt anak murid yg degil x dgr cakap nie...anyway aku respect for both cikgu n doctor...tanpa dorang mcm2 perkara buruk boleh berlaku dan rasanya dunia nie bole pincang kalo xder dorang.
 
saya kasihankan guru ,kerja sampai tengah malam...malam semak buku pelajar..pagi mengajar...petang koku...ada guru yang tidak ada rehat tengahari...datang pagi dan balik petang kerana sekolah dua sesi...Kalaulah tidak ada cuti penggal sah memang ramai yang gila....itu pun kita pertikaikan cuti mereka...gaji pun langsung tak sepadan dengan kerja...sabarlah wahai guru2ku.....
 
saje je aku bukak thread nih nak tgk komen korang..kita ada baca lam paper ramai cikgu yg sakit jiwa kerana tekanan kerja dan kita juga ada baca kat paper2 yg doktor pun ada complaint jugak yg diorg tertekan dengan kerja ngan waktu kerja yg panjang dan gaji yg tidak setimpal dengan tekanan dan beban kerja yg byk..apa pendapat korang??

Bagi aku...jadi doktor bukan senang berbanding cekgu,,dpat 2.0 poiter pun bulih lepas utk KPLI ...cuma kena lulus interview
tapi 70% dpat cekgu kalu jenis background engineering/sains.

aku heran kadang2 cekgu duk pertikai kena buat ni buat tu,,dahlaa balik kul 2ptg , bukan sampai 8 jam mengajar,

Igat lagi masa kat matrik, nak jadi doktor ni kena tunjuk smua result,,dari pmr ke laa spm,,,dan pointer at least 4...hehe aku gagal dpat 4.00...

so keseluruhan doktor lagi penat tapi mungkin relaks mcm kawan kakak aku..rm 80k sbule,doktor pakar di Hospital ampang puteri.
 
tok rasa kedua-duanya terbeban.... doktor dan guru dibebankan dengan tugas2 perkeranian yang sangat banyak.... Gaji toksah citerlah.. tok pernah tengok SISTER pernah memarahi doktor.... manakala PARENT memarahi guru.... sebenarnya takde kerja yang tebeban...
 
Bagi aku...jadi doktor bukan senang berbanding cekgu,,dpat 2.0 poiter pun bulih lepas utk KPLI ...cuma kena lulus interview
tapi 70% dpat cekgu kalu jenis background engineering/sains.

aku heran kadang2 cekgu duk pertikai kena buat ni buat tu,,dahlaa balik kul 2ptg , bukan sampai 8 jam mengajar,

Igat lagi masa kat matrik, nak jadi doktor ni kena tunjuk smua result,,dari pmr ke laa spm,,,dan pointer at least 4...hehe aku gagal dpat 4.00...

so keseluruhan doktor lagi penat tapi mungkin relaks mcm kawan kakak aku..rm 80k sbule,doktor pakar di Hospital ampang puteri.

Persepsi bahawa guru balik pukul 2 petang itu yang telah tertanam diri rakyat malaysia sejak sekian lama...bagi saya yang terlalu ramai berkawan dengan guru,kenyataan itu 1000% tak tepat.Ye..balik pukul 2 petang kemudian 2.30-5.00 petang ko-kurikulum setiap hari.balik malam lepas maghrib/isyak semak buku sampai 11.30 malam...itulah rutin guru..Ada kawan saya sampai termuntah menyemak buku pelajar ting.5.Bayangkan penulisan 350 patah perkataan,2 karangan setiap seorang X 45 orang.Hari ini beri kerja esok pula kena pulangkan balik...Saya tetap mendoakan agar guru2 diberikan kekuatan,kesabaran dan keimanan untuk menghadapi cabaran dan kekangan semasa membentuk manusia menjadi insani.....Semoga guru2 yang saya sanjungi akan diberikan pahala yang seadanya...untuk yang ikhlas...walaupun gaji kecil tetapi janganlah goyah...
 
Persepsi bahawa guru balik pukul 2 petang itu yang telah tertanam diri rakyat malaysia sejak sekian lama...bagi saya yang terlalu ramai berkawan dengan guru,kenyataan itu 1000% tak tepat.Ye..balik pukul 2 petang kemudian 2.30-5.00 petang ko-kurikulum setiap hari.balik malam lepas maghrib/isyak semak buku sampai 11.30 malam...itulah rutin guru..Ada kawan saya sampai termuntah menyemak buku pelajar ting.5.Bayangkan penulisan 350 patah perkataan,2 karangan setiap seorang X 45 orang.Hari ini beri kerja esok pula kena pulangkan balik...Saya tetap mendoakan agar guru2 diberikan kekuatan,kesabaran dan keimanan untuk menghadapi cabaran dan kekangan semasa membentuk manusia menjadi insani.....Semoga guru2 yang saya sanjungi akan diberikan pahala yang seadanya...untuk yang ikhlas...walaupun gaji kecil tetapi janganlah goyah...

saya rasa guru bukannya mengajar from 8AM till 2pm straight kan.. lg pun koko bukan hari2 kan..cuma skali or dua kali sminggu je kan??lg pun cikgu rasanya tiap2 thn ada kelebihaan menteri pelajaran duk annouce..keliling saya ramai gak cikgu.. tp napok takder la sampai nak termuntah pun cam relax je diorg ptg siap bleh jenjalan ag.:D
 
yup...

kerajaan kena la amik tindakan... (nih duk pk celah mana lagi nak buat projek mega nak kenyangkan perut sendiri je)

bilangan professional makin bertambah2, tapi yg tak kerja bersepah2...

patut2nya dah taw populasi makin meningkat nie, tambah ler lagi bilangan cikgu, biar compatible ngn bilangan murid.

dan kurangkan frequency kelas yg perlu sorang cikgu tuh ngaja, bagi kelapangan sket pada depa so that buku2 bulih ditanda masa kerja, bkan bawak balik umah.

kalau cikgu SBP kerajaan blh buat camtuh, sekolah2 lain buat laa jugak.

pasal doktor, masalah juga timbul sbb bilangan doktor amatlah sedikit.

so, kerajaan pk2 kan ler cara cemana nak bagi doktor yg ada nie makin ramai. dan aku takde masalah utk terima pandangan supaya skim gaji doktor nie ditinggikan sket. :)
 
Back
Top
Log in Register