HAL MRM DENGAN DBKL
Aku mohon mencadang..
Disebabkan MRM itu badan atau kumpulan dakwah Islamiyah yang mana telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan tentang orang Islam boleh berdakwah secara terbuka tanpa apa-apa halangan. Maka ia jatuh di bawah 3R.
Sepatutnya kerajaan melalui menteri wilayah wajar menawarkan mereka tanah ganti kerana pengasasnya yang juga seorang yang berbangsa Cina telah membuat dakwaan yang MRM telah berada di tapak itu sejak sekian lama.
Hal ini boleh menyebab keharmonian kaum terjejas kerana MRM ini dianggotai oleh ramai kaum bukan Melayu. Ini juga termasuk di dalam 3R. Kerajaan sepatutnya menjaga sensitiviti kaum minoriti di Malaysia.
Diharap pihak kerajaan melalui menterinya mencarikan tanah kepada MRM untuk mereka bina pusat dakwah kepada bukan Islam mereka sebagaimana kenyataan DBKL yang menyokong usaha dakwah Islamiyah ini.
Kalau boleh, bagi tanah di IPD Dang Wangi tu, kerana dengar cerita masih ada ruang yang tidak dimanfaatkan dan mudah untuk dilokapkan mana-mana ekstrimis agama yang mengganggu usaha dakwah MRM nanti.
Betul tak?
Esok nak puasa dah, takyah gaduh-gaduhlah. Kasi je sekeping tanah yang digazetkan untuk aktiviti agama Islam. Kasi je dekat MRM. Tutup cerita. Kita "move on" ke isu kuil haram yang melambak di dalam KL ni.
Kan?
