BTC USD 83,357.6 Gold USD 4,105.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Doctrine Basic Structure

Lukman Sheriff​

14j ·

FAQ/ Soalan Lazim Bantahan Doktrin “Basic Structure”

1. Bukankah doktrin “basic structure” ini mengikut preseden sedia ada seperti yang didakwa oleh ketua hakim negara?
Jawapan: Ya cuma preseden ini adalah baharu sekitar 2018. Tetapi sebelum itu sudah wujud satu preseden lebih 60 tahun yang diputuskan oleh hakim2 Agung kita Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Suffian dan Tun Abdul Hamid yang menolak dan tidak menerimapakai doktrin “Basic Structure”

2. Apa yang kita mahu mahkamah buat?
Jawapan: Kita mahu mahkamah menolak pemakaian doktrin basic structure.

3. Bolehkah dan bagaimana penolakan ini dapat dilakukan oleh mahkamah?
Jawapan: Di mahkamah kini wujud dua preseden. Satu preseden kes2 mahkamah tertinggi lebih dari 60 tahun yang menolak doktrin ini. Antara hakim2 yang menolak “Basic Structure Doctrine” ini adalah bekas ketua hakim negara termasuk Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Suffian dan Tun Abdul Hamid. Satu lagi adalah preseden baru sekitar 2018 yang menggunapakai “Basic structure Doctrine” yang dicedok dari India. Apabila dua preseden wujud, mahkamah mempunyai budibicara mengikut kembali preseden yang sudah lebih 60 tahun dengan memberi alasan2 yang munasabah.

4. Apakah akan jadi sekiranya Mahkamah masih mempertahankan doktrin ini selepas bantahan dibuat?
Jawapan: Kita doakan bantahan kita didengari tetapi jika tidak diendahkan, kita tiada pilihan kecuali untuk menggubal undang2 menolak penerimapakaian doktrin ini.

5. Apakah dengan menolak “Basic Structure Doctrine” kita menolak perlembagaan mempunyai struktur asas seperti Islam, Raja, Kebebasan Asasi dsbg?
Jawapan: Tidak. Ini tidak bermakna perlembagaan kita tidak ada struktur asas. Yang ditolak adalah penentuan struktur asas perlembagaan yang ditentukan sepenuhnya oleh hakim2. Dan selepas ketentuan itu, ia tidak boleh dicabar dan ditukar oleh Parlimen. Kalau rakyat mahukan perlembagaan mempunyai struktur asas, kita boleh memasukkannya dengan nyata di dalam perlembagaan melalui pindaan perlembagaan oleh Parlimen. Selama ini mahkamah kita tiada masalah mentafsirkan perlembagaan mengikut peruntukan sedia ada tanpa perlu mentafsir struktur asas perlembagaan. Peruntukan sedia ada sudah cukup jelas.

6. Apakah kaitan “Basic Structure Doctrin” ini dengan kes Datuk Seri Najib?
Jawapan: Tiada kaitan. Doktrin ini tidak berbangkit dalam kes DSN dan tidak boleh mengubah apa2 keputusan di dalamnya.

7. Bilakah gerakan bantahan ini dimulakan? Kenapa sekarang?
Jawapan: Penulisan menolak doktrin ini sejak 2018. Gerakan bermula setelah kes Dinesh (di mahkamah persekutuan) pada bulan April tahun ini, yang merupakan satu keputusan yang luar biasa dalam mempertahankan doktrin “basic structure”.
 
Lukman Sheriff​

2j ·

Di sinilah kita telah mulakan tentangan terhadap ICERD. Saya harap dengan kerjasama tuan puan semua kita boleh mulakan gerakan bantahan basic structure doctrin.

Saya telah berjumpa pelbagai pihak tak kira mana menerangkan bahayanya doktrin ini. Saya amat berterimakasih kepada Isma yang telah mengeluarkan video ini menerangkan masalah basic structure doctrine semalam. Saya berharap ramai lagi akan lebih jelas. Seperti ICERD ramai tak tahu apa itu ICERD dan implikasi ratifikasi walaupun berpuluh2 tahun wujudnya ICERD. BSD pun begitu walaupun saya tulis sekian lama. Cuma ketika kes Dinesh saya nampak sudah mula ramai memahaminya dan mula bergerak. Ranjau masih jauh tuan Puan untuk menerangkan pada yang ramai. Jadi Saya berterimakasih kepada semua yang membantu gerakan ini. Kalau share tulisan pun saya berterimakasih.

Jom saudaraku. Kita boleh memulakan sesuatu demi kepentingan negara kita lagi. Kita #tolakdoktrinbasicstructure. Kita #bantahdoktrinbasicstructure.

Lukman Sheriff​

14j ·

FAQ/ Soalan Lazim Bantahan Doktrin “Basic Structure”

1. Bukankah doktrin “basic structure” ini mengikut preseden sedia ada seperti yang didakwa oleh ketua hakim negara?
Jawapan: Ya cuma preseden ini adalah baharu sekitar 2018. Tetapi sebelum itu sudah wujud satu preseden lebih 60 tahun yang diputuskan oleh hakim2 Agung kita Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Suffian dan Tun Abdul Hamid yang menolak dan tidak menerimapakai doktrin “Basic Structure”

2. Apa yang kita mahu mahkamah buat?
Jawapan: Kita mahu mahkamah menolak pemakaian doktrin basic structure.

3. Bolehkah dan bagaimana penolakan ini dapat dilakukan oleh mahkamah?
Jawapan: Di mahkamah kini wujud dua preseden. Satu preseden kes2 mahkamah tertinggi lebih dari 60 tahun yang menolak doktrin ini. Antara hakim2 yang menolak “Basic Structure Doctrine” ini adalah bekas ketua hakim negara termasuk Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Suffian dan Tun Abdul Hamid. Satu lagi adalah preseden baru sekitar 2018 yang menggunapakai “Basic structure Doctrine” yang dicedok dari India. Apabila dua preseden wujud, mahkamah mempunyai budibicara mengikut kembali preseden yang sudah lebih 60 tahun dengan memberi alasan2 yang munasabah.

4. Apakah akan jadi sekiranya Mahkamah masih mempertahankan doktrin ini selepas bantahan dibuat?
Jawapan: Kita doakan bantahan kita didengari tetapi jika tidak diendahkan, kita tiada pilihan kecuali untuk menggubal undang2 menolak penerimapakaian doktrin ini.

5. Apakah dengan menolak “Basic Structure Doctrine” kita menolak perlembagaan mempunyai struktur asas seperti Islam, Raja, Kebebasan Asasi dsbg?
Jawapan: Tidak. Ini tidak bermakna perlembagaan kita tidak ada struktur asas. Yang ditolak adalah penentuan struktur asas perlembagaan yang ditentukan sepenuhnya oleh hakim2. Dan selepas ketentuan itu, ia tidak boleh dicabar dan ditukar oleh Parlimen. Kalau rakyat mahukan perlembagaan mempunyai struktur asas, kita boleh memasukkannya dengan nyata di dalam perlembagaan melalui pindaan perlembagaan oleh Parlimen. Selama ini mahkamah kita tiada masalah mentafsirkan perlembagaan mengikut peruntukan sedia ada tanpa perlu mentafsir struktur asas perlembagaan. Peruntukan sedia ada sudah cukup jelas.

6. Apakah kaitan “Basic Structure Doctrin” ini dengan kes Datuk Seri Najib?
Jawapan: Tiada kaitan. Doktrin ini tidak berbangkit dalam kes DSN dan tidak boleh mengubah apa2 keputusan di dalamnya.

7. Bilakah gerakan bantahan ini dimulakan? Kenapa sekarang?
Jawapan: Penulisan menolak doktrin ini sejak 2018. Gerakan bermula setelah kes Dinesh (di mahkamah persekutuan) pada bulan April tahun ini, yang merupakan satu keputusan yang luar biasa dalam mempertahankan doktrin “basic structure”.

FAQ ni sesuai mek update kat 1st post ni 👍
 
Penggunaan Doktrin BSD bahaya kepada asas Perlembagaan​

September 6, 2022 @ 3:35pm

Istana Kehakiman di Putrajaya. - Foto fail NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Sekumpulan peguam membantah penggunaan Doktrin Struktur Asas (BSD) oleh Mahkamah Persekutuan kerana menganggapnya berbahaya kepada asas pembentukan negara ini dan bakal menimbulkan pertembungan besar.

Dalam kenyataan secara bersama oleh peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Lukman Sheriff Alias, Yusfarizal Yusoff, Aidil Khalid dan Badruzzaman Ishak, mereka berkata, BSD yang diceduk dari India sudah ditolak penggunaannya oleh mahkamah tertinggi di Malaysia lebih 60 tahun dan oleh hakim agung negara seperti Almarhum Sultan Azlan Shah, Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim dan Tun Abdul Hamid Omar.

Bagaimanapun, kata mereka, pada sekitar 2018, Mahkamah Persekutuan mengguna pakai BSD dan menolak serta membelakangkan keputusan mahkamah tertinggi terdahulu.

Dakwa mereka, BSD yang cuba diterima dan diperkenalkan Mahkamah Persekutuan sekarang ini mempunyai ciri-ciri seperti pendirian bahawa Perlembagaan negara mempunyai struktur asas yang ditentukan oleh Mahkamah yang tidak boleh dipinda oleh Parlimen.

Selain itu, atas nama semak dan imbang, mahkamah berkuasa menentukan sepenuhnya apakah skop struktur asas terbabit, mana-mana undang-undang ataupun pindaan Perlembagaan yang digubal Parlimen yang bertentangan dengan struktur asas ditentukan mahkamah adalah tidak berperlembagaan dan menjadi tidak sah.

"Implikasinya ialah walaupun persetujuan lebih dua pertiga Ahli Parlimen dan perkenan Majlis Raja-Raja diperoleh, mana-mana pindaan Perlembagaan boleh menjadi tidak sah sekiranya ia difikirkan bertentangan dengan struktur asas oleh Mahkamah.

"Ini bertentangan dengan amalan pengasingan kuasa Perlembagaan kita selama ini di mana hak menggubal undang-undang sepenuhnya terletak di dalam tangan rakyat melalui Parlimen dan untuk perkara tertentu melalui perkenan Majlis Raja-Raja," katanya.

Mereka berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan secara tersurat apakah struktur asas terbabit tidak seperti India di mana perlembagaannya dengan jelas dan nyata mempunyai peruntukan dalam bentuk mukadimah yang diluluskan oleh Parlimen sebagai membentuk asas perlembagaan negara berkenaan.

Kata mereka, ia bermakna penentuan mengenai apakah itu struktur asas Perlembagaan Persekutuan akan bergantung sepenuhnya kepada pendirian pendapat dan kecenderungan hakim.

"Terdapat beberapa kali keputusan mahkamah tidak sesuai dengan kehendak dan keperluan rakyat dan rakyat melalui Parlimen sudah menggubal undang-undang baharu atau meminda Perlembagaan bagi membetulkannya.

"Contohnya pindaan Perlembagaan pada tahun 1988 dibuat kerana antara lain Mahkamah Sivil sering campur tangan keputusan Mahkamah Syariah. Tetapi dengan BSD ini, kuasa Parlimen ini diambil oleh Mahkamah.

Sekiranya mahkamah tentukan mana-mana perkara sebagai struktur asas perlembagaan, Parlimen tiada lagi hak untuk menggubal undang-undang bagi membetulkannya.

"Sebagai contoh, Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Ghandi menentukan bahawa Mahkamah Sivil mengatasi Mahkamah Syariah dan ini adalah struktur asas Perlembagaan kita, walaupun terdapat Perkara 121(1A).

"Implikasinya ialah apa-apa undang-undang untuk memperkasa bidangkuasa Mahkamah Syariah agar setaraf dengan Mahkamah Sivil boleh menjadi tidak berperlembagaan, dan tidak sah," katanya.

Justeru, mereka berkata, BSD perlu ditolak kerana rakyat sepatutnya ada hak menggubal undang-undang melalui Parlimen sehingga memperbetulkan keputusan mahkamah yang tidak sesuai dengan konteks dan keperluan semasa.

"Umat Islam seharusnya mempunyai hak untuk mengangkat, memperkukuh dan mengarusperdanakan kedudukan perundangan serta kehakiman syariah di negara ini, tanpa kacau ganggu dari anasir asing seperti BSD ini.

"Keluhuran perlembagaan tidak membenarkan apa-apa doktrin undang-undang mengambil alih dan mengatasi terma tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita kembalikan keluhuran perlembagaan iaitu Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama," katanya.
 
Baru ada dalam berita arus perdana
 
Back
Top
Log in Register