BTC USD 80,892.5 Gold USD 4,393.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Selepas Solat

IMG_20230321_142421_072.jpg


Doa di Waktu Pagi & Petang

اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ، وَإِلَيكَ النُّشورُ

Maksudnya: “Ya Allah, denganMu kami memasuki waktu pagi, dan denganMu kami memasuki waktu petang, denganMu kami hidup, dan denganMu kami mati, dan kepadaMu kami kembali.”

[Hadis Riwayat Abu Daud, 5068]
 
IMG_20230402_055939_333.jpg


Doa Diberi Kesabaran Dan Keteguhan

“Wahai Tuhan Kami, Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”

Surah Al-Baqarah (250)
 
IMG_20230402_081544_421.jpg


DOA MOHON HIDAYAH ALLAH SWT

“Wahai Tuhan Kami, Janganlah Engkau Memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya.”

Marilah sama-sama kita menghafal, mengamalkan dan memunajatkannya kepada Allah SWT setiap waktu.
 
IMG_20230405_144736_218.jpg


Doa Ketika Dalam Kesulitan

Saat kita diuji dengan kesusahan, kita akan rasa dunia ini seperti gelap gelita.

Namun sebagai umat Islam, Allah SWT telah mengajar kita cara untuk keluar dari kesusahan iaitu dengan berdoa.

Berdoalah kepada Allah, kerana doa itu senjata bagi orang mukmin.
 
IMG_20230812_112107_447.jpg


DOA DIPERELOKKAN SEGALA URUSAN

"Wahai Allah! Perelokkanlah kesudahan segala urusan kami, serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan hidup di akhirat."

Marilah bersama kita amalkan membaca doa ini setiap kali selepas solat.

#pelantransformasialfalah
#malaysiamadani
 
IMG_20230814_112034_044.jpg


DOA MENGHINDARI SIFAT DENGKI

“Wahai Tuhan Kami, Ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu.
 
IMG_20230816_154606_875.jpg


DOA SELALU MENGINGATI ALLAH

"Ya Allah, tolonglah aku untuk zikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu dan elok dalam beribadat kepadaMu." (Riwayat Abu Daud (1522)

Istiqamahlah membaca doa ini setiap kali selepas selesai solat.
#pelantransformasialfalah
#malaysiamadani
 
Back
Top
Log in Register