BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Selepas Solat

1000357232.jpg


⭐️ HADIS HARI INI ⭐

DOA YANG PALING BANYAK RASULULLAH BACA

سَأَلَ قَتَادَةُ أَنَسًا أَيُّ دَعْوَةٍ كَانَ يَدْعُو بِهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْثَرَ قَالَ كَانَ أَكْثَرُ دَعْوَةٍ يَدْعُو بِهَا يَقُولُ اللَّهُمَّ { آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ } قَالَ وَكَانَ أَنَسٌ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدَعْوَةٍ دَعَا بِهَا فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدُعَاءٍ دَعَا بِهَا فِيهِ

Qatadah telah bertanya kepada Anas, doa apa yang paling banyak Rasulullah s.a.w bacakan?
Anas menjawab: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w paling banyak membaca doa yang berbunyi: 'Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami dari siksa api neraka.'

Perawi hadis ini berkata; 'Ketika Anas hendak berdoa, maka ia sentiasa membaca doa tersebut. Dan ketika ia hendak membaca doa yang lain, maka ia selalu menyertakan doa tersebut.'

Hadis Riwayat Muslim

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
 
1000446218.jpg


DOA MEMOHON KEAMANAN NEGARA

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah - buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka.”

(Surah al-Baqarah: ayat 126)
 
1000446219.jpg


Doa Mohon Hidayah

اللَّهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَافِنَا فِيمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لَنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ

Maksudnya: “Ya Allah berikanlah petunjuk kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau beri petunjuk, Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan, Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan, Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan, Dan selamatkan aku dengan rahmat-Mu dari bahaya kejahatan yang telah Engkau tentukan. Amin.
 
1000453044.jpg


⭐️ HADIS HARI INI ⭐

BACA DOA INI SETIAP KALI SOLAT

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ بِيَدِهِ وَقَالَ يَا مُعَاذُ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ فَقَالَ أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لَا تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Dari Mu'adz bin Jabal ra bahawa Rasulullah SAW memegang tangannya dan berkata: "Wahai Mu'adz, demi Allah, aku mencintaimu." Kemudian beliau berkata: "Aku wasiatkan kepadamu wahai Mu'adz, janganlah engkau tinggalkan setiap selesai solat untuk mengucapkan:"

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

(Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir dan bersyukur kepadaMu serta melaksanakan ibadah kepadaMu dengan sebaiknya)

Hadis Riwayat Abu Daud

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
 
1000493109.jpg


Jangan Biarkan Syaitan Menguasai Hati. Mohonlah Perlindungan Allah SWT

“Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal (berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.)” [Surah al-Nahl, 16:99]

Hidup kita penuh cabaran, namun ingatlah, dengan iman yang teguh dan tawakal, syaitan takkan mampu mendekati kita.

Mari sama-sama kita amalkan membaca Doa Perlindungan dari Gangguan Syaitan yang terdapat di dalam surah al-Mukminun ayat 97-98 yang bermaksud :

“Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan syaitan-syaitan, Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.”

Tip Harian: Ucapkan doa ini setiap hari, terutama sebelum tidur dan ketika hati mulai resah. Jadikan zikir dan doa perisai utama kita!

#DoaPerlindungan #TeguhkanIman #SyaitanTidakBerkuasa #KekuatanDoa #IslamicReminder #JAKIM #malaysiamadani
 
1000493110.jpg


Memelihara Diri Dari Bahaya Dan Kemudaratan

Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud : “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”

Sebagai hamba-Nya, kita dianjurkan memohon perlindungan dari segala bahaya. Mari amalkan Doa Mohon Keselamatan ini:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Ayuh amalkan membaca doa ini setiap hari untuk keselamatan dan perlindungan diri kita.

#Pelantransformasialfalah #Malaysiamadani #DoaPerlindungan #MohonKeselamatan #AlBaqarah195 #IslamicReminder #InspirasiHarian
 
1000493110.jpg


Memelihara Diri Dari Bahaya Dan Kemudaratan

Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud : “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”

Sebagai hamba-Nya, kita dianjurkan memohon perlindungan dari segala bahaya. Mari amalkan Doa Mohon Keselamatan ini:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Ayuh amalkan membaca doa ini setiap hari untuk keselamatan dan perlindungan diri kita.

#Pelantransformasialfalah #Malaysiamadani #DoaPerlindungan #MohonKeselamatan #AlBaqarah195 #IslamicReminder #InspirasiHarian

Terbaik tt..

Doa dzikir ketika ditimpa ujian, kesedihan dll:

Hasbunallah wani mal wakil ni mal maula wani'man nasir
"Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baiknya pelindung."
 
1000496351.jpg


Doa Perlindungan daripada Kejahatan Anggota Badan

اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ، وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ، وَلِسَانِي مِنَ الْكَذِبِ، وَعَيْنِي مِنَ الْخِيَانَةِ، فَإِنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

“Wahai Allah! Bersihkanlah hatiku dari nifaq, (bersihkanlah) amalanku dari perasaan riya’, (bersihkanlah) lisanku dari dusta, (bersihkanlah) mataku dari pengkhianatan. Sesungguhnya Engkau mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan di dalam dada.”

Setiap hari kita berhadapan dengan ujian hati, lisan, mata, dan perbuatan. Mohonlah perlindungan dan bersihkan jiwa dari sebarang sifat mazmumah yang boleh merosakkan amalan kita.

Sama-sama kita amalkan doa ini agar menjadi perisai diri kita dari segala bentuk pengkhianatan, riya’, nifaq, dan dusta, dan moga-moga Allah SWT menjaga hati dan niat kita sentiasa ikhlas.

#doaharian
#pelantransformasialfalah
#JAKIM
 
1000496369.jpg


Doa Kesabaran dan Keteguhan

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 250)

Tatkala kita diuji, mohonlah kepada Allah SWT untuk kesabaran dan kekuatan. Semoga kita semua diberi keteguhan dalam setiap langkah serta kemenangan di sisi-Nya.

Marilah kita amalkan doa ini dalam kehidupan seharian, agar hati sentiasa teguh dan tidak goyah dengan ujian dunia.
 
Back
Top
Log in Register