BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Selepas Solat

1000497215.jpg


Doa Mohon Dilindungi Dari Kejahatan Nafsu

اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي، وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي

“Wahai Allah! Ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”

Semoga setiap langkah kita dipandu oleh petunjuk-Nya dan dijauhkan dari bisikan nafsu yang merosakkan. Jadikan doa ini sebagai pelindung dan perisai hati.
 
1000497217.jpg


Doa Memohon Rezeki yang Halal dan Cukup

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

“Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu agar daripada bergantung kepada selain-Mu.”

Semoga Allah SWT mencukupkan kita dengan rezeki yang halal dan berkat, memberi ketenangan dan menghindarkan kita dari kebergantungan kepada selain-Nya. Amin.

#doarezekihalal
#jakim
#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
 
1000498307.jpg


Doa Memohon Ketaqwaan

اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا

Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepada jiwaku, sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Dzat yang dapat mensucikannya, Engkaulah yang menguasai dan yang menjaganya.

Jom amalkan doa ini setiap hari. Mohonlah kepada Allah SWT agar hati kita sentiasa disinari ketaqwaan dan jiwa kita disucikan. Mudah-mudahan hidup kita dipandu ke arah jalan yang diredhai-Nya.

Sebarkan dan jadikan amalan!

#DoaHarian #Ketaqwaan #JAKIM
 
Back
Top
Log in Register