BTC USD 81,215.3 Gold USD 4,376.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Selepas Solat

IMG_20220913_095108_603.jpg

Doa Memohon Petunjuk Kebenaran

Dalam menghadapi ujian daripada Allah SWT, doa dan permohonan kepada Allah SWT mampu menolong seseorang untuk menghadapinya dan diberi jalan petunjuk kebenaran oleh Allah SWT.

Marilah kita mengamalkan doa ini agar Allah SWT sentiasa memberi petunjuk kebenaran dalam kehidupan seharian kita.
 
DOA-DOA YANG BAGUS

"Ya Allah, tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah ketakutanku."

Ya Allah, tetapkanlah aku pada agamaMu

“Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung
kepada-Mu daripada kedukaan dan kesedihan. Kami
berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Kami
berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut.
Dan kami berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang
dan penindasan manusia.”

Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan Tuhan yang Maha Berdiri
Sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perelokkanlah
segala urusanku seluruhnya. Janganlah engkau serahkan diri ini kepada diriku sendiri
walau sekelip mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu).
Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.”


Doa pembuka 12 pintu...

Ya Allah,
bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan dan
pintu-pintu syurga.
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan
kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah
Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

"Wahai Allah! Aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak puas, dan dari doa yang tidak diterima.


"Ya Allah, Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani."

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu agar
mendapat rahmatMu, keazaman mendapat keampunanMu, selamat daripada dosa, keuntungan daripada semua kebaikan, kemenangan dengan syurga dan terselamat dari neraka."
(Diriwayatkan oleh Al-Hakim Abu Abdullah di dalam Riyadhus Solihin, 1493)

Doa Ringkas Selepas Solat

Ya Allah,
bantulah aku sentiasa mengingati dan syukur kepadaMu
bantulah aku dalam mengelokkan amal ibadahku kepadaMu

Ya Allah,
akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik

Ya Allah,
Jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat

Ya Allah,
Kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui

Ya Allah,
aku memohon rahmatMu pada setiap waktu, sentiasa dan
aku berlindung kepadaMu daripada kemurkaanMu.

Oh Allah, forgive all of our past, present, and future sins, di dunia dan di akhirat Ameen.
 
1000051004.jpg


Doa Paling Kerap Diucapkan Oleh Nabi SAW

“Ya Allah, Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

Sentiasa amalkan membaca doa ini selepas solat.
 
Bagus thread ni. Sy suka baca.
Jom semua, share doa2 yg bagus.
 
IMG_20230301_104334_981.jpg


DOA MOHON DITETAPKAN HATI DALAM ISLAM

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ، ثَبِّتْ قلبي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Dzat yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku agar ia berada di atas agama-Mu.”

Marilah sama-sama kita mengamalkan membaca doa ini setiap kali selepas solat.
 
Back
Top
Log in Register