BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Selepas Solat

رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ​

“Wahai Robb kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”. [QS. Al Baqoroh Ayat 201]
 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال

“Allahumma Innii A-‘uuzubuka Min ‘Azaabi Jahannam, Wamin ‘Azaabil Qobr, Wamin Fitnatil Mahyaa Walmamaat, Wamin Syarri Fitnatil Masiihid Dajjaal”.

Ertinya:
“Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.” – Hadis Riwayat Muslim.
 
IMG_20220203_133349_761.jpg

MEMOHON KEAMPUNAN DARI SEGALA KESALAHAN

Sebagai manusia yang banyak melakukan dosa sama ada sengaja ataupun tidak, Nabi SAW telah mengajar kita sebuah doa yang boleh diamalkan. Kongsikan dengan ahli keluarga dan sahabat-handai untuk diamalkan bersama.

Semoga dengan dengan berkat doa ini Allah SWT mengampunkan dosa kita semua.
 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapa kami,dosa pasangan hidup kami dosa zuriat kami dosa saudara kami dosa guru2 kami dosa sohabat kami dosa pemimpin kami serta dosa kaum muslimin dan muslimat.

Sesungguhnya ya Allah kau maha pengampun dan maha penyayang.

Ya Allah Ya Wahab kurniakanlah kami kesihatan yang baik dan lindungilah kami dari jangkitan wabak Covid 19.

Ya Allah ya Azim panjangkanlah umur kami sentiasa beriman dengan mu ya Allah.

Ya Haiyun Ya Qaiyum
Jauhilah kami keluarga kami dari mendatangkan keburukan, kejahatan, buruk bencana mala petaka bersangka buruk berselisihan faham dan jauhilah dari fitnah dunia dan fitnah akhirat.

Allahuma Ya Razaq kurniakanlah bukakanlah permudahkanlah rezeki yang halal dan barakah.

Ya Allah Ya Syukur
Sesungguhnya kami mensyukuri nikmat yang kau berikan kepada kami ya Allah.
Kurniakanlah kami kejayaan didunia dan diakhirat dengan rahmat serta keredhaanmu Ya Allah.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untuk-Mu Ya Allah‎.

‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَالْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين
 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْ

Ya Allah kurniakanlah kami kemampuan untuk beribadah dan solat di dalamnya, kurniakan kami didalamnya kesungguhan, semangat, kekuatan dan sikap rajin. Lalu lindungilah kami didalamnya dari berbagai fitnah. Jauhkan kami dari hasutan iblis, syitan dan fitnah dajjal.

Ya Allah terimalah amalan kami yang sedikit ini. Kami mengharapkan redhaMu Ya Allah.

Ya Allah sucikanlah diri kami dari segala nista dan perbuatan keji. Berilah kami kesabaran atas apa yang telah Engkau tetapkan. Jadikan kami orang yang soleh dan solehah.

Ya Allah anugerahkanlah kepada kami ketakwaan dan persahabatan dengan orang-orang yang baik dengan pertolongan-Mu.

Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, beri lah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah

Ya Allah jangan kami remehkan amalan yang pahalanya kecil kerana mungkin itulah yang mengundang redha Allah. Begitu juga Ya Allah janganlah kami memandang ringan dosa kecil kerana dibimbangi disitulah menjadi punca kemurkaan Mu Ya Allah.

Ya Allah, didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih Mu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.

Ya Allah Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki kami dengan rezeki yang halal.

Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami. Jauhkan kami dari wabak penyakit covid19 dan wabak penyakit yang lain.

Ya Allah janganlah Engkau sibukkan diri kami dan lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang menerima teguran dan ilmu.

Ya Allah ringankanlah diri ini untuk memperbanyakkan ibadah kami kepadamu Ya Allah.
َ
َ Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami dan kami tempat yang istimewa di syurga firdausMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
 
Doa menutup aib ;

اَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِيْ وَآمِنْ رَوْعَاتِيْ

"Ya Allah, tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah ketakutanku."

Ameen
 
IMG_20220225_103542_223.jpg

Doa Ditetapkan Hati Dalam Islam

Fitrah hati yang cepat berubah dan bertukar antara baik dan jahat, antara kebaikan dan kejahatan. Rasulullah SAW sentiasa memohon kepada Allah SWT agar diteguhkan hati dalam melaksanakan ketaatan dan beragama kerana hidayah itu adalah milik Allah SWT.

Marilah kita mengamalkan doa ini agar Allah SWT meneguhkan hati kita dan tidak memalingkannya daripada rahmat dan hidayah-Nya.
 
DOA (ENGLISH)

Oh Allah make me among the foremost (terulung, paling utama) and grant me jannatul Firdaus.

O Allah, Make us join the Prophet [saws] in Jannah, united with the prophets and the martyrs

O Allah, Bring us close to the Prophet [saws]

O Allah, Lead us to deeds which will take us to the eternal life in the highest ranks of Al-Jannah

O Allah, Help us obey our parents/husband so that we can earn Jannah

O Allah, Protect us from poverty and debts

O Allah, Protect us against forgetting things

O Allah, give me yaqeen and make me die as a Mu’min
 
DOA-DOA YANG BAGUS

"Ya Allah, tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah ketakutanku."

Ya Allah, tetapkanlah aku pada agamaMu

“Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung
kepada-Mu daripada kedukaan dan kesedihan. Kami
berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Kami
berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut.
Dan kami berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang
dan penindasan manusia.”

Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan Tuhan yang Maha Berdiri
Sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perelokkanlah
segala urusanku seluruhnya. Janganlah engkau serahkan diri ini kepada diriku sendiri
walau sekelip mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu).
Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.”


Doa pembuka 12 pintu...

Ya Allah,
bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan dan
pintu-pintu syurga.
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan
kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah
Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

"Wahai Allah! Aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak puas, dan dari doa yang tidak diterima.


"Ya Allah, Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani."

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu agar
mendapat rahmatMu, keazaman mendapat keampunanMu, selamat daripada dosa, keuntungan daripada semua kebaikan, kemenangan dengan syurga dan terselamat dari neraka."
(Diriwayatkan oleh Al-Hakim Abu Abdullah di dalam Riyadhus Solihin, 1493)
 
Last edited:
IMG_20220410_195438_401.jpg

Dah telefon ibu ayah di kampung ke? Tanya khabar di bulan Ramadan

Bulan Ramadan waktu mustajab untuk berdoa, mari kita doakan kepada kedua ibu bapa kita samada yang masih ada mahupun yang telah meninggal dunia.
 
Back
Top
Log in Register