BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Doa Selepas Solat

20220103_095429.jpg

Doa Memohon Perlindungan Allah SWT Daripada Segala Keburukan

@MyJAKIM
 
20220105_090051.jpg

Semoga semua pintu kebaikan terbuka luas buat kita dan terus panjatkan doa kepada Ilahi agar pandemik dan semua musibah yang melanda segera berlalu pergi dan kita dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala. In sha Allah semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.

#JAWI
#Doa
 
IMG_20220108_155054_943.jpg

Orang yang sabar ketika diuji oleh Allah SWT akan mendapat balasan yang baik dan tergolong di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.

Amalkan membaca doa ini agar kita terus diberikan kesabaran ketika saat diuji oleh-Nya.
 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapa kami,dosa pasangan hidup kami dosa zuriat kami dosa saudara kami dosa guru2 kami dosa sohabat kami dosa pemimpin kami serta dosa kaum muslimin dan muslimat.

Sesungguhnya ya Allah kau maha pengampun dan maha penyayang.

Ya Allah Ya Wahab kurniakanlah kami kesihatan yang baik dan lindungilah kami dari jangkitan wabak Covid 19.

Ya Allah ya Azim panjangkanlah umur kami sentiasa beriman dengan mu ya Allah.

Ya Haiyun Ya Qaiyum
Jauhilah kami keluarga kami dari mendatangkan keburukan, kejahatan, buruk bencana mala petaka bersangka buruk berselisihan faham dan jauhilah dari fitnah dunia dan fitnah akhirat.

Allahuma Ya Razaq kurniakanlah bukakanlah permudahkanlah rezeki yang halal dan barakah.

Ya Allah Ya Syukur
Sesungguhnya kami mensyukuri nikmat yang kau berikan kepada kami ya Allah.
Kurniakanlah kami kejayaan didunia dan diakhirat dengan rahmat serta keredhaanmu Ya Allah.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untuk-Mu Ya Allah‎.

‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَالْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين
 
adakah keperluan untuk ubah bahasa doa ketika doa sendirian dan doa beramai2 ketika berjemaah?... contoh inni kepada anna, firghli kepada firghlana dan sebagainya? trutama doa2 yang diambil terus dari al-quran
 
adakah keperluan untuk ubah bahasa doa ketika doa sendirian dan doa beramai2 ketika berjemaah?... contoh inni kepada anna, firghli kepada firghlana dan sebagainya? trutama doa2 yang diambil terus dari al-quran

Kalau doa dalam ayat Quran tu
Tak perlu ubah dah kan
Tak pasti la tuan
Mana yang tahu untuk bacaan sendiri tu
Kita ubah la
 
Doa tersebut sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah bahawa Nabi SAW berdoa :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَشَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى وَشَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Maksudnya : “ Ya Allah aku berlindung kepada Engkau daripada fitnah neraka dan azab api neraka. Aku juga berlindung kepada Engkau daripada fitnah kubur dan keburukan hasil daripada fitnah kekayaan dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada keburukan fitnah Al-Masih Al-Dajjal…”

Riwayat Al-Bukhari (6377) & Muslim (7046)

 
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu surga dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan maupun perbuatan. Dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan.

Dan aku memohon kepada-Mu semua takdir yang Engkau tentukan baik untukku.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripadaMu keredhaan dan surgaMu, dan aku berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan neraka.
 
Back
Top
Log in Register