BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DKU Fail Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Enam Individu Kerana Mengelak Terima dokumen

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

DKU Fail Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Enam Individu Kerana Mengelak Terima dokumen​

5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) dan Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin, memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap enam individu kerana didakwa mengelak daripada menerima dokumen mahkamah selepas kebenaran untuk memulakan prosiding komital diberikan pada 8 Julai.

Peguam Steven Thiru yang mewakili DKU dan Raja Norazli memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain mengenai permohonan itu semasa prosiding hari ini.

Beliau berkata permohonan itu difailkan pagi ini selepas  berulang kali untuk menyampaikan dokumen kausa berkaitan prosiding komital terdahulu kepada enam individu berkenaan gagal.

Enam individu terbabit ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Thahak, Undang Luak Jelebu Datuk Maarof Mat Rashad, Undang Luak Johol Datuk Muhammed Abdullah, Undang Luak Rembau Datuk Abdul Rahim Yasin, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungai Ujong Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.

Mahkamah dijadual mendengar prosiding komital yang difailkan oleh DKU dan Raja Norazli terhadap keenam-enam individu itu hari ini.

Bagaimanapun, prosiding itu ditangguhkan selepas peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili keenam-enam individu berkenaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa permohonan untuk menangguhkan prosiding komital telah difailkan semalam.

“Permohonan penangguhan itu akan didengar oleh Mahkamah Rayuan esok. Oleh itu, kami memohon supaya pendengaran hari ini ditangguhkan,” katanya.

Hakim Roz Mawar kemudian menangguhkan prosiding itu kepada 28 Sept depan memandangkan tiada bantahan oleh pihak-pihak lain terhadap permohonan berkenaan.

Pada 8 Julai, Hakim Roz Mawar membenarkan DKU dan Raja Norazli memulakan prosiding komital terhadap enam individu itu kerana didakwa melanggar perintah injunksi ad interim.

 
Back
Top
Log in Register