BTC USD 84,167.4 Gold USD 4,253.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DIY :: Rumah Kontena

klu cntnr yg bawak DG (dangerous good) dia bukan tulis kat no cntnr tuan, biasanya setiap cntnr yg bwk dg dilekatkan dgn sticker DG klu lepas tu nak guna utk angkut benda lain dorg akan inspect cntnr tu,biasanya cntnr yg dijual dorg da inspect n dorg akan kuarkan gasfree certificate. No cntnr tu setahu sy cuma mcm no plat keta je.. contoh MSKU2346543. MSKU tu biasanya kompeni yg charterd cntnr tu cnth mcm MSKU=Maersk Unit MSFU=Maersk Super Freezer Unit EMCU= Evergreen Marine Corp Unit dll, 7 digit no kat belakang tu no pengenalan cntnr.. ini setakat ilmu yg sy tau la...

terima kasih... :)

nice info.

Saya pernah terbaca tentang ni, sebab tu saya kata macam tu. Sayangnya saya tak ingat saya baca di mana (ini projek saya beberapa tahun lepas). Nanti saya cari semula.

Nanti kita bincang sama-sama tentang hal ni.

Kerja port ke?
 


Sejarah Kontena Intermodal


Budaya kontena bermula seawal zaman kegemilangan perlombongan arang batu di England sedari akhir kurun ke-18 lagi. Pada 1975, Benjamin Outram memulakan syarikat Little Eaton Gangway yang menawarkan khidmat mengangkut arang batu. Beliau memperkenal konsep kontena (container, bekas) di mana arang batu diangkut dari lombong sehingga ke kapal di dalam bekas dan pmunggahan ke dalam kapal juga bersama dengan bekas itu sekali.

Kemudian dengan popularnya pula sistem keretapi, industri pengangkutan industri mula mencari kaedah untuk mengangkut komoditi dengan kecekapan (tenaga dan masa) yang tinggi. Awal 1900an bermulalah penggunaan bekas tertutup dari besi yang dicipta untuk pengangkutan keretapi dan juga kenderaan darat lain.

Pada 1920an Railway Clearing House mula membakukan (standardise) bekas/kontena RCH. Ia sepanjang 5 kaki atau 10 kaki, dibuat dari kayu, tidak boleh ditindan-tindan. Piawai ini boleh dikira berjaya namun ia hanya kekal sebagai piawai yang spesifik penggunaannya di UK sahaja.

Dari 1926 sehingga 1947, di Amerika Syarikat, pelbagai syarikat keretapi mula menggunakan pelbagai jenis bekas untuk mengangkut barangan yang juga akan perlu dibawa oleh kaedah pengangkutan lain seperti lori dan kapal-kapal. Setiap syarikat keretapi mempunyai piawai kontenanya sendiri.


Permulaan Sistem Konten Keluli

Pada 1955, bekas pemiulik sebuah syarikat pengangkutan lori, Malcolm McLean bekerjasama dengan jurutera Keith Tantlinger untuk membangunkan Intermodal Container.


Intermodal Container.

Modal di sini bukan bermaksud modal dalam bahasa Melayu.

Ia perkataan Inggeris, dengan kata akar MODE, iaitu Melayunya boleh dikatakan bermaksud "kaedah".

Intermodal di sini bermaksud "antara kaedah". Intermodal Container adalah container (bekas) yang boleh digunakan oleh banyak kaedah pengangkutan seperti keretapi, lori dan juga kapal.​


Hasil kerja sama McLean dan Tantlinger, menghasilkan pemula kepada format kontena moden, 8 kaki lebar, 8 kaki tinggi, 10 kaki panjang, dibina dari keluli setebal 25mm (??? wtf.. tebal gila). Desain tersebut menampilkan mekanisma twist-lock di atas semua empat tiangnya. Ini membolehkan kontena tersebut di disemat dengan selamat dan juga diangkat menggunakan kren. Setelah menolong McLean menjadikan projek tersebut berjaya, Tantlinger meyakinkan McLean utuk memberikan desain yang telah dipaten itu kepada industri, maka bermulalah pemiawaian kontena perkapalan antarabangsa.


Permulaan Piawai Yang Dipakai Lebih Satu Negara

Di penghujung Perang Dunia ke-II, tentera Amerika Syarikat menggunakan kontena khusus untuk mempercepat pemunggahan kapal pengangkutan mereka, Kontena ini dipanggil "transporters". Transporters adalah kontena yang boleh dipakai ulang, 8.5 kaki panjang, 6.25 kaki lebar dan 6.83 kaki tinggi, dibuat dari keluli, mempunyai kapasiti 9000 paun. Penggunaan ini dimangkinkan lagi oleh kes-kes kerosakan barangan, kecurian dan waktu pengendalian yang terlalu panjang meyakinkan tentera bahawa kaedah kontena keluli sangat diperlukan.

Pada 1952 Tentera Amerika Syarikat mula menggunakan istilah "CONEX", Container Express. Pada trip pertama CONEX yang membawah alat ganti kejuruteraan dari Colombus General Depot di Georgia ke Pelabuhan San Francisco, kemudiannya menggunakan kapal ke Yokohama di Jepun, kemudian ke Korea, waktu pengangkutan dijimatkan hampir 50%. Jabatan Pertahanan A.Syarikat terus mempiawaikan keratan rentas 8'x8' dan gandaan 10' untuk kegunaan ketenteraan. Piawai ini diambil penggunaannya oleh industri perkapalan tanpa lengah lagi.


Piawai ini juga terus digunakan oleh United Kingdom dengan meluas sekali.


Piawai Penseragaman Antarabangsa Kontena Moden

Pada 20 tahun pertamanya, banyak saiz kontena dan fittings bucu digunakan, ada berdozen sistem kontena yang tidak serasi di Amerika Syarikat sahaja. Antara operator terbesar, Matson Navigation Company, menggunakan kontena 24 kaki sementara Sea-Land Service Inc menggunakan kontena 35 kaki. Saiz dan fitting bucu yang seragam sekarang adalah hasil dari beberapa insiden kompromi dan tolak ansur antara syarikat-syarikat perkapalan antarabangsa, keretapi Eropah, keretapi Amerika dan juga syarikat lori Amerika. Empat cadangan pempiawaian global oleh ISO (International Organization for Standardization) adalah :

  • Januari 1968 : R-668 - mentakrifkan istilah, ukuran dan pentarafan.
  • Julai 1968 : R-790 - mentakrifkan penandaan pengenalan (identification markings).
  • Januari 1970 : R-1161 - cadangan berkenaan fittings bucu kontena
  • Oktober 1970 : R1897 - menetapkan ukuran minimum bagi ruang dalaman bagi kontena penggunaan am.
 
terima kasih... :)

nice info.

Saya pernah terbaca tentang ni, sebab tu saya kata macam tu. Sayangnya saya tak ingat saya baca di mana (ini projek saya beberapa tahun lepas). Nanti saya cari semula.

Nanti kita bincang sama-sama tentang hal ni.

Kerja port ke?

yup! keje port tp mmg dah lama nak buat rumah cntnr ni, sy penah rancang nak buat rumah sewa gunakan cntnr tp mcm susah je sbb xde kepakaran.. by the way struktur cntnr yg paling penting bahagian tiang 4 penjuru kita panggil corner casting.. ketahanan boleh tampung lebih kurang 1k ton (anggaran)
 
yup! keje port tp mmg dah lama nak buat rumah cntnr ni, sy penah rancang nak buat rumah sewa gunakan cntnr tp mcm susah je sbb xde kepakaran.. by the way struktur cntnr yg paling penting bahagian tiang 4 penjuru kita panggil corner casting.. ketahanan boleh tampung lebih kurang 1k ton (anggaran)

post berikutnya akan menyentuh bab ni, tapi secara am.

nanti-nanti saya akan sentuh juga bab peranan kulit kontena tu.

Di banyak laman web, berlaku banyak sindir menyindir antara arkitek dan jurutera struktur tentang manipulasi kontena yang tidak sepatutnya dan yang tak ekonomik. Arkitek mahu yang cantik dan penggunaan ruang maksimum, jurutera mahukan yang paling teguh yang mungkin.

Itu kita akan kupas, harapnya.
 


Kontena Intermodal/ISO



Panjang kontena, yang mempunyai tanda laporan ISO 6346 yang unik, ada berbagai-bagai dari 8' sehingga 56' panjang dan ketinggian dari 8' sehingga 9.5'.

Ada 17 juta (anggaran) kontena intermodal di serata dunia dari pelbagai jenis untuk pelbagai jenis kargo berlainan.

Kapasiti agregat konena selalunya disebut sebagai Twenty-foot Equivalent Units (TEU/teu) di mana seunit berkapasiti bersamaan satu kontena standard 20'x8' (panjang x lebar).




Sejarah

Kontena keluli yang dibakukan tercipta pada 1950an bila pengendali pengangkutan komerisl dan tentera Amerika Syarikat mula membangunkannya.

Piawai ISO untuk kontena diterbitkan antara 1968 dan 1970.

Konvensyen Antarabangsa untuk Kontena Yang Selamat (The International Convention for Safe Containers) adalah peraturan oleh Organisasi Perundingan Maritim Antara-Kerajaan (Inter-governmental Maritime Consultative Organization) yang terhasil pada 1972 berkenaan keselamatan pengangkutan dan pengendalian kontena. Ia telah menentukan setiap kontena yang akan merentas sempadan antarabangsa haruslah mempunyai "CSC-Plate".




Keterangan

Sebuah kontena yang lazim dipasang pintu di satu hujung, dan dibina menggunakan "corrugated weathering steel". Kontena pada mulanya selebar 8' lebar, 8' tinggi, dan sama ada 20' atau 40' panjang. Ia boleh ditindan setinggi 7 unit. Di setiap bucu adalah acuan bongkah yang mempunyai lubang untuk pengikat twistlock.



Casting Block

container02kmj.jpg






Twistlock Mechanism
(Open)

twistlockandlashingrods.jpg







Twistlock Mechanism
(Locked)

containerverriegelung2.jpg


Unit yang lebih tinggi telah diperkenalkan, termasuk 'hi-cube' atau 'high-cube", dengan ketinggian 9'6" dan 10'6". Di Amerika Syarikat selalunya digunakan unit yang lebih panjang iaitu 48' dan 53'.

Kontena "pallet wide" adalah 2 inci lebih lebar dari kontena baku untuk memuatkan Euro-pallet yang lazim di Eropah. Kontena ini mempunyai lebar dalaman 2440mm untuk memuatkan 2 pallet sepanjang 1200mm sebelah menyebelah - banyak pengendali kapal di eropah membolehkan hal ini memandangkan overhang pada kontena baku adalah mencukupi untuk memuatkan kontena jenis ini di ruang interlock yang biasa.

Kontena Australian RACE juga sedikit lebar untuk memuatkan Australian Standard Pallets.

Kontena pallet-wide high-cube 45 kaki juga semakin diterimapakai memandangkan kontena ini boleh menggantikan 'swap-bodies' (sejenis kontena di Eropah) 13.6m di yang lazim untuk trak-trak di Eropah. Kesatuan Eropah telah memulakan pemiawaian untuk kontena pallet-wide di dalam inisiatif EILU (European Intermodal Loading Unit).


Setiap kontena diberikan tanda laporan ISO 6346 (kod pemilikan), sepanjang 4 aksara berakhir dengan U,J atau Z, diikuti dengan 6 angka dan satu check digit.

containernumber.jpg


Container_identificatie.JPG

Kapasiti kontena disebut sebagai Twenty-foot Equivalent Units (TEU). Satu unit diukur bersamaan dengan kontena 20'x8'. Memandangkan ini adalah ukuran anggara, ketinggian kontena tidak dikira. Misalnya, kontena high-cube 9'6" juga dikira 1 TEU. Begitu juga dengan ukuran panjang, kontena 45' juga dikira 2 TEU, walaupun ia 45 kaki panjang, bukan 40 kaki.

2 TEU adalah bersamaan dengan satu Fourty-foot Equivalent Unit (FEU).




Jenis

Pelbagai variasi kontena standard wujud untuk pelbagai kargo berlainan termasuk kontena berpenyejuk untuk barangan segar, tangki di dalam rangka untuk cecair pukal, unit open-top untuk pemunggahan dari atas, dan juga versi yang boleh dilipat. Kontena arang batu dan 'bin-liners' (kontena direka untuk membawa sampah dari kota ke tapak pelupusan) digunakan di Eropah.

Jenis kontena :

  • ISO boleh lipat
  • Botol gas
  • Generator
  • Kegunaan Am Kering
  • High-cube pallet-wide
  • Kontena berpenebat
  • Kontena berpenyejuk (untuk barang segar)
  • Kontena bukaan atas (open-top)
  • Kontena bukaan tepi (untuk kargo bersaiz besar)
  • Platform untuk tong, peti, cable drums, mesin dan produk kayu/balak siap proses
  • Lantai beroda untuk kargo yang susah dikendali
  • Swap-body (kontena eropah berkaki sendiri)
  • Kontena bertangki (untuk cecair pukal dan barangan berbahaya)
  • Kontena dengan pengudaraan (untuk produk organik)
  • Garmentainers (untuk penghantaran pakaian yang bergantung di penyidai), GOH.



Spesifikasi

Ukuran kontena yang lazim. Ukuran boleh berbeza antara satu pengeluar dengan yang lain.

wikidimension.png


 
Last edited:


Weathering Steel


Weathering steel, lebih dikenali dengan nama dagangannya, keluli COR-TEN, adakalanya ditulis tanpa senggat sebagai "Corten Steel", adalah sekumpulan aloi keluli yang dibangunakan bertujuan menghapuskan keperluan untuk ianya dicatkan, dan membentuk rupa seperti berkarat apabila terdedah kepada cuaca untuk beberapa tahun.

United States Steel Corporation adalah pemegang hakcipta untuk nama COR-TEN. Walaupun ia telah menjual perniagaan kepingan kelulinya kepada International Steel Group (sekarang adalah Arcelor-Mittal) pada 2003, ia masih lagi menjual bahan berjenama COR-TEN dalam bentuk kepingan dan juga plat strip-mill.

COR-TEN asli telah menerima nama piawai A 242 daripada kumpulan piawai ASTM International. Gred baru ASTM adalah A 558 (COR-TEN B) dan juga A 606 untuk kepingan nipis. Semua aloinya masih di dalam pengeluaran dan digunakan meluas.





Sifat


"Weathering" bermaksud, dek kerana komposisi kimianya, keluli ini memperlihatkan peningkatan tentangan terhadap hakisan persekitaran berbanding keluli lain. Ini kerana keluli ini membentuk lapisan pertahanan di permukaannya di bawah pengaruh cuaca.

Kesan penggencat-hakisan lapisan pertahanan dihasilkan oleh kepadatan dan serakan unsur-unsur pengaloian di dalamnya.

Lapisan yang mempertahankan permukaan ini terbentuk dan terhasil semula secara berterusan bila dikenakan dengan pengaruh cuaca. Dalam lain perkataan, keluli itu dibiarkan untuk mengarat dengan tujuan membentuk lapisan pelindung.

Ironisnya, mengecat tidak melindunginya dari hakisan malah boleh menggalakkannya kerana lapisan patina tidak akan terbentuk secepat yang diperlukan untuk mengelak hakisan pada kawasan kecil misalnya pada kawasan kegagalan cat (terkupas, calar) yang kecil.

corten.png




ASTM A 242

Keluli A 242 asli mempunyai kekuatan alahan (yield strength) 50,000 psi (340,000 kPa) dan kekuatan tegangan mutlak (ultimate tensile strength) 70,000 psi (480,000 kPa) untuk light-medium rolled shapes and plates sehingga ketebalan 0.75 inci (19mm).

Ia mempunyai kekuatan alahan 46,000 psi dan kekuatan tegangan mutlak 67,000 psi (460,000 kPa) untuk medium weight rolled shape dan plat dari 0.75 inci - 1 inci (19-25mm) tebal.

Bagi ketebalan maksimum untuk 1.5"-4" (38-102mm), kekuatan alahan adalah 42,000 psi (290,000 kPa) dan kekuatan tegangan mutlak 63,000 psi (430,000 kPa).


 
contena

1. kalau tak nak panas pasang bumbung, satu lagi air kat bumbung tak bertakung, lama-lama bumbung kabin bocor.

2. jangan pakai yang heavy duty cabin, pakai light duty je, kalau heavy duty, masa siang, wall absorb haba, sampai malam panas,kecuali kalau ada bumbung, biasanya heavy duty guna untuk simpan simen etc, sebabnya kelembapan kurang.

3.standard sais dalam market, 20x10, 40x10 kaki untuk dua-dua jenis. berat dalam 1-3 tan(citation needed).

4. light duty cabin cabin biasanya dah siap dengan plywood lining untuk dinding bahagian dalam, kalau pasang ekon dah sejuk, jimat kat rockwool insulation.

5. nak install cabin kena atas dari aras tanah, dia datang dengan batu dia sekali, macam yang kita pasang kat kaki peti ais, penting untuk levelkan kabin, elevate cabin dari hujan dan karat.

6. Kalau nak duduk lama ganti la lantai dia dengan plywood yang tebal, biasa lantai 12mm, gantikan dengan 25mm-32mm plywood baru jalan tak berenjut.

7. Biasanya cabin datang dengan internal wiring, kita cuma pasang mentol je.

8. jangan risau sangat insulating dinding, khatulistiwa, matahari tepat atas kepala. utamakan bumbung.

9. nanti kalau ada gambar dalam simpanan aku upload

10. cuba check kat pacik google container city uk.
 
1. kalau tak nak panas pasang bumbung, satu lagi air kat bumbung tak bertakung, lama-lama bumbung kabin bocor.

2. jangan pakai yang heavy duty cabin, pakai light duty je, kalau heavy duty, masa siang, wall absorb haba, sampai malam panas,kecuali kalau ada bumbung, biasanya heavy duty guna untuk simpan simen etc, sebabnya kelembapan kurang.

3.standard sais dalam market, 20x10, 40x10 kaki untuk dua-dua jenis. berat dalam 1-3 tan(citation needed).

4. light duty cabin cabin biasanya dah siap dengan plywood lining untuk dinding bahagian dalam, kalau pasang ekon dah sejuk, jimat kat rockwool insulation.

5. nak install cabin kena atas dari aras tanah, dia datang dengan batu dia sekali, macam yang kita pasang kat kaki peti ais, penting untuk levelkan kabin, elevate cabin dari hujan dan karat.

6. Kalau nak duduk lama ganti la lantai dia dengan plywood yang tebal, biasa lantai 12mm, gantikan dengan 25mm-32mm plywood baru jalan tak berenjut.

7. Biasanya cabin datang dengan internal wiring, kita cuma pasang mentol je.

8. jangan risau sangat insulating dinding, khatulistiwa, matahari tepat atas kepala. utamakan bumbung.

9. nanti kalau ada gambar dalam simpanan aku upload

10. cuba check kat pacik google container city uk.

kontena yang biasanya dibuat kabin, strukturnya sama dengan kontena perkapalan ke... dahulu bila keluar masuk kabin, saya tidak pernah beri perhatian penuh, tapi rasanya sewaktu melihat kelas sementara di sekolah-sekolah yang sedang dibina blok kelas baru, saya ada buat mental remark tentang betapa besi yang digunakan untuk struktur kabin tersebut sangat 'kurus'.

mungkin sebab ia dicipta dengan kesedaran bahawa ia tidak akan digunakan untuk menyokong superstructure yang berat (bumbung metal deck je), and it's not to be stacked.

distinction perlu ada, kerana kita tidak mahu jika ada yang gunakan kontena kabin, tapi membina struktur atas (bumbung) yang hanya sesuai dengan tiang-tiang kontena ISO perkapalan.
 
Last edited:


TERMINOLOGI

Aku tak pasti perkara di bawah ni perlu atau tidak bagi kalian, tapi aku letak je sini, sebab untuk post berikutnya susah juga kalau masalah peristilahan tak diselesaikan dulu.


CTU : Cargo Transport Unit - bermaksud kontena angkutan (freight container), swap body, kenderaan, gerabak keretapi atau unit lain yang sepertinya.



Kontena angkutan (freight container), dalam kes ini adalah kontena kotak papan lapis 20' dengan pengudaraan separa.

strauch0301a001.jpg



Swap Body

strauch0301a002.jpg


Kenderaan

strauch0301a003.jpg


Railroad car, in this case a sliding wall bogie car

strauch0301a004.jpg


Lain-lain CTU : Roll trailers

strauch0301a005.jpg


Lain-lain CTU : Cassette

strauch0301a006.jpg


Kontena angkutan / Kontena - bermaksud sebuah peralatan pengangkutan yang bersifat kekal dan dari itu cukup kukuh untuk sesuai digunakan berulang kali; ia direkabentuk untuk mengangkut sejumlah bungkusan, unit loads, overpacks (means an enclosure that is used by a single consignor to provide protection or convenience in handling of a package or to consolidate two or more packages) dan/atau bekas secara bersepadu dari pusat pembungkusan hinggalah ke destinasi terakhir dengan melalui jalanraya, jalan keretapi, jalan air tawar (inland waterway) dan/atau laut tanpa perlu (di pertengahan jalan) dikendalikan pakej-pakej/unit load/ overpack di dalamnya.



Freight container/container, in this case 40' high-cube steel
corrugated container

strauch0301a008.jpg

... bagaimana pun, takrifan "bersifat kekal dan dari itu cukup kukuh untuk sesuai digunakan berulang kali" tidak berguna jika kontena tidak di'packing' dan disemat dengan rapi.


Damage to containers due to packing and securing deficiencies

strauch0301a009.jpg



Damage to containers due to packing and securing deficiencies

strauch0301a010.jpg


IBC : Intermediate Bulk Container, bermaksud pembungkusan mudah alih yang tegar, separa tegar atau fleksibe, yang :

1. mempunyai kapasiti tidak lebih dari 3.0 m³ (3000 liter) untuk pepejal dan cecair.

2. direkabentuk untuk pengendalian mekanikal; dan

3. bersifat tahan kepada tekanan yang terhasil ketika pengendalian dan pengangkutan, seperti yang termaktub dalam ujian-ujian.


IBC Tegar
strauch0301a013.jpg


IBC Tegar
strauch0301a012.jpg


IBC Separa Tegar
strauch0301a011.jpg


IBC Fleksibel
strauch0301a014.jpg


ITU : Intermodal Transport Unit - bermaksud kontena, swap body atau semitrailer yang sesuai untuk pengangkutan intermodal.



Freight container used for intermodal transport

strauch0301a015.jpg


Swap-body used for intermodal transport

strauch0301a016.jpg


Articulated truck consisting of truck tractor and trailer used for intermodal transport

strauch0301a017.jpg

Swap-body - bermaksud sebuah CTU dengan sekurang-kurangnya 4 fitting yang akan menerima twistlock bersesuaian dengan piawai ISO 1161:1983 tidak tersambung secara kekal kepada underframe dan roda atau kepada chasis dan roda. Sebuah swap-body tidak semestinya perlu berupaya disusun bertimpa tetapi biasanya dilengkapkan dengan kaki penyokong, direkabentuk khusus untuk kombinasi pengangkutan jalanraya/keretapi.


Swap-body

strauch0301a018.jpg

Kenderaan - bermaksud sebuah kenderaan jalanraya atau gerabak keretapi, tersambung kekal kepada sebuah underframe dan roda atau kepada chasis dan roda, di mana pemunggahan masuk dan keluar dilakukan sebagai satu unit. Istilah ini juga merujuk kepada treler, semitreler, atau unit mudah alih yang lain kecuali yang digunakan khusus untuk kegunaan memunggah masuk dan keluar (loading and unloading).


Road vehicle

strauch0301a019.jpg


Railroad car

strauch0301a020.jpg


 
Back
Top
Log in Register