BTC USD 77,980.2 Gold USD 4,381.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ditutup

ada lagi yg percaya dengan suarapakatanrakyat??
kenapa blogger tuh buleh bebas walau berkali-kali report pulis d buat sebelum nih.
tak cukop dengan isu mendiang kanang,tarian sumazau,sekarang guna taktik lahad datu untuk memberi tanggapan buruk pada pakatan rakyat.
 
nape mod xtutup thread ni,dan owner blog tu xleh disaman ke? leh dpt 100 juta lagi ni
 
hihihi..kalo la cadangan ini dtg dr kerajaan, kompom da kena maki free2 je....tp skrg...hehe...ramai y setuju, ye..
 
bole selesaikan masalah ke menda ni?100k?banyak nau duit...xyah bg
 
jangan mengada ngada nak jempot bapak pengganas ni dtg sabah. klu nak bincang sangat mkntak PR bincang dekat rumah kiram
klundiamorg datang sini kasi tembak saja jgn kasi runding apa apa lagi
 
Byr usd100k
Then mari buat kacau lg naikkan lg protection money?
Last2 x dpt apa diaorg nk
Kepala anwar diaorg sembelih
 

KEENGANAN kerajaan BN melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat ke dalam perbincangan meja bulat untuk menyelesaikan krisis Lahad Datu ini, ternyata satu kesilapan yang telah memakan begitu banyak korban.

Memetik kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, pencerobohan di Lahad Datu ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan segera kalau pimpinan Pakatan Rakyat dibawa berbincang.

Kesombongan dan keangkuhan BN untuk menyelesaikan krisis ini tanpa penglibatan pimpinan Pakatan Rakyat, telah menyaksikan krisis masih berterusan sehingga kini dan bakal mengorbankan lebih banyak nyawa, terutama dari kalangan tentera diraja Sulu.

Terpanggil dengan keinginan itu (menamatkan krisis dengan segera), pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah sebulat suara memutuskan untuk menjemput Puteri Sultan Sulu, Puteri Jacel Kiram ke Sabah bagi membincangkan soal tuntutan ini dalam jangka masa terdekat.

Pakatan Rakyat juga bersedia membincangkan soal tuntutan Sultan Jamalul Kiram III supaya kerajaan Malaysia menaikkan kadar bayaran ceded money (wang penyerahan Sabah) yang setakat ini hanya pada kadar RM 5,300 setahun. Betul juga, apa yang boleh dibeli dengan wang sebanyak itu zaman ini?

Demi keselamatan rakyat dan mengelak insiden sama berulang, laman ini dimaklumkan bahawa pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan, bersedia membayar sejumlah USD 100,000 setahun kepada waris kesultanan Sulu atas dasar kemanusian, jika berjaya mengambil alih Putrajaya dari tangan BN nanti.

Walaupun cadangan ini khabarnya dibantah DAP yang berpandangan Malaysia tidak perlu membayar ceded money itu lagi, tapi Pakatan Rakyat memutuskan, untuk jaminan keselamatan rakyat Sabah terutama di kawasan pantai timur negeri tersebut, bayaran ini perlu diteruskan dan dinaikkan, sesuai dengan peredaran zaman.

Lagipun Pakatan Rakyat terikat dengan perjanjian yang mewajibkan mana-mana pihak pun yang menguruskan Sabah, perlu membayar wang ini kepada waris Kesultanan Sulu yang sah. Kegagalan melaksanakan perjanjian ini akan mendatangkan lebih banyak masalah dan mengundang campur tangan pihak asing.

Dengan hasil Sabah yang begitu lumayan sekarang, nilai itu dikirakan pimpinan Pakatan Rakyat sebagai terlalu kecil. Nyawa dan keselamatan rakyat Sabah adalah jauh lebih bernilai dari wang itu.

Hal-hal lain yang berkaitan akan diperincikan serta mungkin dimuktamadkan dalam pertemuan dengan Puteri Jacel Kiram ini nanti.

Pakatan Rakyat telah mengutus surat kepada Puteri Jacel Kiram untuk tujuan tersebut dan masih menanti balasan darinya sebelum menetapkan lokasi dan tarikh sebenar perbincangan.

Tags: jacel kiram, pakatan rakyat, sabah, sulu Share this post:




http://suarapakatanrakyat.com/2013/03/pr-akan-jemput-jakel-ke-sabah-bincang-tuntutan


bukan ke surapakatanrakyat ni scam??

rasanya kat fb dah bersepah info pasal web ni bukan milik rasmi PR.

betulkan aku kalau aku salah.~X(
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register