BTC USD 81,244.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ditutup


KEENGANAN kerajaan BN melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat ke dalam perbincangan meja bulat untuk menyelesaikan krisis Lahad Datu ini, ternyata satu kesilapan yang telah memakan begitu banyak korban.

Memetik kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, pencerobohan di Lahad Datu ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan segera kalau pimpinan Pakatan Rakyat dibawa berbincang.

Kesombongan dan keangkuhan BN untuk menyelesaikan krisis ini tanpa penglibatan pimpinan Pakatan Rakyat, telah menyaksikan krisis masih berterusan sehingga kini dan bakal mengorbankan lebih banyak nyawa, terutama dari kalangan tentera diraja Sulu.

Terpanggil dengan keinginan itu (menamatkan krisis dengan segera), pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah sebulat suara memutuskan untuk menjemput Puteri Sultan Sulu, Puteri Jacel Kiram ke Sabah bagi membincangkan soal tuntutan ini dalam jangka masa terdekat.

Pakatan Rakyat juga bersedia membincangkan soal tuntutan Sultan Jamalul Kiram III supaya kerajaan Malaysia menaikkan kadar bayaran ceded money (wang penyerahan Sabah) yang setakat ini hanya pada kadar RM 5,300 setahun. Betul juga, apa yang boleh dibeli dengan wang sebanyak itu zaman ini?

Demi keselamatan rakyat dan mengelak insiden sama berulang, laman ini dimaklumkan bahawa pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan, bersedia membayar sejumlah USD 100,000 setahun kepada waris kesultanan Sulu atas dasar kemanusian, jika berjaya mengambil alih Putrajaya dari tangan BN nanti.

Walaupun cadangan ini khabarnya dibantah DAP yang berpandangan Malaysia tidak perlu membayar ceded money itu lagi, tapi Pakatan Rakyat memutuskan, untuk jaminan keselamatan rakyat Sabah terutama di kawasan pantai timur negeri tersebut, bayaran ini perlu diteruskan dan dinaikkan, sesuai dengan peredaran zaman.

Lagipun Pakatan Rakyat terikat dengan perjanjian yang mewajibkan mana-mana pihak pun yang menguruskan Sabah, perlu membayar wang ini kepada waris Kesultanan Sulu yang sah. Kegagalan melaksanakan perjanjian ini akan mendatangkan lebih banyak masalah dan mengundang campur tangan pihak asing.

Dengan hasil Sabah yang begitu lumayan sekarang, nilai itu dikirakan pimpinan Pakatan Rakyat sebagai terlalu kecil. Nyawa dan keselamatan rakyat Sabah adalah jauh lebih bernilai dari wang itu.

Hal-hal lain yang berkaitan akan diperincikan serta mungkin dimuktamadkan dalam pertemuan dengan Puteri Jacel Kiram ini nanti.

Pakatan Rakyat telah mengutus surat kepada Puteri Jacel Kiram untuk tujuan tersebut dan masih menanti balasan darinya sebelum menetapkan lokasi dan tarikh sebenar perbincangan.

Tags: jacel kiram, pakatan rakyat, sabah, sulu Share this post:




http://suarapakatanrakyat.com/2013/03/pr-akan-jemput-jakel-ke-sabah-bincang-tuntutan/


harap semua tak terpedaya dengan laman blog ni..ini blog umno yg menyamar kononnya pakatan rakyat..:(scam
 
jacel ni meletop x? kalo meletop, aku up lagi rp100,001..
 
betul...fitnah baru pulak....takot betul kerajaan dengan anwar ibrahim sampai terdesak buat blog2 fitnah nie.apapun anwar ibrahim memang berani berdepan dengan media.inikalilah.....:))

Sbb suma fitnah sebelum ni suma x jalan... Hahaha.. Habis duit negara tergadai rakyat merana.. Ba bi tol pnya perancangan
 
tepek video kasi letak depan la tt
ramai duk komen tp xtau hakikat sbnr blog tuh
 
blog ini yang suka memfitnah Pakatan Rakyat.

Ini bukan blog PR, ia direka oleh anjeng-anjeng kurap.
 
dan jangan lupa tuk panggil sekali wakil sultan sulu yang sebenar..klo panggil dia saja tak jadi...sebab ayahnya bukan sultan yang sebenar...
 
Back
Top
Log in Register