BTC USD 81,905.1 Gold USD 4,141.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jerebu cetus huru-hara

kupanglaut

Legendary Member
gem
Messages
10,360
Joined
Jun 13, 2025
Messages
10,360
Reaction score
101
Points
133

Jerebu cetus huru-hara​

3682185.webp

Jerebu rentas sempadan bukan sahaja mengancam kesihatan awam, malah menjejaskan ekonomi dan menguji hubungan diplomatik antara negara di Asia Tenggara. Foto hiasan janaan AI

JEREBU rentas sempadan bukan sekadar pencemaran udara bermusim sebaliknya krisis alam sekitar yang mengancam kesihatan awam, menjejaskan ekonomi dan menguji hubungan diplomatik antara negara di Asia Tenggara.

Kebakaran hutan dan tanah gambut, khususnya di Sumatera serta Kalimantan, Indonesia menjadi punca utama apabila asap dibawa angin merentasi sempadan.

Keadaan kering akibat fenomena super El Nino pula mempercepat penyebaran api, sekali gus memburukkan pencemaran udara serantau.

Laporan Reuters mendedahkan skala serius krisis ini.

Sebanyak 283,270 kes penyakit pernafasan dilaporkan di tujuh wilayah Indonesia setakat 13 Oktober, meningkat lebih dua kali ganda berbanding 9 September lalu.

Di Singapura, bacaan zarah halus PM2.5 mencapai 284 mikrogram per meter padu di bahagian barat negara itu memasuki tahap berbahaya.

Sementara itu, Timor-Leste menggantung pembelajaran bersemuka selama tiga hari bermula 15 Oktober malah langkah serupa turut dilaksanakan di beberapa negeri di Malaysia.

Hampir 2,000 penerbangan di Indonesia turut terjejas antara 11 Ogos hingga 12 Oktober. Perkembangan ini membuktikan bahawa jerebu bukan sekadar mengurangkan jarak penglihatan,malah mengganggu pengangkutan awam.

Lebih membimbangkan, data organisasi pemantau alam sekitar Auriga menunjukkan lebih 637,000 hektar kawasan musnah antara Januari hingga Ogos 2026.

Artikel Berkaitan:
Rakyat marah desak tindakan komprehensif
Ekonomi pembakaran hutan
Jerebu rentas sempadan: Singapura hantar notis kepada tujuh syarikat Indonesia
'Kucing saya mati akibat jerebu' - Veterinar jelaskan risiko terhadap haiwan
Istana Garuda IKN hampir 'hilang' ditelan jerebu
Langit jingga selubungi Kalimantan Tengah

Angka daripada Nusantara Atlas pula menganggarkan keluasan hampir 900,000 hektar. Perbezaan data itu menggambarkan skala kemusnahan yang serius.

Dari sudut analisis, kelemahan utama bukan semata-mata kekurangan operasi pemadaman, tetapi kegagalan menangani punca kebakaran secara berterusan.

Indonesia telah mengerahkan puluhan ribu anggota bersama puluhan pesawat untuk memadamkan api.

Namun, tindakan kecemasan sahaja tidak mencukupi jika penguatkuasaan terhadap pembakaran haram, pengurusan tanah gambut dan pertanggungjawaban syarikat tidak diperkukuh.

Kebakaran hutan turut menjejaskan spesies terancam khususnya orang utan yang bergantung pada hutan Sumatera dan Borneo untuk mendapatkan makanan, perlindungan dan tempat pembiakan.

Kemusnahan hutan turut mengancam gibon dan gajah Sumatera.

Kehilangan habitat serta sumber makanan boleh memaksa haiwan memasuki kawasan pertanian dan penempatan manusia, sekali gus meningkatkan risiko konflik manusia-hidupan liar.

Indonesia memikul tanggungjawab utama menangani kebakaran di wilayahnya, manakala negara jiran wajar menyokong usaha pemadaman melalui kerjasama teknikal dan bantuan yang dipersetujui.

Pada masa sama, syarikat perladangan dan pihak berkepentingan perlu dipertanggungjawabkan berdasarkan bukti, bukan tuduhan umum.

Jerebu rentas sempadan tidak boleh ditangani sekadar melalui kenyataan diplomatik bermusim. Tanpa penguatkuasaan yang konsisten, pengurusan tanah gambut secara mampan dan mekanisme kerjasama yang jelas dan boleh diukur, krisis ini akan terus berulang.

Rakyat dan penduduk negara jiran pula terpaksa menanggung akibat kegagalan menangani krisis tahunan tersebut.

 
tangkap presiden indo ngan adik dia sekali ngan toke syarikat sawit kasi guni kan...rakyat indo ko buat ape?kalau pasal bola sanggup ko berbunuhan...
 
Back
Top
Log in Register