BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ditipu 'diplomat UK'

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Ketua Siasatan Jenayah Kormersial, Superintenden Ee Khong Koy menunjukkan kain rentang menerangkan tentang African Scam di IPK.​

BUKIT BERUANG - Seorang pengarah sebuah syarikat dari Malim di sini, mendakwa rugi lebih RM500,000 selepas dipercayai ditipu seorang 'diplomat' dari United Kingdom.

Ketua Siasatan Jenayah Kormersial, Superintenden Ee Khong Koy berkata, pengarah wanita berusia 53 tahun itu mendakwa dia pada mulanya berkenalan dengan seorang lelaki rakyat United Kingdom semasa ke negara berkenaan untuk melakukan urusan perniagaan.

"Ekoran daripada itu, pada 21 April 2014, pengadu dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai diplomat dari United Kingdom dan memaklumkan terdapat beg berisi wang berjumlah AS$4.5 juta dolar atas nama pengadu yang dihantar atas nama lelaki United Kingdom yang pernah dikenalinya sewaktu melawat negara berkenaan dua tahun lalu.

"Lelaki berkenaan meminta pengadu memasukkan wang berjumlah RM10,500 sebagai permulaan kononnya sebagai cukai kastam bagi mendapatkan wang AS$4.5 juta itu. Pengadu akhirnya bersetuju lalu memasukkan wang ke dalam sebuah akaun bank milik individu tidak dikenali," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Khong Koy turut memaklumkan, pengadu mendakwa membuat beberapa bayaran lain termasuk sebahagiannya terpaksa dipinjam daripada along, kononnya atas tujuan bayaran cukai dan denda seperti diminta lelaki berkenaan.

"Difahamkan kesemua wang berkenaan yang berjumlah melebihi RM500,000 dimasukkan ke dalam empat akaun bank berbeza atas nama individu berlainan termasuk seorang wanita ditahan minggu lalu. Kesemua transaksi itu berlaku sekitar Mei 2014 hingga April 2015.

"Pengadu turut mendakwa ada berjumpa lelaki yang menyamar sebagai diplomat itu sebanyak dua kali di sebuah hotel di Kuala Lumpur termasuk menyerahkan sebahagian daripada wang dikehendaki," katanya.

Beliau berkata, wanita berkenaan membuat laporan di Balai Polis Malim pada 21 April lalu dan hasil tindakan polis berjaya menahan diplomat terbabit di kediamannya di Puchong pada 15 Mei lalu.

"Siasatan mendapati lelaki berkenaan adalah seorang warga Pakistan yang menyamar sebagai diplomat dan suspek merupakan bekas pelajar sebuah kolej swasta di ibu negara. Dia tinggal menetap di negara ini dengan menumpang di rumah abangnya yang mendapat taraf penduduk tetap.

"Tiga hari selepas itu, polis juga menahan seorang wanita di Pasir Gudang, Johor kerana dipercayai ada kaitannya dengan lelaki berkenaan. Siasatan mendapati kedua-dua mereka dipercayai ada hubung kait dengan dalang utama kes tersebut iaitu seorang lelaki kulit hitam warga Afrika yang menjalankan sindiket penipuan African Scam.

Kedua-dua suspek kini sedang ditahan reman untuk siasatan lanjut manakala polis masih menjejaki lelaki kulit hitam terbabit serta tiga lagi pemilik akaun berkaitan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.
 
Back
Top
Log in Register