BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terpedaya ajaran sesat, ditipu 'Sultan Nusantara'

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
3504083.webp

Beberapa mangsa 'Sultan Nusantara' membuat aduan kepada pihak berkuasa. - Foto Agensi

JAKARTA - Sejumlah penduduk di Kabupaten Banyumas, Indonesia menjadi mangsa penipuan seorang individu yang terlibat ajaran sesat.

Salah seorang mangsa mendakwa mengalami kerugian sehingga puluhan juta rupiah selepas dipujuk oleh 'Sultan Nusantara'.

Menurut laporan detikJateng pada Isnin, peguam mangsa, Djoko Susanto, berkata, kes itu bermula pada Oktober–November 2025.

Ketika itu, mangsa dijemput menghadiri sesi pengajian oleh suspek dikenali sebagai W dari Kelurahan Arcawinangun, Kecamatan Purwokerto Timur.

“Mereka mengikuti pengajian kira-kira enam bulan lalu. Dari situ mula ditawarkan pelbagai ajaran yang menyimpang,” kata Djoko

Pengikut ajaran sesat itu diajar beberapa larangan termasuk tidak boleh memakan makanan tertentu seperti belut dan ikan patin serta larangan menerima vaksin, mendapatkan rawatan di hospital dan menderma darah. Dengan pelbagai janji dan pujukan, mangsa turut dijanjikan akan dihantar menunaikan umrah dan mengerjakan ibadah haji.

Sementara itu, Ketua Polis Resor Kota Banyumas, Kombes Petrus Silalahi mengesahkan pihaknya telah menerima aduan berhubung kes tersebut.

Tambahnya, siasatan termasuk memanggil sejumlah saksi untuk memberi keterangan. - Agensi

 
Nak cakap pun xleh. Indon ni low iq.
Pusing2 sikit dah senang scam.
 
Back
Top
Log in Register