BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Rugi Lebih RM20,000 Ditipu Sindiket Harum Manis

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
49d6fbcddf14069b9561e757fb185d7561264a51be936


Seorang peniaga lelaki kerugian RM25,280 selepas diperdaya sindiket penipuan jual beli mangga harum manis secara dalam talian, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang berusia 53 tahun melihat iklan jualan mangga itu di Facebook dan menghubungi suspek.

“Mangsa mendakwa diberikan satu pautan mengandungi kod respons pantas (QR) untuk tujuan pembayaran dan setelah mengimbas kod itu, telefon pintarnya tidak berfungsi kira-kira 20 minit.

“Mangsa yang mengesyaki ditipu telah menghubungi pihak bank dan dimaklumkan terdapat tiga transaksi pengeluaran wang berjumlah RM25,280,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, mangsa membuat laporan polis pada 7.41 malam tadi.

Azli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register